CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sean Lee Jadi Penyanyi, "Lantaklah Orang Nak Cakap Apa Pun! Saya Tahu Apa Saya Buat,"

19-1-2024 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7150| Komen: 6

Description: Pelakon dan pengacara kacak, Sean Lee kini berubah angin mencuba sesuatu yang baru dalam bidang nyanyian.


Pelakon dan pengacara kacak, Sean Lee kini berubah angin mencuba sesuatu yang baru dalam bidang nyanyian.

Memetik mStar, Sean tidak membaca sebarang komen berkaitan penularan video tariannya yang mendapat reaksi negatif peminat.

Sean atau Lee Jia Ern, 30, bagaimanapun berkata, itu bukan bererti dia tidak peduli dengan teguran peminat sebaliknya akan cuba memperbaiki diri.

"Saya tak tahu video menari itu sudah tular sebab tak buka telefon ketika bekerja dan tidak mahu perkara negatif memberi kesan kepada kesihatan mental.


"Tapi saya okay, komen-komen negatif lebih baik daripada tiada komen langsung... Baik atau buruk adalah bagus untuk saya perbaiki diri.


"Saya lebih tahu apa yang berlaku di belakang tabir, lantaklah orang nak cakap apa pun! Saya tahu apa saya buat," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Sean sudah lama mahu memasuki bidang muzik sebagai salah satu cara meluahkan perasaan dalam lagu.

Pun begitu kata Sean, penglibatannya sebagai penyanyi bukan untuk bersaing dengan mana-mana nama besar sedia ada apatah lagi menyertai pertandingan.

"Bukanlah saya nak lawan penyanyi seperti Aina Abdul dan masuk Anugerah Juara Lagu.

"Tapi kalau ada rezeki, ia bonus. Saya menyanyi sebagai cara luahkan perasaan seperti mana berlakon drama atau pun filem," katanya.

Pelakon drama Sweet Dreams itu juga berkata dia tidak boleh utamakan karier nyanyian kerana perlu fokus pada bidang lakonan, pengacaraan dan perniagaan.

Sebelum ini, tular video Sean menari mengikut rentak lagu terbaharunya Tak Sanggup Terima yang dianggap terlalu mencuba meniru gerakan anggota kumpulan BTS iaitu Jung Kook.

Malah ramai mendakwa gerakan dan tarian ditampilkan Sean mirip dengan muzik video Jung Kook berjudul Standing Next To You.

Tak Sanggup Terima adalah single terbaharu Sean hasil ciptaan Mas Dewangga dan Jova Devito yang dilancarkan pada 1 Disember tahun lalu.

Apapun, selamat maju jaya Sean!





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyfaha 19-1-2024 01:34 PM
Satu2nya lelaki yang berbontot besar. Dari belakang kau nari macam pengkid dek.
Quote AcikBuncit 20-1-2024 11:48 PM
Tp siyes lawak n segan tgk dia menari. Xtau knp. Mgkn bdn dia pendek kot. Mcm xkena
Quote MatDeghem 21-1-2024 08:32 AM
Dia ini pendek.
Kalau nak jadi penyanyi kena suara bagus dan pandai cipta lagu.

Kalau nak jadi pelakon....nak jadi hero...kena citer kelakor merepek production Dabit Teo.
selain itu hanya boleh jadi sidekick hero je....

Quote dua_chzy 21-1-2024 08:34 AM
Dah kenapa muka gambar belah kanan atas tu sudah persis Stephen Chow Sing Chi?
Quote Olumis 21-1-2024 06:11 PM
Go go Sean. Abaikan kata2 dan kutukan orang. Yang kutuk tu confirm x pandai menyanyi dan menari pun.
Quote ezacbee 21-1-2024 09:33 PM
Org katek ni level konfiden tinggi..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.149147 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top