CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Dalam Sebuah Perkahwinan, Isteri Tak Boleh Jadi Imam’ – Ellie Suriaty Tidak Berniat Untuk Membuka Aib Rakan Artis

18-1-2024 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9925| Komen: 18

Description: Nampaknya kisah mengenai pelakon lejen, Aman Graseka yang dikatakan ‘meminta sumbangan wang ringgit’ kepada rakan industri masih menjadi bualan ramai terutamanya dikalangan rakan artis.



Nampaknya kisah mengenai pelakon lejen, Aman Graseka yang dikatakan ‘meminta sumbangan wang ringgit’ kepada rakan industri masih menjadi bualan ramai terutamanya dikalangan rakan artis.

Terbaru, pelakon Ellie Suriaty menegaskan dia tidak berniat untuk membuka aib rakan artis, Aman Graseka sebaliknya ingin mendedahkan situasi sebenar.

Menerusi temu bual di Melodi, Ellie menyatakan dia ingin mempertahankan pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau Shiera yang teruk dikecam selepas memuat naik hantaran dengan niat ingin membantu Aman.

Kata Ellie, dia juga merasakan tidak wajar apabila Aman dituduh sebagai suami dan bapa tidak bertanggungjawab kerana ‘meminta sumbangan wang ringgit’ kepada rakan industri.

"Saya bersuara bila tengok kenyataan Shiera dihentam teruk. Kita tahu perkara sebenar. Ini bukan berkenaan masuk campur tetapi bila kita tahu kedua-dua perkara, kita mesti cakap sesuatu yang benar.


"Shiera adalah seorang yang sangat pemurah dan dia memang suka tolong kawan-kawan. Apabila netizen mula mengutuk Aman Graseka mengatakan seorang suami tak bertanggungjawab, bapa tak bertanggungjawab, tak manis la.

"Sebab itu saya cakap yang hubungi kami (rakan industri) adalah isteri dia, bukan Aman Graseka. Apabila kita dituduh menolong tetapi mengabaikan, perkara itu tak benar. Kita bukan menolong, lepas itu nak mengungkit atau memalukan orang. Isunya di sini bila kita dihubungi tetapi apabila hubungi semula tak diangkat. Bukan Aman Graseka yang hubungi tetapi isteri dia!"



Selain itu, pengarah berumur 54 tahun juga mengingatkan Aman untuk tidak membawa isteri, Reena Arina ke set penggambaran.

"Aman Graseka adalah seorang pelakon yang berbakat. Itu adalah punca pendapatan dan punca rezeki dia. Isteri dia harus istiqamah untuk dia bekerja dengan aman sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak. Jadi nasihat saya tak payah bawa isteri itu datang set penggambaran."

Dalam pada itu, Ellie menekankan urusan rumah tangga harus diketuai oleh suami bukan isteri yang mengarah sehingga menuju ke arah keburukan.

"Saya minta maaf kepada Aman Graseka. Saya tidak ada niat untuk mengabaikan. Pada saya, apabila perkara ini berlaku, ia terbongkar dengan kehendak Allah SWT. Pasti ada hikmah.

Jadi dalam sebuah perkahwinan, isteri tak boleh jadi imam. Di mana dia ada suami, dia harus ikut imam dia. Bukan dia yang mencatur sampai perkara jadi entah apa-apa. Saya harap Aman Graseka lead the wife, bukan wife lead him".

Sebelum ini, Shiera memuat naik hantaran di Instagram memaparkan tangkap layar mesej yang diterimanya daripada Aman, meminta bantuan untuk rezeki anak-anaknya.

"Semoga pagi Jumaat ini ada rezeki anak-anak hambar nak buat makan".

Sumber: Melodi

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swateng1 18-1-2024 09:20 AM
mengabaikan ke mengaibkan? typo ehh?
Quote KamikuP 18-1-2024 10:09 AM
Edited by KamikuP at 18-1-2024 02:12 AM

Lepas dengar podcast pah bedoh ni ngan Zarul umbrella meolls ada sof spot kat dia.. ekekekeke

ANYHOO.. "Selain itu, pengarah berumur 54 tahun juga mengingatkan Aman untuk tidak membawa isteri, Reena Arina ke set penggambaran."

NAMA Reena Arina tak beragak.. ko ingat ko cantekkk? ekekekeke
Quote jalfa 18-1-2024 10:36 AM
Dulu masa ngan angkel jeri sapa jadi iman?  Ehhh imam?:
Quote Purplehaz 18-1-2024 10:53 AM
Kalau x boleh jadi imam dlm keluarga..lead the family..baik corai Ajo..kann Kak?
Quote marchikobonzo 18-1-2024 02:53 PM
Direct je nek eli bagi..memang tertusuk duri dibuatnya
Quote Diamondmoney 18-1-2024 03:03 PM
Elie lepas menyahkan zeri baru nmpak lawa kan.

Walau tak wow tp masih nmpak lawa la berbanding dulu. Dia ckp lembut je kan
Quote JahLupa 18-1-2024 03:15 PM
Ouchh. Pedih.
Quote brown_pupil 18-1-2024 03:21 PM
pas jeri dah xde, baru nampak cantik kak elly ni. baru la iols caya dia ni dulu ex stewardess. maybe dah xyah pikir masalah..tu yg glow up
Quote jihyomelly 18-1-2024 03:25 PM
iols pernah terjumpa acik elly lps few month serai dgn acik jeri..senyum je xde la kekwat..skarang dah tak pikir membela bewak tu makin happy enjoy hidup nampak helok byk dari dulu kepam...betul la apa acik elly cakap tu..pompuan sampai bila pun xleh jadi imam dlm keluarga
Quote whadda 19-1-2024 01:17 AM
Tak paham aku citer ni.. bini aman ke yang mesej mintak bantuan tu atau memang scammer yg mesej??
Quote Diamondmoney 19-1-2024 01:38 AM
whadda replied at 19-1-2024 01:17 AM
Tak paham aku citer ni.. bini aman ke yang mesej mintak bantuan tu atau memang scammer yg mesej??

Bini aman yg msg sana sini minta duit..org tak rapat pun mintak. Siap mintak no tokti lg.

Jenis bini memalukan muka laki
Quote rose_2011 19-1-2024 01:50 AM
Kesian lak iols tgk tt cik amannwife. Mmg dh marhaen, (iols pun marhaen juga). Jauh beza dgn aman dulu. Ngn bersinglet nampak ketiak badan kerempeng cik aman kesana kemari. Xsesuai sgt tau. Pakai la tshirt berlengan, lebih proper.
Laki bini ni pun buat content juga kt tt. tp ntah apa2. Dgn panjang berjela xda hala tuju
Quote sismarkonah 19-1-2024 09:35 AM
Diamondmoney replied at 18-1-2024 03:03 PM
Elie lepas menyahkan zeri baru nmpak lawa kan.

Walau tak wow tp masih nmpak lawa la berbanding dulu ...

mana-mana wanita memang gituew sis, kalau berada dalam circle atau hubungan yang beratkan perasaan automatik wanita tu nampak terbeban dalam air muka dia
Quote dewi_rina 19-1-2024 01:43 PM
KamikuP replied at 18-1-2024 02:09 AM
Lepas dengar podcast pah bedoh ni ngan Zarul umbrella meolls ada sof spot kat dia.. ekekekeke

ANYHO ...

Kat kampung panggil ina je, muka dgn bimbo pun nak sama.. Tapi yg ni jenis jahat
Quote whadda 21-1-2024 10:19 PM
Diamondmoney replied at 19-1-2024 01:38 AM
Bini aman yg msg sana sini minta duit..org tak rapat pun mintak. Siap mintak no tokti lg.

Jenis  ...

Ooo gitu citer dia.. patut la elly sebut bini imam

Buat malu muka lakinye je
Quote KucingBiru 21-1-2024 10:38 PM
Kalau bini tu imam, dan tolong cari rezeki ok lah jugak. Ni nak jadi imam tapi dok minta simpati, bantuan dari orang sana sini. Mental agaknya bini dia ni
Quote Pumpkinhead 23-1-2024 01:55 PM
kesian dekat Aman Graseka ni....something wrong isteri dia
Quote silampumeja 23-1-2024 02:16 PM
jalfa replied at 18-1-2024 02:36 AM
Dulu masa ngan angkel jeri sapa jadi iman?  Ehhh imam?:

yang banyak mengurus nampaknya dia...i pernah tgk dia dengan muka sememeh pegang beeberapa beg sekolah anak and beli makanan. kat IB waktu tu. si jeri ada pementasan rasanya..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.061148 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top