CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Berkat Doa, Usaha, Takawal Dan ‘Cable", Ernie & Syamel Berjaya Dapat Kek Tapak Kuda Viral Ustaz Riduan

18-1-2024 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18483| Komen: 157

Description: Pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel menarik nafas lega kerana akhirnya berjaya mendapatkan kek tapak kuda viral dari Ustaz Mohd Riduan Noor.



Pasangan suami isteri dan juga penyanyi terkenal, Ernie Zakri dan Syamel akhirnya berjaya mendapatkan kek tapak kuda viral dari Ustaz Mohd Riduan Noor.

Syamel dan Ernie turut berkongsi momen pertemuan mereka bersama Ustaz Riduan Noor di TikTok.

"Alhamdulillah thank you Ustaz @mohdriduannoor Semoga dilimpahi Allah rezeki yang mencurah-curah. Apa tagline yang harus kita pakai kawan-kawan ?"

Mereka meluahkan rasa syukur kerana usaha mereka untuk merasai kek tapak kuda tersebut membuahkan hasil. Di ruangan kapsyen, Syamel berseloroh dan memberitahu bahawa usaha itu berjaya atas berkat doa, usaha, takawal dan ‘cable’ yang digunakannnya.


Sementara di ruangan komen, rata-rata netizen akui cemburu melihat pasangan itu dapat merasa kek tapak kuda Ustaz Riduan Noor yang selama ini menjadi idaman ramai. Mereka menyifatkan hanya individu ‘terpilih’ sahaja yang berjaya membeli kek tersebut kerana sering ‘sold out’ hanya dalam tempoh satu saat.

Terdahulu, menerusi sesi siaran langsung di TikTok bersama Ustaz Riduan Noor, Ernie dan Syamel meluahkan rasa kecewa kerana tidak pernah berjaya membeli kek tapak kuda itu kerana sering kehabisan stok. Pasangan itu turut memujuk ustaz untuk mengasingkan sebahagian daripada stok hariannya untuk mereka sebelum ustaz akhirnya meminta mereka menghubunginya secara peribadi.

Sumber : Ohbulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 18-1-2024 08:50 AM
apa yg sedap nau kuih ni ek?
Quote jlo 18-1-2024 08:50 AM
takleh telan ...maness letingg
Quote ezacbee 18-1-2024 08:53 AM
Betul manisssss...

Yg suka boleh laa beli.
Quote epullipan 18-1-2024 09:09 AM
sedap gila ke sampai kena guna cable nak beli
Quote vanillaninja 18-1-2024 09:21 AM
Kenapa netizen berebut kek heols? Berlambak lagi seller jual kek sama?
Quote babelina 18-1-2024 09:26 AM
Allah.. over nya..
Quote MistrezHermanaz 18-1-2024 09:36 AM
so far yg pernah beli..meols rasa sama je..ke ada kelainan kek tapak kuda ustaz ni
Quote Carcosa 18-1-2024 09:44 AM
Apa bende ni? Dasar Mulayu, apa2 nak kena cable.
Bodoh yach couple terpaling sempoi ni. Aku cannot go lah dgn si Ernie midget ni. Too loud and annoying pada aku
Quote aciksenah 18-1-2024 09:45 AM
vanillaninja replied at 18-1-2024 09:21 AM
Kenapa netizen berebut kek heols? Berlambak lagi seller jual kek sama?

Sebab ada title ustaz kot..nak ambik berkat..
Quote slyfynx 18-1-2024 09:45 AM
Ale uto ape mende ni viral sgt.
Sbb ustaz dok berzikir sambil record buat kek?
And ape pentingnye org tau korang dpt makan kek diabetes ni?
Quote vanillaninja 18-1-2024 09:46 AM
aciksenah replied at 18-1-2024 01:45 AM
Sebab ada title ustaz kot..nak ambik berkat..

Tak tunggang agama ke kalau gini? Sis tanya je, takpe kan
Quote miszclassique 18-1-2024 09:56 AM
Tak rasa nak beli sebab macam ada vibe dewabit
Ke hati iols yang hitam nau kot
Quote Binodino 18-1-2024 09:57 AM
He reminds me of ebit lewd. So, no thanks!
Quote Kurex 18-1-2024 09:58 AM
Sampai menangis syamela.. nak buat mcm mana, dah memang ernie ni taste yg lembut2 uols
Quote BellaThePrinces 18-1-2024 10:01 AM
skrng ni byk plk yg buat kek ni coklatnya melimpah2 keluar.....adoiii....seram nengoknya....
Quote pembacagosip 18-1-2024 10:04 AM
ni yg nabil beli banyak2 aritu kan
knpe plak viral eh
asyik lalu lalang ye ka xplore aku
Quote cikatilia 18-1-2024 10:07 AM
tapak kuda ni kitorg suka makan 4 5 years ago
cuma now mcm fancier la kot kan??
xle makan selalu wehh.. manehh gilo.. ni dah tambah mcm2 lagi le potong kaki
Quote LostStar 18-1-2024 10:07 AM
ingatkan anak ebitliew..
Quote Kancilkering 18-1-2024 10:09 AM
takut pula tgk uztaz tu….rasa dia culture shock x dpt fame tetiba

Lihat semua komen(157)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.064582 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top