Ketika berkunjung ke konti radio semalam, YDP Agong dan Raja Permaisuri sempat bermesra dengan penyampai radio di Media Prima. Menariknya, ketika pertemuan itu Al-Sultan mendedahkan bahawa penyanyi Haiza adalah artis kegemaran Almahrum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Muadzam Shah. Al-Sultan Abdullah ketika meluangkan masa bersama Haiza dan Muaz di studio memberitahu perkara itu dan penyanyi berkenaan dilihat berbesar hati dengan pujian diberikan. "Almarhum ayahanda saya punya favorite artis," katanya ringkas ketika mencemar duli berangkat ke studio Kool FM di Sri Pentas pada Rabu..
Sementara itu, deejay Molek FM Mat Dan turut menjadi perhatian apabila Al-Sultan Abdullah turut mengenalinya yang sebelum ini banyak membuat video berkaitan travel dan makanan menggunakan dialek Terengganu. Baginda sempat bergurau dengan Mat Dan dengan bertanya sama ada dia boleh bercakap dalam dialek Pahang. Mat Dan yang memberi respon boleh bertutur dalam dialek negeri berkenaan turut memberitahu Al-Sultan Abdullah dia juga seorang penyampai radio di Molek FM. "Patik dengan Molek FM. Boleh (cakap dialek Pahang). Sikit-sikit," ujarnya. Al Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke Sri Pentas, ibu pejabat Kumpulan Media Prima Berhad pada Rabu. Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan mencemar duli membaca berita menerusi slot khas Buletin Diraja untuk siaran Buletin Utama yang disiarkan malam ini. Sumber : mStar |
Kurex replied at 18-1-2024 09:59 AM
Tapi tak penah pun buat show depan soltan..
zuriey replied at 18-1-2024 10:25 AM
Getik btl azmee
MissYouSayang replied at 18-1-2024 10:30 AM
Almarhum duloo x minat hakak ogy ke
Cleocatra replied at 18-1-2024 10:47 AM
Heols ok jah. Yang tak suka mak si jagung. Jangan maing2 bak kata bang mat. Kang keluar pulak dari ...
lilacomot replied at 18-1-2024 10:55 AM
haiza cntik....suke tgk...sblh mat dan tu sapa....xleh ikat rambut ke nk jumpe agong..bg kemas cket
Kurex replied at 18-1-2024 09:59 AM
Tapi tak penah pun buat show depan soltan..
beta_carotene replied at 18-1-2024 02:30 AM
Haiza pun fav artist meols jugekkk
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-4-2024 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.063117 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.