View: 9989|Reply: 18
|
‘Dalam Sebuah Perkahwinan, Isteri Tak Boleh Jadi Imam’ – Ellie Suriaty Tidak Berniat Untuk Membuka Aib Rakan Artis
[Copy link]
|
|
Nampaknya kisah mengenai pelakon lejen, Aman Graseka yang dikatakan ‘meminta sumbangan wang ringgit’ kepada rakan industri masih menjadi bualan ramai terutamanya dikalangan rakan artis.
Terbaru, pelakon Ellie Suriaty menegaskan dia tidak berniat untuk membuka aib rakan artis, Aman Graseka sebaliknya ingin mendedahkan situasi sebenar.
Menerusi temu bual di Melodi, Ellie menyatakan dia ingin mempertahankan pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau Shiera yang teruk dikecam selepas memuat naik hantaran dengan niat ingin membantu Aman.
Kata Ellie, dia juga merasakan tidak wajar apabila Aman dituduh sebagai suami dan bapa tidak bertanggungjawab kerana ‘meminta sumbangan wang ringgit’ kepada rakan industri.
"Saya bersuara bila tengok kenyataan Shiera dihentam teruk. Kita tahu perkara sebenar. Ini bukan berkenaan masuk campur tetapi bila kita tahu kedua-dua perkara, kita mesti cakap sesuatu yang benar.
"Shiera adalah seorang yang sangat pemurah dan dia memang suka tolong kawan-kawan. Apabila netizen mula mengutuk Aman Graseka mengatakan seorang suami tak bertanggungjawab, bapa tak bertanggungjawab, tak manis la.
"Sebab itu saya cakap yang hubungi kami (rakan industri) adalah isteri dia, bukan Aman Graseka. Apabila kita dituduh menolong tetapi mengabaikan, perkara itu tak benar. Kita bukan menolong, lepas itu nak mengungkit atau memalukan orang. Isunya di sini bila kita dihubungi tetapi apabila hubungi semula tak diangkat. Bukan Aman Graseka yang hubungi tetapi isteri dia!"
Selain itu, pengarah berumur 54 tahun juga mengingatkan Aman untuk tidak membawa isteri, Reena Arina ke set penggambaran.
"Aman Graseka adalah seorang pelakon yang berbakat. Itu adalah punca pendapatan dan punca rezeki dia. Isteri dia harus istiqamah untuk dia bekerja dengan aman sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anak. Jadi nasihat saya tak payah bawa isteri itu datang set penggambaran."
Dalam pada itu, Ellie menekankan urusan rumah tangga harus diketuai oleh suami bukan isteri yang mengarah sehingga menuju ke arah keburukan.
"Saya minta maaf kepada Aman Graseka. Saya tidak ada niat untuk mengabaikan. Pada saya, apabila perkara ini berlaku, ia terbongkar dengan kehendak Allah SWT. Pasti ada hikmah.
Jadi dalam sebuah perkahwinan, isteri tak boleh jadi imam. Di mana dia ada suami, dia harus ikut imam dia. Bukan dia yang mencatur sampai perkara jadi entah apa-apa. Saya harap Aman Graseka lead the wife, bukan wife lead him".
Sebelum ini, Shiera memuat naik hantaran di Instagram memaparkan tangkap layar mesej yang diterimanya daripada Aman, meminta bantuan untuk rezeki anak-anaknya.
"Semoga pagi Jumaat ini ada rezeki anak-anak hambar nak buat makan".
Sumber: Melodi |
|
|
|
|
|
|
|
mengabaikan ke mengaibkan? typo ehh? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KamikuP at 18-1-2024 02:12 AM
Lepas dengar podcast pah bedoh ni ngan Zarul umbrella meolls ada sof spot kat dia.. ekekekeke
ANYHOO.. "Selain itu, pengarah berumur 54 tahun juga mengingatkan Aman untuk tidak membawa isteri, Reena Arina ke set penggambaran."
NAMA Reena Arina tak beragak.. ko ingat ko cantekkk? ekekekeke |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa ngan angkel jeri sapa jadi iman? Ehhh imam?: |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau x boleh jadi imam dlm keluarga..lead the family..baik corai Ajo..kann Kak? |
|
|
|
|
|
|
|
Direct je nek eli bagi..memang tertusuk duri dibuatnya |
|
|
|
|
|
|
|
Elie lepas menyahkan zeri baru nmpak lawa kan.
Walau tak wow tp masih nmpak lawa la berbanding dulu. Dia ckp lembut je kan |
|
|
|
|
|
|
|
pas jeri dah xde, baru nampak cantik kak elly ni. baru la iols caya dia ni dulu ex stewardess. maybe dah xyah pikir masalah..tu yg glow up |
|
|
|
|
|
|
|
iols pernah terjumpa acik elly lps few month serai dgn acik jeri..senyum je xde la kekwat..skarang dah tak pikir membela bewak tu makin happy enjoy hidup nampak helok byk dari dulu kepam...betul la apa acik elly cakap tu..pompuan sampai bila pun xleh jadi imam dlm keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham aku citer ni.. bini aman ke yang mesej mintak bantuan tu atau memang scammer yg mesej?? |
|
|
|
|
|
|
|
whadda replied at 19-1-2024 01:17 AM
Tak paham aku citer ni.. bini aman ke yang mesej mintak bantuan tu atau memang scammer yg mesej??
Bini aman yg msg sana sini minta duit..org tak rapat pun mintak. Siap mintak no tokti lg.
Jenis bini memalukan muka laki |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian lak iols tgk tt cik amannwife. Mmg dh marhaen, (iols pun marhaen juga). Jauh beza dgn aman dulu. Ngn bersinglet nampak ketiak badan kerempeng cik aman kesana kemari. Xsesuai sgt tau. Pakai la tshirt berlengan, lebih proper.
Laki bini ni pun buat content juga kt tt. tp ntah apa2. Dgn panjang berjela xda hala tuju |
|
|
|
|
|
|
|
mana-mana wanita memang gituew sis, kalau berada dalam circle atau hubungan yang beratkan perasaan automatik wanita tu nampak terbeban dalam air muka dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Kat kampung panggil ina je, muka dgn bimbo pun nak sama.. Tapi yg ni jenis jahat
|
|
|
|
|
|
|
|
Diamondmoney replied at 19-1-2024 01:38 AM
Bini aman yg msg sana sini minta duit..org tak rapat pun mintak. Siap mintak no tokti lg.
Jenis ...
Ooo gitu citer dia.. patut la elly sebut bini imam
Buat malu muka lakinye je |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau bini tu imam, dan tolong cari rezeki ok lah jugak. Ni nak jadi imam tapi dok minta simpati, bantuan dari orang sana sini. Mental agaknya bini dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
kesian dekat Aman Graseka ni....something wrong isteri dia |
|
|
|
|
|
|
|
yang banyak mengurus nampaknya dia...i pernah tgk dia dengan muka sememeh pegang beeberapa beg sekolah anak and beli makanan. kat IB waktu tu. si jeri ada pementasan rasanya.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|