CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gaji Watie Separuh Pendapatan Shuib

2-1-2024 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 37185| Komen: 38

Description: Shuib bersyukur dikurniakan isteri yang banyak membantu menguruskan dirinya sepanjang tempoh ketiadaan pengurus peribadi ketika ini.Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhammad, 40, berkata, bukan mudah ...
Shuib bersyukur dikurniakan isteri yang banyak membantu menguruskan dirinya sepanjang tempoh ketiadaan pengurus peribadi ketika ini.

Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhammad, 40, berkata, bukan mudah mencari pengganti bagi mengisi kekosongan jawatan pengurus peribadi yang dahulunya digalas Shafif Sharip memandangkan dia seorang yang cerewet.


Foto: IG

“Saya mungkin cerewet mencari siapa yang nak menjaga saya sebab saya ini jenis yang pening juga hendak dijaga.

“Namun, setakat ini syukur ada Watie, dia boleh memandu, mengemas beg dan menjaga semua aspek. Dia bolehlah tolong sedikit-sebanyak,” katanya.

Ditanya mengenai jumlah gaji yang akan dibayar kepada Watie, Shuib berkata, separuh pendapatannya dalah milik isterinya itu.

“Gaji dia pun separuh pendapatan saya,” seloroh Shuib.

Dalam masa sama Shuib memberitahu, bekas pengurus peribadinya, Shafiq sudah mempunyai perancangan hidup sendiri apabila memutuskan untuk berhenti kerja.


“Saya mahu Shafiq menjadi orang yang hebat malah dia pun sudah ada perancangan hidup sendiri,” ujarnya.


Sementara itu, Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, sempat menyampuk bahawa dia bukan sahaja boleh membantu sebagai pengurus buat sementara waktu malah akan menjaga suaminya itu buat selama-lamanya.

“Bukan seketika tetapi saya akan teman selama-lamanya,” katanya yang setia menemani Shuib.

Pada Disember lalu, Shuib memaklumkan Shafiq memilih untuk menamatkan khidmat sebagai pengurus peribadi selepas lima tahun bekerja dan menguruskan hal kerjaya seninya.

Terdahulu, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun lalu selepas hampir dua tahun menduda. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 2-1-2024 05:22 PM
Maksud nya pendapatan ib tu bahagi sama rata la kan
Quote DeLuna85 2-1-2024 05:23 PM
Ok la tu. Heeeeee
Quote mizruncing 2-1-2024 05:24 PM
patut laa watie gigih. kerja rupanya.. ada gaji
Quote timah03 2-1-2024 05:47 PM
Jaga anak2... Jaga laki... Jaga kerja laki...
Ahhhhhhh... Stressssss
Quote cikus 2-1-2024 05:57 PM
Berita yg boshaaannn....yg berenti tu bayor x epf? Jimat abes bini jd manager...dolu lain skrg dah lain...
Quote AnnaSendin 2-1-2024 06:51 PM
Gaji+kwsp staff bubble bee eb?
Quote menjad 2-1-2024 09:21 PM
Sian Shafiq ntah2 dipaksa benti...

Lagi pun soeb kan dah kurang kerja, dah xdo jadi DJ dah.  Dah tentu susut duit bulanan... Amik bini jer lah jimat banyakkkkkk kot
Quote sleepandream 2-1-2024 10:17 PM
macam tak best je laki sendiri is bos sendiri...
24jam bersama tak bosan keee
Quote Cekgushilla 2-1-2024 10:55 PM
sleepandream replied at 2-1-2024 10:17 PM
macam tak best je laki sendiri is bos sendiri...
24jam bersama tak bosan keee

Aku tak tau la kalau keja dgn laki sndiri mcm mana
Tapi aku sukaaa 24jam nk kepit dgn laki aku hahaha
Dia dok main game ka tgk phone ka aku ok ja jnji dia dok  dgn aku hahahaa
Kdg aku tgk phone tgk tv buat keja tp syok dia ada sma
Ntah la dh 20 thn dgn laki aku mmg tak pernah rasa boring
Sampai hari ni aku suka dok tnya dia balik keja awal ka lmbt hahah
Hahahahaa cringe dak
Quote slyfynx 3-1-2024 12:17 AM
So Watie ade epf x?


BTW, off topic sikit, page CARI ni mmg akan trigger antivirus ke?
Quote j3m4h 3-1-2024 02:09 AM
timah03: Jaga anak2... Jaga laki... Jag ...

Lepasni si watitex ni veranak lg…sape lak nk urus abe ib kitew?? Mesti bukak thread baru pasal makhlux kepamss ni khenzzz….cari.comot ni dibayo bagi spotlight kt deyolsss ni ke
Quote ezacbee 3-1-2024 05:36 AM
Ada kwsp tak?

Quote LadyCarefree 3-1-2024 06:24 AM
sleepandream replied at 2-1-2024 09:17 PM
macam tak best je laki sendiri is bos sendiri...
24jam bersama tak bosan keee

Minik Arong Ajis tersenyum simpol
Quote matjerk 3-1-2024 06:45 AM
j3m4h replied at 3-1-2024 02:09 AM
Lepasni si watitex ni veranak lg…sape lak nk urus abe ib kitew?? Mesti bukak thread baru pasal mak ...

Veranak ada maternity leave x...
Gaji jalan x..
Haaa gitooo soalan aku
Quote pavlovachoc 3-1-2024 06:46 AM
menjad replied at 2-1-2024 09:21 PM
Sian Shafiq ntah2 dipaksa benti...

Lagi pun soeb kan dah kurang kerja, dah xdo jadi DJ dah.  Dah te ...

Haah kan ..nth² dh x mampu byr gj si syafiq tu
Quote Aneem 3-1-2024 07:08 AM
Iyo lah bini uruskan
Ke takde bajet nak bayau manajer
Quote watachiwa 3-1-2024 07:37 AM
ape je sumber pendapatan suib now? madu dia tu duk jual lagi ke?
Quote Mamason 3-1-2024 08:36 AM
Cekgushilla replied at 2-1-2024 10:55 PM
Aku tak tau la kalau keja dgn laki sndiri mcm mana
Tapi aku sukaaa 24jam nk kepit dgn laki aku hah ...

Bagusnya komee berkawan ngan laki sendiri.  Moga kekal bahagia hingga ke syurga komee... Kagum nengoknya org yg berkepit 24jam ngan laki ni.  
Quote Lavender_Violet 3-1-2024 08:46 AM
Bukan si Watie ni jaga anak2 Soeb ke?
Yg kecik si Aish Affan tu dah duduk dgn theyols kan, bukan lagi mak Soeb jaga
So mcm mana nak ikut Soeb ke sana sini as manajer
Nama ko dah sedap...Fati Nikmatul Adawiyah tapi awat panggil Watie? Makna yg tak baik dlm Islam

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.063203 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top