CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iman Troye Ziarah Sarah Raisuddin

2-1-2024 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 35061| Komen: 12

Description: Iman Troye, 20, meluangkan masanya menyambut kedatangan 2024 semalam, dengan menziarah kubur penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin bagi melepaskan rasa rindu di hati.Menerusi hantaran foto di ak ...
Iman Troye, 20, meluangkan masanya menyambut kedatangan 2024 semalam, dengan menziarah kubur penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin bagi melepaskan rasa rindu di hati.

Menerusi hantaran foto di akaun Instagram miliknya, Iman atau nama Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin berkongsi luahan perasaan terhadap kenangan indah bersama arwah Siti Sarah yang tidak pernah lupa menitip ucapan selamat hari lahir kepadanya.


"Hari ini (semalam) hari pertama untuk 2024 dan baru-baru ini hari lahir adik, dulu kak Sarah tak pernah terlepas ucapan pada adik. Jadi, adik datang hari ini sebab rindu, rindu sangat.

"Al-Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin," tulisnya berserta emoji hati berwarna merah.


Foto: IG

Tidak hanya itu, penyanyi lagu Nang ini juga memohon agar terus mendoakan dan sedekah Al-Fatihah kepada saudara Islam kita di Gaza, Palestin, termasuk mereka yang sudah meninggal dunia.


"Selamat tahun baru semua, jangan lupa adik-beradik kita di Gaza dan sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang sudah tiada," katanya.

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut bersedih dan menitipkan doa buat Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19.

Selain itu, ramai juga mendoakan Iman agar terus kuat dan meraih kejayaan dalam karier seninya sempena tahun baru 2024, termasuk banyak beribadah kepada Allah.

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote timah03 2-1-2024 05:48 PM
Kena ambil gambar ke...?
Quote wirazam 2-1-2024 05:58 PM
Patutnya soeb kawin dgn Iman nih jr...cuma Iman nak yak??
Quote MatDeghem 2-1-2024 06:01 PM
timah03 replied at 2-1-2024 05:48 PM
Kena ambil gambar ke...?

hangkut cameraman bagai lah kot....kalo tidak netijen tak nampak.

#demisesuapnasi
Quote AnnaSendin 2-1-2024 06:50 PM
Huh! Rengsa dengan penonggeng citer arwah nieyh. Pompuan nieyh pon tak relevan, bertahan pon setakat dapat lagu² yang catchy.
Quote naina 2-1-2024 08:20 PM
Adik..adik..geli lah
Kalau orang bahayakan diri adik atau baby pada stranger yang bukan ahli keluarga sendiri.
Quote missyL 2-1-2024 08:28 PM
Sedekah yassin kt rmh lg afdal dik
Quote beatgirlX 2-1-2024 09:08 PM
Al fatihah buat aruah Siti Sarah..
rasa aeuah ni mmg seorg yg baik sb ramai sayang..
Bab bergambar aku no komen sb yg bkn retis pun ada jgk berselfie utk kenangan
Quote stingergrumpy 2-1-2024 09:15 PM
missyL replied at 2-1-2024 08:28 PM
Sedekah yassin kt rmh lg afdal dik

[youtube]H_TuWcAi9HM?si=2UWrCG3Upn-syIwF[/youtube]

Nak aku sambung lagi?(slogan pendeta board sebelah)
Quote TMZ.com 2-1-2024 09:19 PM
Lah tiber je
Quote Lily_Elizabeth_ 2-1-2024 10:37 PM
Kalau muda; pakai apa pun lawa; cam Iman ni; mentelah lagi dia slim dan ada paras; lawa je dia pakai baju cam tu.
Quote edayildiz 2-1-2024 10:45 PM
xblh nk husnudzon ngn org skrg..semua nk dirakam
kt tt tu semua nk rakam..kalau blh rakam masa malaikat tgh soal tu pun dorg rakam gamaknyaa..
screenshot wssp ngn simatu sudah....apoooo..ikut trend katanya..bnci bethol
Quote marchikobonzo 3-1-2024 09:15 AM
Rapat sangat ke dia ngan sarah?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.076615 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top