|
Iman Troye, 20, meluangkan masanya menyambut kedatangan 2024 semalam, dengan menziarah kubur penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin bagi melepaskan rasa rindu di hati.
Menerusi hantaran foto di akaun Instagram miliknya, Iman atau nama Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin berkongsi luahan perasaan terhadap kenangan indah bersama arwah Siti Sarah yang tidak pernah lupa menitip ucapan selamat hari lahir kepadanya.
"Hari ini (semalam) hari pertama untuk 2024 dan baru-baru ini hari lahir adik, dulu kak Sarah tak pernah terlepas ucapan pada adik. Jadi, adik datang hari ini sebab rindu, rindu sangat.
"Al-Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin," tulisnya berserta emoji hati berwarna merah.
Foto: IG
Tidak hanya itu, penyanyi lagu Nang ini juga memohon agar terus mendoakan dan sedekah Al-Fatihah kepada saudara Islam kita di Gaza, Palestin, termasuk mereka yang sudah meninggal dunia.
"Selamat tahun baru semua, jangan lupa adik-beradik kita di Gaza dan sedekahkan Al-Fatihah buat mereka yang sudah tiada," katanya.
Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut bersedih dan menitipkan doa buat Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19.
Selain itu, ramai juga mendoakan Iman agar terus kuat dan meraih kejayaan dalam karier seninya sempena tahun baru 2024, termasuk banyak beribadah kepada Allah.
Sumber: Harian Metro |
|