CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Suami Tak Jenguk Anak? Shila Amzah Kata Paling Penting Seth Gembira

2-1-2024 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 33299| Komen: 10

Description: Gara-gara anak dilihat jarang bersama bapanya, ada peminat mula mempersoalkan kepada Shila Amzah mengenai hubungannya dengan bekas suami iaitu Haris Idraki Elias.
Gara-gara anak dilihat jarang bersama bapanya, ada peminat mula mempersoalkan kepada Shila Amzah mengenai hubungannya dengan bekas suami iaitu Haris Idraki Elias.

Menjawab mengenai pertanyaan itu, Shila atau Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata dia kini lebih mengutamakan kegembiraan anaknya iaitu Seth Uwais dan tidak mahu perkara itu mengganggu kehidupan kanak-kanak berkenaan.



Foto: IG

"Tak apalah yang penting sekarang Seth gembira, doakan yang baik-baik," katanya.

Shila berkata demikian bagi menjawab pertanyaan daripada peminatnya tentang bapa kandung Seth di satu hantaran Instagram.

"Maaf bertanya, bapa kandung Seth memang tak jenguk anak dia ke?," soal netizen.

Dalam muat naik sama, Shila turut berkongsi perasaan teruja dan sebak melihat anaknya itu memulakan hari pertama persekolahan.

Kata Shila, dia dapat melihat perubahan pada anaknya yang dahulu kurang bercakap namun kini menjadi peramah dan mudah mendengar arahan.


"Hari pertama Seth bersekolah. Perasaan normal mak-mak, sedih tapi Sha (Shila) gembira sangat dengan milestone dia.

"Dia teruja sampai berlari masuk sekolah tadi. Mama dan papa yang sedih, tapi ini lah prosesnya.

"Dari tak bercakap langsung, dari tak pandai dengar arahan, tak faham, sekarang Alhamdulillah dia berjaya kejar," katanya.

Untuk rekod, Shila dan Ubai melangsungkan perkahwinan pada 4 Ogos lalu.

Ia merupakan perkahwinan kedua Shila selepas rumah tangga dibina bersama Haris Edraki Elias pada April 2018 berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Myhappyending 2-1-2024 05:00 PM
Sebokkk lah netizen acah2 mtk maaf maaf bertanya bagai ko saje nak trigger minah ni kan
Quote LadyCarefree 2-1-2024 09:21 PM
Kenapa perlu tahu?
Quote menjad 2-1-2024 09:22 PM
Anak nya ikut air muka bapak...
Quote Fly_over 2-1-2024 09:29 PM
kepochi lain mcm karatz silalat ni. karatz she suka korek hal peribadi dia..
Quote dua_chzy 3-1-2024 10:01 AM
LadyCarefree replied at 2-1-2024 01:21 PM
Kenapa perlu tahu?

Sebab kepochi macam Tinot.
Quote acepark 3-1-2024 10:11 AM
janji anak dia sekolah ...
Quote adeqbun 3-1-2024 10:29 AM
lg senang sbnrnye bapak x amik kesah ni...xyah nak kejap p sana kejap p sini..setel kat 1 rumah je membesar..
Quote talapia 3-1-2024 10:56 AM
adeqbun replied at 3-1-2024 10:29 AM
lg senang sbnrnye bapak x amik kesah ni...xyah nak kejap p sana kejap p sini..setel kat 1 rumah je m ...

itu syukur sebab mak dia Shila Amzah.. mampu besarkan dia sorang2..
kalau ibu2 tunggal lain.. mungkin siksa kalau bekas suami bolayan pasal anak.. nafkah anak si ibu kena struggle sediakan.

tapi as for Seth ni.. lagi bagus kot pak dia tak kisah..
la ni pon dia dah ada papa baru.. happy2 je..
Quote Burong_Hantuk 3-1-2024 02:18 PM
x datang x apa..asalkan hulur duit
Quote eyansss 3-1-2024 04:16 PM
wait, makcik kepoh tu tetiba tanya sebab igs haris ke?  yang gambar dia dengan minah (aku rasa gepren) tengah seronok2 lepak minum...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.042082 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top