CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rogol Anak Kenalan Berusia 12 Tahun, Bapa Anak Tiga Dipenjara 15 Tahun & 3 Sebatan

28-12-2023 03:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1| Komen: 5

Description: Klang: Penganggur dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana merogol anak kenalannya, tahun lalu.Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhi hukuman itu ke atas Mo ...
Klang: Penganggur dihukum penjara 15 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana merogol anak kenalannya, tahun lalu.

Hakim Syafeera Mohd Said menjatuhi hukuman itu ke atas Mohamad Zainol Hafiz Mohamad Azmi, 26, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes.



Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah rumah di Tanjong Karang, di sini pada 4 pagi, 6 Februari 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul 'Izzati Mohamad memohon hukuman berat ke atas tertuduh kerana kesalahan itu serius dan membabitkan mangsa bawah umur.

"Mangsa juga mempunyai hubungan rapat dengan isteri dan anak-anak tertuduh. Sebagai orang dewasa sepatutnya menjaga dan melindungi kanak-kanak dan bukannya mengambil kesempatan ke atas mangsa yang berumur 12 tahun," katanya.


Bagaimanapun, peguam Izzat Amir Saharudin yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan mengambil kira ia kesalahan pertama tertuduh dan masih mempunyai tiga anak masih kecil.

Seramai enam saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan termasuk tertuduh memberi keterangan sepanjang perbicaraan bermula 4 September lalu.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote sailormars 29-12-2023 09:59 PM
"Bagaimanapun, peguam Izzat Amir Saharudin yang mewakili tertuduh merayu hukuman ringan mengambil kira ia kesalahan pertama tertuduh dan masih mempunyai tiga anak masih kecil"

x yah la jd peguam kalau kena bela org perangai lagi teruk dr syaiton nie...
Quote Sazreena 29-12-2023 12:41 PM
Lenkali biar je mereput kat dalam. Kuar kang, umur baru 41. Belum tentu insaf. Malaysia patut ada National Sex Offender Registry. Biar senang orang leh akses. Ni kalau semua nak aib, sampai kiamat la pedo buat keje.
Quote chandrahusin 29-12-2023 08:27 AM
ni sekor lagi sial
sndr pun ada anak
bdk pun kau balun
dr dulu2 dh ada benda2 mcm ni
tapi sbb media tak meluas mcm skrg
yg tau org2 sekitar kejadian je lah
Quote adizero11 29-12-2023 07:51 AM
Semoga ada yg liwat dia ni dalam penjara
Quote Thunderclouds 28-12-2023 03:42 PM
Sikit² kna consider hukuman ringan sbb sbb yada yada yada..
Tadak pikir lgsung trauma perbuatan babi kt budak tu dia bwk sampai mati.
Sbb 1st offence ler kne jatuh hukuman maksimum.
So next babi yg pasang niat nk toron budak kecik pikir 100x nk buat ke x keje gitu.
Bbaloi ke x.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.029048 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top