CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Itu Baju Kegemaran Arwah, Dia Nak Bawa Pulang Ke Kampung"

27-12-2023 05:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23234| Komen: 14

Description: Kuala Lumpur: "Itu baju kegemarannya yang baru dibeli. Rakan beritahu dia nak bawa baju itu pulang ke kampung," kata Taufik Mohd Zain, 58, bapa saudara kepada remaja lelaki yang maut terjatuh dari tin ...
Kuala Lumpur: "Itu baju kegemarannya yang baru dibeli. Rakan beritahu dia nak bawa baju itu pulang ke kampung," kata Taufik Mohd Zain, 58, bapa saudara kepada remaja lelaki yang maut terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Kampung Baru di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira 8 malam tadi, Adly Zarkasyi Alzafry, 18, dikatakan memanjat pagar balkoni untuk mengambil baju-T yang tersangkut sebelum terjatuh.

Akibat insiden itu, penuntut semester satu Diploma Teknologi Maklumat di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) meninggal dunia di lokasi kejadian.


Foto: Harian Metro

Taufik berkata, dia mengetahui kejadian itu sebaik menerima panggilan daripada ahli keluarganya.

"Ketika itu, saya berada di rumah di Perlis. Terkejut apabila diberitahu anak saudara terjatuh bangunan lalu saya minta anak saya yang berada di Kuala Lumpur untuk ke kondominium berkenaan.


"Kebetulan keluarga Kasyi (Adly Zarkasyi) baru tiba di Perlis petang semalam. Dia tidak dapat ikut keluarganya kerana masih ada kelas dan sepatutnya dia pulang ke kampung menaiki bas esok.

"Tapi tak sangka pula kejadian ini berlaku, menjadi asbab kematiannya," katanya ketika ditemui di pekarangan Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Menurut Taufik, kali terakhir bertemu arwah yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu kira-kira sebulan lalu.

Ditanya mengenai sifat arwah yang akan diingati, katanya, arwah sangat rapat dengannya kerana seorang yang periang, berani dan suka cabaran.

"Ibu bapa arwah masih bersedih dengan kejadian menimpa anak mereka," katanya jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam TTDI Jaya, Shah Alam, sebaik selesai bedah siasat.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis menerima laporan kejadian pada 8.17 malam.

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 27-12-2023 08:34 PM
Cerita ni lalu tadi dkt TikKetok. Terkejut meols sbb unit dia kemain la tinggi nun. Berani ko dek, dikatanya panjat meja utk capai baju tu. Jgnla asyik ckp dah sampai ajal, dah sampai ajal. Kita yg hidup ni kena berusaha juga utk tak buat decision mcm ni
Quote noor2 27-12-2023 09:08 PM
Astaghfirullah knpla  panjat.  Innalillah...
Quote Budakmomok 27-12-2023 09:26 PM
Adui x terkata
Quote midori888 27-12-2023 09:29 PM
noor2 replied at 27-12-2023 09:08 PM
Astaghfirullah knpla  panjat.  Innalillah...

dah smp ajal dia agaknyer.....cannot imagine prasaan his parents...
Quote rbmy 28-12-2023 07:00 AM
Carcosa replied at 27-12-2023 08:34 PM
Cerita ni lalu tadi dkt TikKetok. Terkejut meols sbb unit dia kemain la tinggi nun. Berani ko dek, d ...

kan tak abis pikir aku.. rmh takde palang2 besi kot.. siap panjat. ngeri memikir...
Quote Suchi 28-12-2023 09:00 AM
Risiko jemur baju kat balkoni, kadang angij tiup kuat baju akan terbang jatuh tersangkut kat umah bawah.

Tp tingkat 34 tu mmg bahaya sgt nk panjat, kalau ada batang joran leh juga utk tarik baju tu.
Lagi satu kalau baju tu jatuh kat balkoni umah bawah dia boleh dtg umah jiran tu minta org tu ambil dan pulangkan kt dia.
Tp kalau mmg tak boleh dh nak ambil sbb tersangkut kat tmpt yg sukar biarkan jela, nyawa dan keselamatan lebih penting.
Quote jazaa100 28-12-2023 09:06 AM
Edited by jazaa100 at 28-12-2023 09:07 AM

Budak besor tu memang syg brg2 dia....
Tak mcm kita yg dah ada income sendiri, berbulu sikit baju tu buang tanak pakai, kaler luntur sikit, tak pakai dah.....

Dorang ni lainnm...kita kan dah merasa mcm tu dulu...mak bg duit, kita blh beli baju, tapi brg² lain pun kita nk beli jugak....
Quote Zazama 28-12-2023 12:08 PM
Semoga dosa2 arwah diampuniNYA dan semoga juga Allah beri ketabahan buat ibu dan ayah serta keluarga arwah. Amin..
Quote imanda 28-12-2023 12:32 PM
jazaa100 replied at 28-12-2023 09:06 AM
Budak besor tu memang syg brg2 dia....
Tak mcm kita yg dah ada income sendiri, berbulu sikit baju tu ...

baca pakciknya kata budaknya sukakan cabaran aishhhh seram plak rasa.
Quote noor2 28-12-2023 06:57 PM
midori888 replied at 27-12-2023 09:29 PM
dah smp ajal dia agaknyer.....cannot imagine prasaan his parents...

Terus akak tunjuk berita ni kat anak...jgn la cuba nk ambil apa2 barang yg jatuh ditempat tinggi mcm ni..
Quote midori888 28-12-2023 07:23 PM
noor2 replied at 28-12-2023 06:57 PM
Terus akak tunjuk berita ni kat anak...jgn la cuba nk ambil apa2 barang yg jatuh ditempat tinggi m ...

Good to remind the kids kan kak
Quote noor2 28-12-2023 09:01 PM
midori888 replied at 28-12-2023 07:23 PM
Good to remind the kids kan kak

Ya..kena sentiasa ingatkan sbg panduan...
Quote sukacactus 28-12-2023 09:17 PM
Teringat zaman remaja aku dl
Ada mutual friend budak GMI jatuh condo jg sebab try nak masuk umah dr unit sblh sebab tertinggal kunci
Quote tumpanglalu74 28-12-2023 09:24 PM
Banyak sangat tengok pilem Marvel..

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.062508 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top