CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Bimbang Penularan Penyakit ' Rusa Zombi'

28-12-2023 11:14 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 22071| Komen: 9

Description: Washington: Pakar-pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan mengenai sejenis penyakit digelar rusa zombi yang boleh membawa maut serta dikhuatiri merebak kepada manusia, lapor portal berita Daily Star k ...
Washington: Pakar-pakar kesihatan menyuarakan kebimbangan mengenai sejenis penyakit digelar rusa zombi yang boleh membawa maut serta dikhuatiri merebak kepada manusia, lapor portal berita Daily Star kelmarin.


Penyakit Chronic Wasting Disease (CWD) merebak pada sebilangan rusa di sekitar Amerika Utara, manakala baru-baru ini, ia dikesan di Taman Negara Yellowstone (melibatkan negeri Wyoming, Idaho dan Montana) buat kali pertama.


Penyakit tersebut menyebabkan perubahan pada otak haiwan yang menjadikannya lesu, tidak tentu arah dan air liur kerap meleleh.

Haiwan yang dijangkiti itu termasuk rusa, elk, moose dan karibu. Ia kebiasaannya akan merenung kosong dari kejauhan sebelum menghidap penyakit tersebut.

CWD membawa maut dan tiada rawatan atau vaksin yang diketahui setakat ini.

Menurut saintis, CWD adalah ‘bencana yang bergerak perlahan’ dengan pihak berkuasa digesa bersiap sedia menghadapi kemungkinan ia merebak kepada manusia.


Penyelidik CWD, Dr. Cory Anderson memberitahu akhbar The Guardian: “Kita berdepan penyakit yang sering membawa maut, tidak boleh diubati dan sangat menular.

“Kita tidak mempunyai cara mudah yang berkesan untuk membasminya, sama ada terhadap haiwan yang dijangkiti mahupun persekitaran yang tercemar.

“Tiada siapa yang menyatakan bahawa ia pasti akan berlaku, namun adalah penting bagi orang ramai untuk bersedia.”

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, CWD telah dikesan di sekurang-kurangnya 31 buah negeri AS selain Kanada, Norway, Finland, Sweden serta Korea Selatan. 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 28-12-2023 11:25 PM
Zombie gini?

https://youtube.com/shorts/Ru9EeYszgV0?si=je0QRpttGGwCctgd
Quote acik79 29-12-2023 01:14 AM
Mcm cite train to busan pula
Quote Ahriman 29-12-2023 01:51 AM
Zombie apocalypse is real.
Quote Goodluckdontcry 29-12-2023 02:30 AM
So nk kene tgk cite train to Busan ke lg utk buat persediaan???? Kehkehkeh mcm2 la penyakit keluar tp kehidupan tetap terus berjln  mcm biasa...so??? Selagi hidup..jalanilah kehidupan sebaik mungkin...yg lain...serah shj kpd takdir yg Allah SWT tetapkan setelah ko dh berusaha sedaya upaya...bak kata pepatah... life must go on....on on on....until you kiok....kiok bkn bunyi ayam dik tp kata kasarnya mampus dik.... kehkehkeh
Quote ecahaha 29-12-2023 05:07 AM
dalam movie kat netflix leave the world behind pun bendalah ni cam psycho, tempted tengok manusia macam nak makan.
Quote pengecatbintang 29-12-2023 08:27 AM
ecahaha replied at 29-12-2023 05:07 AM
dalam movie kat netflix leave the world behind pun bendalah ni cam psycho, tempted tengok manusia ma ...

ya btol..

kenapa pilem ni pileh Rusa, bukan haiwan yg lain?

kebetulan?

--


Scientist fears 'ZOMBIE' deer disease could spread to HUMANS after first ever case of the fatal brain virus that makes animals drool and unafraid of humans was detected in Yellowstone National Park

The chronic wasting disease dubbed 'zombie' leaves animals drooling and unafraid of humans

Scientists have warned that a virus dubbed 'Zombie deer disease' could potentially spread to humans after the first-ever case was detected in Yellowstone National Park last month.

The fatal brain virus, which leaves animals confused, drooling, and unafraid of humans may someday infect people, as cautioned by some authorities.

The alarm was raised after a deer carcass tested positive for chronic wasting disease (CWD) in Yellowstone National Park in northwest Wyoming in November.

--

2020/ 21 teori konspirasi bgtau beksin kubid mgkn akan sebabkan zumbie

adakah Zombie deer disease ini sebagai cover up kpd human zombie?


Quote sangbara2020 29-12-2023 09:15 AM
adakah akan menyebabkan negara tu teputus bekalan mknn?
lama2 klu biarkan akan merebak x?
Quote Buritan 29-12-2023 09:23 AM
Goodluckdontcry: So nk kene tgk cite train to B ...
Goodluckdontcry: So nk kene tgk cite train to B ...


Betui hang ckp.. aku pun dah penat mikir nak survival.. akhir zaman dah pun.. skrg ni aku prepare utk negeri abadi jee.. qadho solat yg dolu dolu..
Quote gideoncross 31-12-2023 12:38 PM
Buritan replied at 29-12-2023 09:23 AM
Betui hang ckp.. aku pun dah penat mikir nak survival.. akhir zaman dah pun.. skrg ni aku prepare  ...

Aiol suka baca psl survival mode msa zombie apocalypse

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:39 PM GMT+8 , Processed in 0.051395 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top