CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

SPA Bergurau- "Tidak Mahir Siang Ikan? Jangan Risau, Tak Termasuk Dalam Penilaian Kemasukan Ke Perkhidmatan Awam"

27-12-2023 03:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11757| Komen: 1

Description: “Tidak mahir siang ikan? Jangan risau, kemahiran menyiang ikan tidak termasuk dalam penilaian kemasukan ke perkhidmatan awam.”
PETALING JAYA – “Tidak mahir siang ikan? Jangan risau, kemahiran menyiang ikan tidak termasuk dalam penilaian kemasukan ke perkhidmatan awam.”

Demikian seloroh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menerusi hantarannya di laman Facebook.


“Melalui Profession Assessment Centre (PAC), SPA hanya akan membuat penilaian daripada aspek sikap, kemahiran dan pengetahuan seperti kemahiran interpersonal, kepimpinan dan kebolehan bekerja dalam kumpulan.


Gambar Hiasan

“Selain itu, kemahiran penyelesaian masalah, kebolehan menulis, berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan Inggeris serta lain-lain kompetensi yang berkaitan dengan jawatan yang dimohon diberi keutamaan.

“Lepas ni bolehlah berlatih menajamkan kemahiran-kemahiran yang kami sebutkan tadi sebagai persediaan,” katanya.

Jenaka itu dibuat berikutan kes tular baru-baru ini mengenai rakaman video memaparkan seorang pengacara sebuah program bual bicara, Wanita Hari Ini dikecam kerana tidak pandai menyiang ikan diberi tugasan tersebut ketika bersiaran langsung.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut terhibur dengan hantaran SPA yang mengambil kesempatan membuat jenaka di samping kes tular yang berlaku.

“Tetapi jawatan pembantu penyediaan makanan perlu kemahiran menyiang ikan,” kata Pierina.

“Tapi boleh masuk dlm soalan psikometrik. Mencabar soalan ni. Jika anda menyiang ikan, bahagian mana perlu potong dahulu,” seloroh Azli Zulkhairi.

“Saya mahir menyiang ikan. Tandakan A jika sangat tidak setuju. Tanda B jika tidak setuju. Tanda C jika setuju dan D jika sangat setuju,” komen Rizsya Rizros.

Seorang lagi pengguna laman sosial mendakwa ‘admin’ di sebalik laman Facebook tersebut itu perempuan namun ia dinafikan oleh SPA.

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caprut 27-12-2023 03:58 PM
Kena jd kelantan dlu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.045346 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top