CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dituduh Scammer- Ustaz Ahmad Husam Saman 4 Individu, Tuntut RM5 Juta

27-12-2023 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12486| Komen: 1

Description: Alor Setar: Pendakwah bebas, Ahmad Husam Muhamad Baderudin memfailkan saman fitnah RM5 juta ke atas empat individu di Mahkamah Tinggi di sini, sabit kenyataan memfitnahnya yang dikeluarkan sebelum ini ...
Alor Setar: Pendakwah bebas, Ahmad Husam Muhamad Baderudin memfailkan saman fitnah RM5 juta ke atas empat individu di Mahkamah Tinggi di sini, sabit kenyataan memfitnahnya yang dikeluarkan sebelum ini.


Ahmad Husam menamakan empat individu iaitu pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri Keenam, Muhammad Mukhlis Maghribi, 36, dan bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Zamil Ibrahim, 56.

Dua lagi individu yang disaman adalah Ku Muhammad Khairul Amzad Ku Ahmad, 24, dan Mohd Fairus Shaari@Mohd Fazil, 29, yang didakwa bersekongkol memfitnah Ahmad Husam.


Foto: Harian Metro

Mengikut writ yang dikemukakan, saman berkenaan difailkan melalui firma guaman Tetuan Zain Megat & Murad pada 14 Disember lalu, selepas notis tuntutan yang dikeluarkan pada 13 November lalu, tidak mendapat respon daripada individu berkaitan.


Peguam, Muhammad Asyraf Abd Aziz yang mewakili Ahmad Husam selaku plaintif mendakwa, Mukhlis menerbitkan satu hantaran di laman Instagram beliau iaitu 'sesiapa nak tgk Ustz Scammer boleh pi standby kat Mahkamah Kangar esok (22/6/23) pagi, lebih kurang pukul 8.30am'.


Katanya, Zamil kemudian menulis dan menerbitkan pelbagai kenyataan fitnah antaranya melalui satu video yang dimuat naik di Facebooknya dengan menuduh Ahmad Husam kononnya sebagai penipu, menyalahgunakan wang derma orang ramai dan wang zakat.

"Plaintif menegaskan bahawa kenyataan fitnah yang diterbitkan defendan dalam notis berkenaan adalah berniat jahat bagi memberi kesan serta gambaran amat buruk kepada orang ramai bahawa plaintif adalah seorang penunggang agama yang tidak amanah, penipu dan tidak boleh dipercayai.

"Ahmad Husam mendakwa bahawa kesemua kenyataan yang dibuat Mukhlis dan Zamil bukan saja memfitnahnya, tetapi tuduhan jahat itu dibuat selepas beliau enggan membayar RM400,000 kepada Mukhlis.

"Wang sebanyak RM400,000 itu adalah sebagai wang penyelesaian bagi satu siasatan yang dikatakan dilakukan polis terhadap Ahmad Husam," katanya.

Muhammad Asyraf berkata, berikutan itu Ahmad Husam menuntut ganti rugi am sebanyak RM5 juta, permohonan maaf daripada defendan, perintah supaya defendan tidak mengulangi kenyataan fitnah seumpamanya, perintah supaya kenyataan fitnah berkaitan dipadamkan oleh defendan dan ganti rugi teruk.

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sonic-bertaik 28-12-2023 01:00 AM
Musim gang ustaz berkelahi

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.045517 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top