CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Hilang Sabar! Kahwin 14 Tahun Tak Pernah Ada Privasi Sebab Mak Mentua 'Kaki Mengekor', Suami Pula Ambil Ganja

27-12-2023 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12496| Komen: 34

Description: Seorang wanita sudah tawar hati dengan perkahwinan yang dibina sejak 14 tahun lalu gara-gara campur tangan mentua dan sikap suami yang baran selain mengambil bahan terlarang.
Seorang wanita sudah tawar hati dengan perkahwinan yang dibina sejak 14 tahun lalu gara-gara campur tangan mentua dan sikap suami yang baran selain mengambil bahan terlarang.

"Faktornya sebab dari awal perkahwinan, MIL (ibu mentua) saya masuk campur dalam urusan kami. Sekarang kami duduk di rumah yang suami dirikan di atas tanah ibu mentua dan ibu mentua duduk sekali dengan kami.


"Rumah dikelilingi abang dan kakak ipar, bab privasi memang tiada sebab ibu mentua suka ajak sesiapa datang rumah tanpa inform kami dahulu.

Gambar Hiasan

"Dari awal usia perkahwinan, ibu mentua 24 jam ikut je ke mana kami pergi. Tiada istilah holiday buat kami sekeluarga.

"Masa kami belum ada anak, kalau tidur hotel pun saya yang akan tidur atas katil dengan ibu mentua, suami akan tidur tilam lain," luahnya.

Berkongsi kisah mengenai si suami pula, wanita berkenaan berkata lelaki tersebut tidak pernah culas menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.


Namun ujar wanita itu, suaminya seorang yang panas baran dan mengambil marijuana biarpun tidak pernah meninggalkan solat.

"Bab nafkah, semua bil tiap bulan dia selesaikan. Tapi saya sendiri berniaga kecil-kecilan di rumah buat kuih. Itu pun jika anak kecil behave dan mood okay.

"Tapi suami saya nak sampai ke hujung bulan duit dia akan kering, bila dah tension dia akan cepat marah. Kadang-kadang jika duit kuih saya ada lebih, saya akan bagi pada suami.

"Kadang-kadang saya rasa tak adil sebab apa-apa keperluan diri, saya beli guna duit saya niaga.

"Suami ada ambil marijuana tapi solat tak tinggal. Dia ambil marijuana ni tak selalu... bila ada duit lebih sikit baru dia ambil semula," luahnya.

Menurutnya lagi, sepanjang usia perkahwinan, dia hanya mampu bersabar biarpun sudah berasa tawar hati kerana 'terhalang' dek status sebagai seorang suri rumah selain memikirkan anak-anak.

"Saya tiada saving, tiada income tetap. Kalau saya buat kuih, adalah duit untuk belanja diri.

"Jika saya failkan fasakh, boleh ke saya tuntut hak sepencarian dan nafkah anak? Ada ke lawyer yang bagi khidmat percuma untuk kes macam ni?

"Saya tak nak libatkan family saya dan jika berlaku apa-apa antara kami, keluarga saya ikut saja setiap keputusan saya. Tapi untuk balik duduk rumah orang tua, mungkinlah tidak sebab keluarga saya pun bukan orang senang," kongsinya dalam laman grup Facebook Tanya Peguam.


Menjengah ruangan komen, warga maya tampil dengan pelbagai cadangan sebagai solusi kepada masalah rumah tangga wanita berkenaan namun rata-ratanya menyarankan supaya dia berundur.

"Berpisahlah puan. Saya yang baca pun tension dengan sikap ibu mentua dan suami. Semoga dipermudahkan segala urusan.

"Saya rasa jalan terbaik memang bercerai. Perangai ibu mentua tu jangan harap nak berubah. Silap cakap nanti kata kita menantu puaka.

"Pergi pejabat agama dulu kak, jumpa kaunselor, bincang minta nasihat daripada mereka. Tapi kena pergi berdua, jangan usung ibu mentua," demikian komen netizen.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 27-12-2023 04:13 PM
Red flag is  laki dia mendadih.. bukan mak mertua kaki mengekor...
Quote prettyuglybabe 27-12-2023 04:25 PM
green~tea replied at 27-12-2023 04:13 PM
Red flag is  laki dia mendadih.. bukan mak mertua kaki mengekor...

i pulak fikir sebab dia tak kerja sebab tu mak mertua mengekor..
takut anak berhabis untuk bini..
padahal dah memang tanggungjawab anak dia untuk sara anak bini..
Quote Buritan 27-12-2023 04:33 PM
Adakala sian jd pompuan ni.. amik duit somi dikata kikia duit anak dia.. bg aku anak dia amik serbis pelacur.. senang.. nak ngeseks bg duit.. tak payah pikir kikis ke rete sepencarian ke .
Quote _kelly 27-12-2023 04:35 PM
14 tahun bertahan? elok la bertahan sampai kena kerat leher kak
Quote farlis 27-12-2023 05:15 PM
Edited by farlis at 27-12-2023 05:16 PM

Mmg ada mak mertua kaki ngekor nihh..mcm mil i la...Time cuti sekolah, dia dh siap2 dtg umah i..nk ikut kitorang holiday.. Dolu2 lahhhh..skrg bila fly oversea, xleh la bwk dia..beli tiket awaii kannn.. tp x la kejam sgt weols ni.. ada la juga bwk dia g holiday oversea gak..
Kdg2 i nk blk kg i pun jadi rengsa..sbb mil xmo duk lama kt kg i.. Stress betul laaaa.... Dia tau nk berjalan je.. Awal2 pg dia dh siap packing brg dgn beg dpn pintu..
Quote sharlenetexas 27-12-2023 05:17 PM
Kaki mengekor? Teringat mak esah mak mertua paklan.


Quote sufi^_^ 27-12-2023 05:22 PM
Bod fd kan ada?

How is this isu semasa?
Quote sufi^_^ 27-12-2023 05:24 PM
Buritan replied at 27-12-2023 08:33 AM
Adakala sian jd pompuan ni.. amik duit somi dikata kikia duit anak dia.. bg aku anak dia amik serbis ...

Bukan adakala, sentiasa hahahah.

Kalau tak kerja jadi surirumah, dikatakan kikis duit laki.
Kalau kerja ada kerjaya ada duit sendiri, dituduh tak reti jaga rumahtangga, anak pengasuh yang bela, tak cukup masa nak layan laki.

Memang susah.

Tupun ada gak jantan nak jadi pompuan, heran aku.
Quote _blackbird 27-12-2023 05:24 PM
aku sebenarnya tak boleh brain mak mertua yg risau gaji anak jantan nya kena kikis dengan bini sendiri. motip ko nok lahap sgt duit anak ko??? sengkek sgt ke laki ko tu sampai insecure dengan anak menantu sendiri. masa dia muda2 dulu tak lahap duit laki sendiri ke. ke parent si mak tu sendiri yg support financial dia sekeluarga tu yg bila anak sendiri dah beranak pinak tak suka anaknya kena tanggung anak bini
Quote salimrock 27-12-2023 05:28 PM
"Suami ada ambil marijuana tapi solat tak tinggal. Dia ambil marijuana ni tak selalu... bila ada duit lebih sikit baru dia ambil semula," luahnya.

kawan wa pernah cerita , dia lepak dgn kawan dia kt ceras,

kawan dia ajak isap ganja, dah sama2 isap sama2 lalok, kawan dia cakap jom ikut aku.

member bawak gi jemaah kat masjid solat maghrib tu , hhuhu..

member wa cakap khusyuk tul solat time tu... sedap betul imam tu baca AL Fatihah, azan dn iqamah pn sedap je bunyi dia..rasa dekat dgn  Tuhan..

wa cakap ko buat lagi..

member : tk nak la, aku paranoid lepas solat aku tgk semua jemaah pandang aku cm tgh stim
Quote becir 27-12-2023 05:47 PM
mak mertua hanat ni takde life takde self esteem. skrg ni kawan ngan lelaki elok masukkan dlm module kenali mak mertua. kenal lelaki 6 bulan yg mak dia setahun setengah..
Quote Buritan 27-12-2023 06:18 PM
sufi^_^ replied at 27-12-2023 05:24 PM
Bukan adakala, sentiasa hahahah.

Kalau tak kerja jadi surirumah, dikatakan kikis duit laki.

Yep betul hang ckp SENtiasa.. sedihh
Quote glump 27-12-2023 07:50 PM
Jadi mak mertua jangan jadi bodo..anak dah besar panjang pun masih disusu ,belanja Sara hidup harap ikhsan menantu.
Quote ujio 27-12-2023 08:29 PM
Lama tu bertahan kakkk...
Quote green~tea 27-12-2023 08:43 PM
prettyuglybabe replied at 27-12-2023 04:25 PM
i pulak fikir sebab dia tak kerja sebab tu mak mertua mengekor..
takut anak berhabis untuk bini..
...

Mak mertua tu jenis clingy, tak kira keje ke tidak le rasanya.. exMIL i pun lagu ni sampai tahap tido sekatil dgn i le everytime duduk rumah i... skali datang tu minimum 6 bulan to 12 bulan... ex tido kat lain...

Tp ayat tuduhan tu sama lah.. i tukang perabis duit anak dia.. tido bilik i sbb nak selongkar wardrobe i tengok beg apa i pakai berapa harga..

Dalam kes TT ni plak, husband mendadih perabis duit... MIL plak tukang sponsor rumah.. i rasa jantan tu anak kesayangan  laaa

Aku rasa over sangat bila sorang mak kacau bilik tido anak.. OVER
Quote amyza 27-12-2023 09:17 PM
Lamanya bertahan. Surirumah pun dia meniaga, ada jugak duit. Patut lama dah dia cabut, start niaga kecil² depan rumah sewa sambil jaga anak². Hati pun tenang tak payah pikir laki/mak mertua dah.
Quote imanamsyar 28-12-2023 08:44 AM
tetiba teringat bampijo..harap2 lagi beberapa tahun, wife adudu dia x kuarkan statement begini..mertua clingy.. (kecuali part mendadih la)..heheheee
Quote midori888 28-12-2023 08:54 AM
kalu dah mendadih tu mmg redflag lah...

tak faham mak mentua yg takut menantu guna duit dia...dia taktau ke mmg tanggungjawab anak dia utk support his wife...laki dia sendiri tak support dia ke?
Quote supernaturalee 28-12-2023 09:50 AM
salimrock replied at 27-12-2023 05:28 PM
"Suami ada ambil marijuana tapi solat tak tinggal. Dia ambil marijuana ni tak selalu... bila ada dui ...


Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.072376 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top