CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Curang Dengan Anak Saudara Usia 15 Tahun, Isteri Kerat Dan Flush Zakar Suami Ke Dalam Mangkuk Tandas

27-12-2023 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3041| Komen: 10

Description: SAO PAULO, BRAZIL – Seorang wanita di Brazil mengerat zakar suaminya dan mengepam organ tersebut ke dalam mangkuk tandas, lapor portal berita MailOnline.
SAO PAULO, BRAZIL – Seorang wanita di Brazil mengerat zakar suaminya dan  mengepam organ tersebut ke dalam mangkuk tandas, lapor portal berita MailOnline.

Dia berbuat demikian selepas mendapat tahu si suami curang bersama anak saudaranya yang berusia 15 tahun.



Gambar Hiasan

Wanita berusia 34 tahun itu kemudian pergi ke balai polis untuk melaporkan kejadian tersebut dan mengaku perbuatannya pada 22 Disember lalu.

Menurut suspek, dia mengumpan mangsa dengan mengikatnya pada katil sebelum menggunakan pisau cukur untuk mengerat kemaluan lelaki tersebut.

Selepas merakam gambar organ yang putus itu, suspek mengepamnya ke dalam mangkuk tandas.

Dalam pengakuannya kepada polis, suspek berkata, dia bertindak demikian kerana tahu amat sukar untuk menyambung semula zakar yang telah putus.

“Selamat petang tuan. Saya mahu memperkenalkan diri kerana saya baru sahaja mengerat zakar suami,” katanya kepada pegawai bertugas di balai polis.


Wanita tersebut kini ditahan dan didakwa atas kesalahan cubaan membunuh.

Sementara itu, mangsa yang berusia 39 tahun ditemui masih hidup dan dibawa ke hospital. Keadaannya bagaimanapun tidak dijelaskan. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plywood 27-12-2023 12:46 PM
Ini cabaran kepada perempuan sejagat.

Kemana-mana, dimana-mana cabaran spt ini akan dihadapi.. bezanya perempuan ini mengikut kata hati supaya tercapai kepuasan ..


perbuatan ini sebenarnya telah membunuh identiti lelaki kepada lelaki tersebut. .. mungkin dia perlu tukar identiti jadi perempuan dan jadi penyondol kepada perempuan yg memotongnya utk membalas dendam
Quote black_handbag 27-12-2023 01:21 PM
adan uker..

tapi berbaloi ke merengkok di penjara bertahun2 dek kerana lelaki tak guna ni?
Quote 3chanceno 27-12-2023 02:33 PM
Selayaknya kena tibai dgn bini...kesian pulak bini yg dicurangi masuk ke dalam pasal sakit hati dgn playboya
Quote I.K.A888990 27-12-2023 03:23 PM
padan muka kau
tapi awat hidup lagi adoiii
yg budak tu awat bangang nau dik
kesian pulak dia kena tahan
Quote Decaffeinated 27-12-2023 03:27 PM
plywood replied at 27-12-2023 12:46 PM
Ini cabaran kepada perempuan sejagat.

...mungkin dia perlu tukar identiti jadi perempuan dan jadi penyondol kepada perempuan yg memotongnya utk membalas dendam ...

dia tetap lelaki cuma takde kote lah.

Pondan tu boleh tukar rupa bentuk dengan bantuan hormone.

Yang pasti hati is impossible to change. Pondan tu hati pompuan, yang ini hatinya jantan.


Quote rospinki 27-12-2023 03:50 PM
aaa sakitnya
Quote Sazreena 27-12-2023 08:53 PM
Lorena Bobbit 2.0
Quote sharlenetexas 27-12-2023 08:58 PM
Padan uker kena bobbit.


Quote dani-rox 27-12-2023 10:42 PM
Perkataan curang tak sesuai. Paling tepat = Merogol.
Quote intan244 27-12-2023 10:58 PM
savage sgt

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.061370 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top