CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jurujual Kereta Serba Salah, "Tertolong Pelanggan Gaji RM2,000 Beli X50, Bulanan Ansuran RM1,070"

27-12-2023 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6275| Komen: 63

Description: Seorang jurujual mendakwa dirinya membantu seorang pelanggan yang mahu membeli kereta Proton X50.Model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu begitu menawan mempunyai reka bentuk 'sporty' yang menarik dan ...
Seorang jurujual mendakwa dirinya membantu seorang pelanggan yang mahu membeli kereta Proton X50.

Model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu begitu menawan mempunyai reka bentuk 'sporty' yang menarik dan spesifikasi berteknologi yang pasti membuatkan sesiapa saja tergoda.



Foto: mStar

Namun menjadi masalah apabila gaji pelanggan yang mahu membeli model itu tidak ‘kencang’.

Jurujual itu bagaimanapun mendakwa dia telah membantu pelanggan tersebut mendapatkan kereta idaman yang dihajati, menerusi permohonan pinjaman dengan bank.

“Tertolong pelanggan gaji RM2,000 beli X50. Bulanan ansuran RM1,070.

“Serba salah dan terfikir macam mana dia nak survive bagi anak bini makan,” katanya menerusi satu video menunjukkan reaksinya seperti bersalah dengan menutup muka.

Bagaimanapun, video tersebut dikatakan hanya strategi ‘marketing’ bagi mempromosikan dirinya sebagai jurujual model pengeluar kereta nasional itu, namun dia menafikannya.


“Realiti bang,” katanya di ruangan komen, menjawab pertanyaan netizen.

Mengulas lanjut, jurujual itu menjelaskan bahawa pelanggan berkenaan sudah berkahwin dan kelulusan permohonan pinjaman adalah keputusan yang dibuat pihak bank.

“Bukan saya yang lepaskan (lulus) loan tu. Saya cuma tolong je, yang luluskan adalah bank,” katanya yang berharap pelanggan itu mempunyai sumber pendapatan lain bagi menanggung keluarganya dan membayar ansuran bulanan pinjaman tanpa sebarang masalah.

Rata-rata netizen melihatnya sebagai situasi 'menang-menang' iaitu pelanggan dapat memiliki kereta yang diinginkan dan jurujual memperoleh komisen daripada jualan kereta tersebut.

“Bila beli kereta luar daripada kemampuan. Cuba untuk impress (tarik perhatian) rakan sebaya hanya untuk satu hari, lagi sembilan tahun sambung bayar pinjaman.

“Tunggu servis kereta. Pasti makan pasir dengan gaji macam tu,” sindir netizen.

Pada masa sama, ada yang turut mempertikaikan tindakan jurujual yang mendakwa berurusan dengan pelanggan bergaji kecil semata-mata mahu mengejar komisen.

“Jurujual ni nak tunjuk dia hebat boleh ‘tolong’ dapatkan loan walaupun gaji (pemohon) kecil. Dia 100 peratus gembira sebab dapat komisen, tiada kaitan dengan ‘rasa bersalah’.

Perkongsian itu menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen bagaimana individu dengan gaji RM2,000 sebulan mampu memiliki kereta X50, dengan segelintirnya menganggap pelanggan berkenaan mungkin mempunyai sumber pendapatan lain selain gaji bulanan.

“Mungkin itu pendapatan yang ada pada penyata gaji dia. Tapi manalah tahu dia ada pendapatan sampingan lain.

“Biasanya bank akan tengok penyata bank, bukan terus lulus dengan slip gaji.

“Kalau dia rasa tak mampu, dia tak pergi beli barang tu. Berhenti la trend asyik fikir orang tak mampu itu ini,” komen beberapa netizen.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jamil_Abu 27-12-2023 11:55 AM
aku terbaca X5, murahnye monthly RM 1050.. igt nak angkat sebijik juga la kalau mcm tu.. hahahaha
Quote Thunderclouds 27-12-2023 12:42 PM
Pakai la keta hapa² ponnnnnn.. Janji beras xharap simpati org.. Gitohhhhhhhh
Quote honam 27-12-2023 12:57 PM
Mstar pun satu bahalol

Dia buat content je pun

Jadahnya bank nak bagi loan
Quote salimrock 27-12-2023 01:20 PM
kalo tak lepas loan bank ada sytk kereta yg offer financing mcm toyata tak silap ada,

sales men boleh tolong...hehe

Quote tungkai 27-12-2023 01:25 PM
Dah ko jadi salesman nak rasa bersalah kenapa? What ever terjadi lepas tu is none of your business. Customer la yg sendiri hadap.Customer choice. You do you kekdahnya
Quote Cassieopeia 27-12-2023 01:27 PM
tah mane bank senang2 lulus loan kalau gaji kecik gitu. laki iols pun jual kete byk je yg xlulus loan trmasuk pelakon wlpn tunjuk kontrak drama melainkn penyata bank kencang
Quote nikaido 27-12-2023 01:33 PM
Sembangla rasa bersalah. Tutup muka sebab nak cover senyum sampai ke telinga ke tu fikir komisen
Quote plywood 27-12-2023 01:52 PM
knp jurujual ada masalah, dia makan komisenkan. pelik jurujual ni, nak jadikan berita apa mcm ni, perkara ni umum dah tahu, ada jer jurujual selalu buat mcm ni.. lepas dia beli kau tak ada urusan dah makan komisen jer.. ini konter je
Quote matseh 27-12-2023 02:07 PM
Least to own mcm Mercedes. Lima tahun sekali tukar kereta.
Start dulu dgn A180, lps 5 tahun up ke C class, lps tu GLE
Quote lil_honey 27-12-2023 02:21 PM
tolong dari segi ape tu? cable dalam bank loan ke?
igt senang2 ke bank nak bagi loan
Quote Belibis 27-12-2023 02:24 PM
Eloknya letak la no contact.alang2 ada kabel dengan orang bank.senang acik b40 nak pakai x50 nanti.
Quote ultra78 27-12-2023 02:31 PM
Amboi besarnya selera tak padan gaji. Aku pun tak beli X50 sebab ambil kira kemampuan.
Quote Cyempaka 27-12-2023 02:35 PM
Bersalah jadahnya. Yg beli tu umo 12thn ke. Dia dah pikir la tu sebab tu dia beli.
Padahal dia nak cakap gaji rm2k pun blh beli x50. Dia boleh kawtim..
Quote Skuau 27-12-2023 02:54 PM
mana la tau memalam dia...'menyundal'...lumayan..cakap lu...
Quote copy_paste 27-12-2023 03:31 PM
pepandai la yg beli keta tu,
kalau xnk masalah kewangan beli la keta ikut harga setahun punya gaji itu nilai yg ampuh,
ataupun ikut kemampuan loan 5tahun lagi nampak kemampuan kita cmne
Quote I.K.A888990 27-12-2023 03:36 PM
serba salah tang mana oiii
Quote otai_g 27-12-2023 03:41 PM
Marketing. Ko ingt bank bodo mcm ko X reti nak buat kira2?
Quote Tinot7 27-12-2023 03:42 PM
Mebbe gaji bini dia kencang?
Quote Decaffeinated 27-12-2023 03:47 PM
Bergelut dengan rasa bersalah kerana buat kerja jahat tapi dalam hati ada taman.

Ko salah pilh kerja dek. Sila jadi pendakwah, lebih sesuai.

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.190085 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top