CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Lelaki Belasah Dan Ikat Ibu Di Tiang Elektrik Gara-Gara Petik Dan Makan Sayur Dari Ladang Miliknya

27-12-2023 11:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3072| Komen: 4

Description: Gra-gara memetik bunga kobis dari tanah ladangnya di daerah Keonjhar, India, sorang lelaki tergamak menyerang dan mengikat ibunya pada tiang elektrik.India Today melaporkan, pertengkaran bermula selep ...
Gra-gara memetik bunga kobis dari tanah ladangnya di daerah Keonjhar, India, sorang lelaki tergamak menyerang dan mengikat ibunya pada tiang elektrik.

India Today melaporkan, pertengkaran bermula selepas wanita berusia 70 tahun itu memakan sayur yang dipetik dari ladang anak bongsunya di kampung Sarasapasi.



Foto: India Today

Pertengkaran menjadi semakin memuncak apabila anak lelakinya itu mengikat ibunya pada tiang elektrik dan membelasahnya.

Lelaki tersebut turut mengugut penduduk kampung yang cuba untuk campur tangan. Namun, mereka tetap menyelamatkan wanita tersebut dan segera membawa mangsa ke Pusat Kesihatan Komuniti Basudevpur untuk menerima rawatan.

Menurut pihak polis, mereka menerima laporan pada hari Sabtu daripada penduduk kampung tentang kejadian ini.

"Pada hari Sabtu, kami dimaklumkan oleh beberapa penduduk kampung bahawa wanita warga emas itu telah datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kakitangan kami segera bergegas ke hospital dan merekodkan keterangannya.


"Hasil siasatan, kami mendapati dakwaan terhadap anak lelaki tertuduh adalah prima facie. Jadi, kami menahan Mahanta selepas mendaftarkan kes terhadapnya."

Difahamkan, wanita tersebut mempunyai dua orang anak lelaki dan anak sulungnya telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Tambah pihak polis, wanita itu pernah hidup dengan catuan kerajaan dan atas belas ihsan penduduk kampung lain.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 27-12-2023 11:52 AM
celaka punye ank..klu mcm nie baik dok umah org2 tua..krg2 mkn minum terjg
Quote ezacbee 27-12-2023 11:54 AM
Mak sorang pun kedekut klo tau kecik2 aci tu tanam ko..

Quote I.K.A888990 27-12-2023 03:44 PM
jahanam punya binatang
siap ugut2 lagi yg nak tlg mak dia tu
elok masa lahir bagi mati je jahanam ni
Quote ardent91 27-12-2023 08:41 PM
sape yg kater kalo ada anak nanti boleh jaga kita waktu tua nanti?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.045260 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top