View: 3503|Reply: 7
|
Anak Lelaki Belasah Dan Ikat Ibu Di Tiang Elektrik Gara-Gara Petik Dan Makan Sayur Dari Ladang Miliknya
[Copy link]
|
|
Gra-gara memetik bunga kobis dari tanah ladangnya di daerah Keonjhar, India, sorang lelaki tergamak menyerang dan mengikat ibunya pada tiang elektrik.
India Today melaporkan, pertengkaran bermula selepas wanita berusia 70 tahun itu memakan sayur yang dipetik dari ladang anak bongsunya di kampung Sarasapasi.
Foto: India Today
Pertengkaran menjadi semakin memuncak apabila anak lelakinya itu mengikat ibunya pada tiang elektrik dan membelasahnya.
Lelaki tersebut turut mengugut penduduk kampung yang cuba untuk campur tangan. Namun, mereka tetap menyelamatkan wanita tersebut dan segera membawa mangsa ke Pusat Kesihatan Komuniti Basudevpur untuk menerima rawatan.
Menurut pihak polis, mereka menerima laporan pada hari Sabtu daripada penduduk kampung tentang kejadian ini.
"ada hari Sabtu, kami dimaklumkan oleh beberapa penduduk kampung bahawa wanita warga emas itu telah datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kakitangan kami segera bergegas ke hospital dan merekodkan keterangannya.
"Hasil siasatan, kami mendapati dakwaan terhadap anak lelaki tertuduh adalah prima facie. Jadi, kami menahan Mahanta selepas mendaftarkan kes terhadapnya."
Difahamkan, wanita tersebut mempunyai dua orang anak lelaki dan anak sulungnya telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.
Tambah pihak polis, wanita itu pernah hidup dengan catuan kerajaan dan atas belas ihsan penduduk kampung lain. |
|
|
|
|
|
|
|
celaka punye ank..klu mcm nie baik dok umah org2 tua..krg2 mkn minum terjg |
|
|
|
|
|
|
|
Mak sorang pun kedekut klo tau kecik2 aci tu tanam ko..
|
|
|
|
|
|
|
|
jahanam punya binatang
siap ugut2 lagi yg nak tlg mak dia tu
elok masa lahir bagi mati je jahanam ni |
|
|
|
|
|
|
|
sape yg kater kalo ada anak nanti boleh jaga kita waktu tua nanti? |
|
|
|
|
|
|
| |
|