CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4458|Reply: 83

[Tempatan] Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"

[Copy link]
Post time 28-1-2025 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Difahamkan jika berlaku sedemikian, automatik permohonan gagal dan tidak layak untuk tunaikan haji.




Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi pengalamannya mengendalikan bakal jemaah haji yang datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan

Menurut Irfan Tajol, majoriti jemaah yang datang adalah berusia lingkungan 60 hingga 70-an yang telah menunggu panggilan haji sejak berbelas tahun dahulu.

Walau bagaimanapun, ramai yang dikira gagal dan tidak layan untuk menunaikan haji kerana mempunyai pelbagai penyakit kronik.

"Tak jumpa doktor untuk rawatan dah bertahun-tahun. Bila tanya sebab apa? Antaranya, takut side effects ubat hospital, try cara kampung, percaya cakap orang, testimoni supplement dan lain-lain.

"Datang dengan penyakit kronik yang tak terkawal, nak kena hantar borang Tabung Haji esok lusa, hari ni baru nak buat medical check up.

"So, pesakit-pesakit ni memang terus GAGAL dan tidak layak untuk tunaikan haji. Memang tak la nak bagi semua terkawal dalam masa 2-3 hari," katanya.

Ekoran itu, ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji

Menurut lelaki itu lagi, ada jemaah yang tidak layak menunaikan haji berang dan menangis kerana permohonan mereka gagal disebabkan isu kesihatan.

"Siap ada yang cakap 'mana lah makcik tahu tahun ni nak gi haji, kalau tak makcik jaga kesihatan dari awakl'.

"Begitu lah nasi sudah menjadi bubur. Haji ni bukan sekadar ibadat melibatkan rohani, tapi fizikal. Kalau tak fit, belum layak iuntuk haji.

"Sebab itu lah haji bagi mereka yang berkemampuan, mampu dari segala sudut. Sihat bukan untuk haji sahaja tapi untuk sepanjang masa kerana hidup kita ini adalah ibadah hinggalah maut menjemput kita," katanya lag

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2025 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah happy dapat surat layak tunai haji tiber kesihatan tak mengizinkan, sedih lah. Dugaan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2025 11:51 PM | Show all posts
Selain dapat panggilan TH, sebenarnya haji adalah panggilan special dari Allah utk hambaNya yang diberi keizinan.

Doa banyak-banyak kepada Allah supaya Allah panggil ke tanah suci.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 29-1-2025 01:43 AM

Daftar waktu lahir lah boleh haji awal
Umur2 60-70 penat tunggu haji berbelas tahun, umur sudah sakit2, org kampung2 org tua kurang pendidikan mana nak buat medical checkup setiap 5 tahun, jgn nak samakan org muda berduit berpendidikan yg buat medical checkup regularly
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 02:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sengaja la tu nak mati di Mekah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 05:23 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 28-1-2025 07:44 PM
Sengaja la tu nak mati di Mekah.

Punya aku serius baca artikel atas tu, tengok komen ko ni, dekah aku gelak. haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2025 08:00 AM | Show all posts
itu ler yg disebut sebagai istito'ah atau pun berkemampuan.
mampu dari segi kos dan kesihatan.

kalo ada isi rayuan haji.. ada ditulis istito'ah ni.
jadi kena redho ler.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemampuan bkn dari segi wang ringgit jer.
Kesihatan pun sama.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2025 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa jadah la byk thread2 spam ni
Mod tido ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Takleh consider as takdir tak mengizinkan ke ni takleh lepas pergi haji...apa yg nak merempannya...nak gi ibadat pun benak lg
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 11:08 AM | Show all posts
Edited by addamnor at 29-1-2025 11:14 AM
tukul replied at 29-1-2025 10:42 AM
Takleh consider as takdir tak mengizinkan ke ni takleh lepas pergi haji...apa yg nak merempannya...n ...

Begitu lah rata rata nya fikiran golongan emas di luar bandar
kadang2 rasa nak hempuk dengan alat cek BP kalau dengar mereka menjawab bila ditanya kenapa tak endahkan kesihatan.. kalau boleh hempuk sekor2 tu rasa nak hempuk shj..

jawapan paling best "kalau nak mati.. mati juga"

inlcuding my mother iya... berani betul she.. dulu2 weol senyap tak balas balik.. sejak masuk umur 30 an weols akan pulang balik paku keras dgn dialogue

'kalau kiok terus senang.. gali2 masuk kubur lepas tu timbus, then kita bahagi harta, kalau ada lah... kalau kena stroke muka herot cakap mcm OKU, terlantar nak basuh berak pun tak boleh..tapi tak mati2 juga??  tak kah itu munyusahkan semua orang di skeliling nak kena menjaga?'
Time weols kantoikan beliau malas atau buat2 malas makan ubat, tapi makanan bawah tudung saji bukan main..



Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 29-1-2025 11:48 AM

Kesian jugak. Kalau haji swasta ada jugak ke syarat mcm tu. Ke boleh je.
Tapi ada je kan yg berkerusi roda, tapi kena bayar lah yg tolak tu. Mmg ada servis tolak org berkerusi roda. Skg pun dah ada buggy kan yg mcm kereta golf tu bawa spe yg xnak berjalan time saie. Klau buat upah haji x rasa lah experience haji tapi ni biasa yg uzur dan yg mati.
Xpun pergi je dlu. suruh jelah org yg x mampu selesaikan rukun haji klau ada masalah kesihatan bayar dam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
addamnor replied at 29-1-2025 11:08 AM
Begitu lah rata rata nya fikiran golongan emas di luar bandar
kadang2 rasa nak hempuk dengan alat c ...

Mak2 mmg gtu ye.. sikit2 gna tiket takdir sebut nama Allah.. suh g klinik xmau, klu dok rok pn nebeng puasa jugak suh buka puasa pn xmau… kita bls blk Allah pn x suruh seksa diri nk kejar pahala… rasa ni sume sbb byk sngt bergaul dgn set Pas…tiberrr
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
addamnor replied at 29-1-2025 11:08 AM
Begitu lah rata rata nya fikiran golongan emas di luar bandar
kadang2 rasa nak hempuk dengan alat c ...

astahfirullahalazimmm
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 12:35 PM | Show all posts
Edited by nolya at 29-1-2025 10:11 PM
bpbbppbp replied at 29-1-2025 11:38 AM
Kesian jugak. Kalau haji swasta ada jugak ke syarat mcm tu. Ke boleh je.
Tapi ada je kan yg berkeru ...

Ibadah haji ialah finale merangkumi Rukun Islam yg 5. Walaupun jemaah akan menghadapi kesulitan dn karenah orang ramai serentak semasa, namun ada nikmat dn kemanisan haji itu sendiri yg tidak dpt dilakarkan dgn kata2.  Kesyahduan dn kebahagiaan ibadah haji itu dpt dirasakan dlm sanubari jiwa serta mengajak anak Adam menyedari keberadaan dirinya di sisi Allah swt.  
"Siapalah hambamu ini di sisi Mu yg Rabb?"  Bersaksikan Kaabah dn sujud dilantai Masjidil Haram,  kita datang berbekalkan himpunan dosa, dihentak satu kesedaran yg memecahkan empangan air mata, melimpah ruah tak terbendung spt ingin mencuci segala daki2 dosa masa lalu. Disitulah hikmahnya kalimah Inana solati wanusuki wamah yaya wa mamati Lillahi Robbil 'alamin.  Kemudian semua ibadah dn doa terhenti, sejajar dgn kalimah penutup, terakhir: Inalillahi wa inna ilaihi ro ji'uun.

Wajib haji itu bersyarat: ada kemampuan, tidak saja ongkos biayanya tetapi dari sudut fizikal & mental. Wang ringgit boleh diatasi, ttpi kesihatan dan kesabaran akan teruji. Harus fit dn bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan kerana ujian di Tanah Suci tak siapa dpt menjangkakan. Banyak udang banyak garam, maka perlu siap bersabar dn rendah hati menghadapi  karenah dn keadaan. Doa jua yg menjadi tunjang lancarnya peribadahan.

Hari ini dgn segala fasilitas disediakan, taxi kerusi roda/skuter tapi itu harus ada biaya tambahan. Di sinilah kemampuan perlu difikirkan juga. Mana lagi harga haji kian meningkat tahun demi tahun menjadikan ummah drp mampu menjadi yg tidak mampu.
Semua muslimin bercita2 besar nak laksanakan haji kerana itulah rangkuman keyakinan kpd Ilahi. Seruan haji telah sedia ada namun taqdir izinNya perlu diambil kira.
Labaikkallah humma labaik..........dn selamat berhaji kpd calon2 yg terpilih.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 12:51 PM | Show all posts
dah kalau tak sihat pakej sakit kronik pelbagai, tak ke menyusahkan orang nanti bila kat sana? nak kena layan engkau satu hal, pastu kena monitor 24jam. Pastu kalau mati satu hal lagi nak uruskan. Tu belum kira perangai pprt caprut kau iya, demand nak itu ini lagi.  Yihhh kowsernya, dah tak layak tu faham2 saja lah, tu pun sebab diri sendiri tak reti jaga kesihatan diri. Tu maksudnya chuols belum 'dijemput' ke sana lah. Sapa suruh tak preprare awal2. Always last minit kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2025 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
bpbbppbp replied at 29-1-2025 11:38 AM
Kesian jugak. Kalau haji swasta ada jugak ke syarat mcm tu. Ke boleh je.
Tapi ada je kan yg berkeru ...

Kalo setakat kt sana kena tolak atas wheelchair takpe wak...tp dibuatnya kena sakit berat...lama plak dlm ward...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 01:35 PM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 29-1-2025 01:51 PM
honeybee1802 replied at 29-1-2025 12:57 PM
Kalo setakat kt sana kena tolak atas wheelchair takpe wak...tp dibuatnya kena sakit berat...lama p ...

kalo muassasah (bukan pakej)..

kat Mekah...

hotel ke Masjidil Haram minimum 600 meter ke 1 km (boleh upah penolak wheelchair)

semasa tawaf

wheelchair mgkn x sesuai kat dataran

kena kat tingkat 1 atau 2 atau rooftop (boleh upah penolak wheelchair)

khemah dari Mina ke tempat melontar pulak

jalan kaki (pi mendaki, balik menurun) minimum pergi balik > 5 - 6 km

kalo wheelchair, mesti ada pengiring yg ikut dari Mesia

kalo x der pengiring

kena tolak sendiri atau upah

upah mahal gak

ini blom kira yg ada sakit kronik

semasa musim haji

yg sihat dan lulus ujian kesihatan kat Mesia pon ramai yg dapatkan rawatan dari klinik Tabung Haji

yang sihat kat Mesia - biasa kat sana batuk2 teruk, selsema, demam dan ada yg kena masuk air dlm badan beberapa kali (dehidration)

itu blom lagio penyakit kronik lain

kalo TH lepas jer yg sakit kronik2 pi Haji

mmg x menang tangan ler petugas TH kat sana

tahun ni dijangka cuaca amat panas mcm tahun lepas

tahun lepas ribu yg mati sebab cuaca panas termasuk Jemaah Mesia

tahun lepas kat Mina, bila ada Jemaah Mesia yg mati akibat cuaca panas

akibatnya

jemaah lain x dibenarkan kuar dari khemah (untuk pi melontar) waktu siang hari, kalo x silap dari jam 8.00 am ke sebelah petang

start jalan kaki dari khemah di Mina ke tempat melontar sebelum atau selepas waktu subuh boleh..




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 01:45 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 29-1-2025 02:44 AM
Sengaja la tu nak mati di Mekah.

Hahaha...kalau ikut syarat kesihatan tu saya pun tak lepas
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2025 02:00 PM | Show all posts
addamnor replied at 29-1-2025 11:08 AM
Begitu lah rata rata nya fikiran golongan emas di luar bandar
kadang2 rasa nak hempuk dengan alat c ...

itu kata kata awak kepada nak awak ke ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.068230 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list