View: 2674|Reply: 22
|
[Tempatan]
Ramai bimbang bakal hilang kerja dgn AI
[Copy link]
|
|
Indonesia mencatatkan kebimbangan tertinggi terhadap kehilangan pekerjaan akibat AI, dengan 85 peratus responden percaya AI akan memberi kesan negatif terhadap peluang pekerjaan di negara itu.
Sebagai negara dengan tenaga buruh terbesar di Asia Tenggara, Indonesia mempunyai lebih daripada 142 juta pekerja. Sebahagian besar tenaga buruh ini tertumpu di kawasan metropolitan dalam sektor perkhidmatan, kewangan, dan teknologi.
Automasi dijangka menggantikan sehingga 23 juta pekerjaan di Indonesia menjelang 2030. Pekerjaan yang melibatkan tugas rutin seperti pekerja sokongan guaman, operator mesin, dan pegawai gaji adalah yang paling terdedah kepada risiko automasi.
Namun, sehingga 46 juta pekerjaan dipercayai akan diwujudkan dalam tempoh yang sama. Ini termasuk 10 juta peluang dalam bidang pekerjaan yang belum pernah wujud.
Peluang ini, bagaimanapun, menuntut perubahan besar dalam kemahiran tenaga kerja, dengan tumpuan yang lebih kepada pendidikan tinggi dan latihan lanjutan. Jika diurus dengan bijak, automasi mampu merangsang produktiviti dan keluaran dalam negara kasar Indonesia, menggariskan peri pentingnya dasar yang tepat dan pelaburan dalam pendidikan serta latihan kemahiran baharu (reskilling).
Negara lain yang mencatatkan kebimbangan tinggi termasuk Filipina (81 peratus), Colombia (74 peratus), dan Turkiye (72 peratus).
Namun, di sebalik kerisauan yang diutarakan, ramai juga yang optimis tentang kehadiran AI.
Tinjauan itu mendedahkan bahawa 43 peratus responden menjangkakan AI akan mencipta peluang pekerjaan baharu, dengan optimisme tertinggi dilihat di China (77 peratus).
Reaksi positif dari China mungkin berpunca daripada kehidupan masyarakatnya yang sudah bersebati dengan teknologi. Daripada penggunaan biometrik untuk pembayaran barangan runcit hinggalah kepada penerapan teknologi rumah pintar, pengguna China kelihatan menerima sepenuhnya kehadiran teknologi dalam kehidupan mereka.
Sektor AI domestik China yang disokong inisiatif kerajaan pula telah berkembang secara eksponen. Negara itu mempelopori penyelidikan akademik berkaitan AI, walaupun Amerika Syarikat (AS) kekal di hadapan dalam penghasilan produk daripada penyelidikan. China juga semakin setara dengan AS dalam pembangunan AI generatif dan model bahasa raya.
Negara lain yang optimis terhadap penciptaan pekerjaan melalui AI termasuk Indonesia (74 peratus), Thailand (71 peratus), Turkiye (67 peratus), dan Malaysia (65 peratus).
Potensi AI dalam penjanaan pekerjaan sememangnya tinggi, namun pihak berwajib perlu berhemah dalam pengurusannya. Ini termasuk memastikan manfaatnya dapat dinikmati semua lapisan masyarakat, dengan tiada yang tercicir akibat penerapan teknologi dalam pembangunan ekonomi. – BERNAMA |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kat ig pulak banyak kisah family kucing AI ending kisah sedih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang kerja di construction site,ladang,pemandu lori,tukang cuci,etc tak perlu risau. Yang berisiko adalah yang bekerja dalam ofis dan buat tugas rutin pakai komputer. Wartawan cari pun dalam bahaya. |
|
|
|
|
|
|
|
yg kerja kat kaunter depan yg x friendly dan nak memaki hamun pelawat mmg afdhol la digantikan jer dgan AI.. better letak jer mesin/robot yg boleh direct pelawat ke tempat yg nak dituju atau bagi jawapan bila pelawat tanya apa2 |
|
|
|
|
|
|
|
Chatgpt pon hilang kerja dengan ai deepseek |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat lagi tak dulu pon masa email baru nak up, orang cakap posmen akan hilang kerja
Tup tup hati ini posmen makin ramai atas jalan (shopee, grabfood etc) |
|
|
|
|
|
|
|
I jarang2 buat kerja copywriting tiber bos suruh buat
Guna chatgpt jerr sap sap sui siappp
Boss pun suker cepat siap
Jadila it gets the job done kita double check edit sikit2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kat fast food restaurants, walau staff dah ta ambik order tapi still buat serving/packing. So masih kena import bangla lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by plywood at 29-1-2025 11:54 AM
Tengok prospek robot guna ai... di masa hadapan mungkin sedikit kerjaya yang akan selamat.
bagus ambik course untuk buat ai... tetapi ini pun akan pupus bila ai robot boleh design dan cipta ai lain
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus kalau doktor kena replace. Kerek sangat charge mahal nak mampus pastu berlagak buli junior |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 29-1-2025 10:24 AM
Ingat lagi tak dulu pon masa email baru nak up, orang cakap posmen akan hilang kerja
Tup tup hati i ...
Haha ni lawak.. aku teehiburrr.. |
|
|
|
|
|
|
|
UAI pun nanti susah cari makan kalau kena replace dengan AI
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 29-1-2025 07:42 AM
Yang kerja di construction site,ladang,pemandu lori,tukang cuci,etc tak perlu risau. Yang berisiko a ...
Ayat last kauuu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 29-1-2025 04:13 PM
UAI pun nanti susah cari makan kalau kena replace dengan AI
Yg ganti UAI tu ada ckp bodoh...bodoh...tak?.... |
|
|
|
|
|
|
|
ayat merenung ke masa depan kot
|
|
|
|
|
|
|
| |
|