CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harimau Betina Selamba Healing Atas Tembok Kawasan Rumah Orang

27-12-2023 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3307| Komen: 17

Description: NEW DELHI, India – Orang ramai berkumpul untuk melihat seekor harimau betina yang ditemui berehat di atas sebuah tembok di daerah Pilibhit, negeri Uttar Pradesh.
NEW DELHI, India – Orang ramai berkumpul untuk melihat seekor harimau betina yang ditemui berehat di atas sebuah tembok di daerah Pilibhit, negeri Uttar Pradesh.

Laman berita Wion News melaporkan, haiwan itu dikatakan telah keluar dari Rizab Harimau di daerah itu dan memasuki perkampungan Atkona malam Isnin lalu.


Rakaman kejadian memaparkan berpuluh-puluh penduduk kampung mengerumuni kawasan harimau itu berada. Jaring keselamatan kemudian didirikan oleh jabatan perhutanan negeri.


Foto: Wion News

Harimau betina itu kemudian diselamatkan dan kini berada di bawah pemerhatian doktor veterinar di kawasan hutan simpan daerah itu.

“Kami telah menyelamatkan seekor harimau betina yang dikesan di kampung Atkona. Ia sedang dalam pemerhatian doktor veterinar di Rizab Harimau Pilibhit. 

“Ia adalah harimau betina muda dan berusia antara  dua hingga tiga tahun,” kata timbalan pengarah rizab itu, Naveen Khandelwal.


Tambahnya, empat peluru berisi ubat pelali ditembak ke arah harimau itu di mana dua daripadanya tersasar dan satu lagi dikeluarkan oleh haiwan itu sendiri. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 27-12-2023 12:15 PM
Awat sumer bekerumun tgk rimau tu?
Quote copy_paste 27-12-2023 12:18 PM
Tinot7 replied at 27-12-2023 12:15 PM
Awat sumer bekerumun tgk rimau tu?

mcm dekat je kan, pastu x takut ke rimau tu lompat panjat kat atas
Quote Decaffeinated 27-12-2023 12:22 PM
empat peluru berisi ubat pelali ditembak ke arah harimau itu di mana dua daripadanya tersasar

tembak harimau tengah melepak pun miss tapi dalam filem peluru pun ko boleh tangkap.
Quote Tinot7 27-12-2023 12:46 PM
copy_paste replied at 27-12-2023 12:18 PM
mcm dekat je kan, pastu x takut ke rimau tu lompat panjat kat atas

Dah byk bideo utube iols tgk deme dok pi dekat2 rimau la, rimau kumbang la.. pastu wat2 takazut bila kena kejaq.. ada tu teruih kena baham..

Ada yg dah mabuk2 teruih pi dekat2.. pastu kena baham..

Iols tak paham la..
Quote tripleid 27-12-2023 02:30 PM
Ni lah bukti usaha pemuliharaan rimau belang di India berjaya,makin membiak2 dah rimau kat sana.Msia patut tiru kalo taknak rimau malaya pupus..
Quote axl_bach 27-12-2023 03:05 PM
copy_paste replied at 27-12-2023 12:18 PM
mcm dekat je kan, pastu x takut ke rimau tu lompat panjat kat atas

Harimau tu pun pikir panjang nk terkam, org ramai2 kat situ..... Rimau tu fikir dlm ramai2 mesti ada 8-9 org yg level hero, bleh tangkap peluru dgn gigi, bleh lompat 200m jauh.... So dia kata baik watlek watpis atas tembok lg selamat
Quote _blackbird 27-12-2023 03:13 PM
harimau pon pikir 100x nak bersengketa negara pengeluar terbesar hero tamil. huhuhu tgk dlm movie pon skali hero lempar musuh terus sampai ke bulan

Quote copy_paste 27-12-2023 03:17 PM
Tinot7 replied at 27-12-2023 12:46 PM
Dah byk bideo utube iols tgk deme dok pi dekat2 rimau la, rimau kumbang la.. pastu wat2 takazut bi ...

owhh ye betul kat sane mmg stail diorg berani dekat2
Quote copy_paste 27-12-2023 03:18 PM
axl_bach replied at 27-12-2023 03:05 PM
Harimau tu pun pikir panjang nk terkam, org ramai2 kat situ..... Rimau tu fikir dlm ramai2 mesti a ...

betul gak tu, kalau dlm utube pun byk je vid diorg kalau nengok harimau mmg dekat2 je, takat harimau ape la sangat, gajah pun boleh terpelanting
Quote Tinot7 27-12-2023 03:20 PM
copy_paste replied at 27-12-2023 03:17 PM
owhh ye betul kat sane mmg stail diorg berani dekat2

Budaya sana kott utk pi tgk dekat2..
Quote copy_paste 27-12-2023 03:27 PM
Tinot7 replied at 27-12-2023 03:20 PM
Budaya sana kott utk pi tgk dekat2..

ye lah tu,ilmu diorg tinggi sbb tu diorg berani,
Quote Tinot7 27-12-2023 03:33 PM
copy_paste replied at 27-12-2023 03:27 PM
ye lah tu,ilmu diorg tinggi sbb tu diorg berani,

Tak rasa itu area yg ilmu tinggi.. tak pasti verani ka curious.. curiosity killed the cat..
Giteww..
Quote axl_bach 27-12-2023 03:58 PM
Harimau ni konsep dia kalau kita tunjuk berani dia pun x confirm kita ni makanan dia ke x.... Tp kalau dia ada hidu submission, mmg dia tunggu masa nk terkam lah....

Yg aku tahu, kalau tetiba bertembung dgn harimau, cuba keep eye contact, jgn sesekali membelakangi beliau...... Then cuba create bigger image of ourself, contohnya depangkan tangan......
Quote BeskotCekelat 27-12-2023 04:07 PM
tripleid replied at 27-12-2023 02:30 PM
Ni lah bukti usaha pemuliharaan rimau belang di India berjaya,makin membiak2 dah rimau kat sana.Msia ...

Betul, haritu ada baca katanya populasi Rimau Bengal ni dah bertambah.
Perhilitan kena belajar cara2 tambah populasi Rimau Malaya.
Quote Skuau 27-12-2023 04:13 PM
tripleid replied at 27-12-2023 02:30 PM
Ni lah bukti usaha pemuliharaan rimau belang di India berjaya,makin membiak2 dah rimau kat sana.Msia ...

"ternak rimau apa untong kawan....ternak amoi lg kayo lor"-Tauke kongkek spa...
Quote B40tastePosh 27-12-2023 04:16 PM
Harimau tu masih anak dara, innocent dan manja. Harap tak kena molest dgn manusia lelaki India.
Quote tripleid 27-12-2023 04:49 PM
BeskotCekelat replied at 27-12-2023 04:07 PM
Betul, haritu ada baca katanya populasi Rimau Bengal ni dah bertambah.
Perhilitan kena belajar car ...


Kan.India mmg power bab2 pembiakan ni..ada penah terbaca harimau bintang yg dah berpuluh tahun pupus kat sana pun dorang boleh re-populate balik dgn cara bwk induk drpd Afrika

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.056870 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top