CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Terbabas Dan Terjunam Dalam Sungai, Ramai Tolong Selamatkan Bayi Tapi Tak Ada Seorang Pun Pandai Buat CPR

27-12-2023 10:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5151| Komen: 28

Description: Pengguna jalan raya bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa seorang bayi yang disyaki lemas selepas kenderaan yang dinaiki bersama keluarganya terbabas lalu terhumban ke sungai di tepi lebuh raya.
Pengguna jalan raya bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa seorang bayi yang disyaki lemas selepas kenderaan yang dinaiki bersama keluarganya terbabas lalu terhumban ke sungai di tepi lebuh raya.

Menerusi rakaman berdurasi 44 saat yang dimuat naik di laman X @malaysiavirall, kelihatan ramai pengguna jalan raya berhenti untuk memberikan bantuan kepada keluarga mangsa.

Menurut maklumat yang dikongsikan, kemalangan dilaporkan berlaku di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berdekatan Tol Bukit Besi.

Foto: mStar

"Kemalangan sebelum keluar tol Bukit Besi. Tak tahu macam mana keadaan baby tu sekarang. Sedih dengar bila merayu dan minta tolong siapa tahu buat CPR dekat kereta yang lalu," demikian tulis ciapan pada akaun berkenaan.

Kedengaran suara seorang wanita dalam nada cemas meminta bantuan orang ramai yang mempunyai kemahiran melakukan CPR (resusitasi kardiopulmonari) agar tampil menyelamatkan nyawa bayi malang itu.


"Siapa pandai buat CPR? Encik pandai CPR tak," kedengaran suara wanita tersebut dalam nada sebak.

Menerusi rakaman tersebut juga, kelihatan beberapa mangsa lain, berkemungkinan ahli keluarga bayi berkenaan berenang ke tebing sambil dibantu oleh pengguna jalan raya yang tidak menghiraukan hujan lebat.

Setakat ini, tiada maklumat rasmi mengenai waktu kemalangan, jumlah mangsa yang terlibat serta keadaan terkini bayi malang tersebut.

Namun berdasarkan komen beberapa netizen, difahamkan bayi berkenaan sudah meninggal dunia.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa sedih dengan insiden yang menimpa keluarga berkenaan dan memanjatkan doa agar semuanya selamat.

"Kesiannya baby tu... tak ada seorang pun yang tahu buat CPR dekat situ.

"Siapa-siapa yang pegang telefon bimbit, tolong search cara nak buat CPR untuk bayi.

"Baby selamat ke? Semoga baby selamat dan dipermudahkan urusan keluarga mangsa," demikian antara komen netizen.

Sekadar perkongsian bersama, teknik melakukan CPR untuk bayi adalah berbeza dengan orang dewasa, justeru ia perlu dilakukan oleh mereka yang mempunyai asas atau kemahiran.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 27-12-2023 11:30 AM
Happened to be, kejadian ni berlaku pada keluara ex-officemate weols. Jenazah dah dikebumikan malam tadi dengarnya.

Innalillahiwainnailahirojiun.
Quote kasibiman 27-12-2023 11:40 AM
Innallilahiwainnailihirojioun
Quote Skuau 27-12-2023 11:49 AM
pasal CPR ni..walau pernah amik khusus..tp dh lupa...benda ni kena ulang buat(khusus) 6 bulan sekali.
Quote zennaya 27-12-2023 12:13 PM
tgk kat tik tok,dia pegi tonggeng baby tu suruh muntahkan air. istighfar panjang meol. bukan mcm tu cara ,klu cara mcm tu,nak membunuh lagi baby tu. takkan ramai2 sorang pun kat situ x pernah buat CPR?X pernah tgk TV ke cara2 buat CPR? sampai skrg masih ingat cara nak buat cpr,sebab tgk episod Mr Bean selamatkan pejalan kaki. even kelakar,sebab guna majalah kat mulut,tapi dah tgk byk kali,tahulah cara buat CPR
Quote olaoli 27-12-2023 12:22 PM
zennaya replied at 27-12-2023 12:13 PM
tgk kat tik tok,dia pegi tonggeng baby tu suruh muntahkan air. istighfar panjang meol. bukan mcm tu  ...

cpr baby tak sama cam cpr org tua sis
Quote Cassieopeia 27-12-2023 01:20 PM
kesiannya, erm iols 2x kursus cpr ni kalau org dewasa jenuh gak buat sbb kne betul2 kuat tp baby ni guna 2 jari je. mungkin asbab tak pakai baby car seat ni sbb tu boleh terpelanting. dah ajal tp hrp ramaila yg utamakan pemakaian child car seat kt anak sbb bende gini tiba2 jadikan..
Quote ashk4nn 27-12-2023 01:25 PM
yg kecam tu, cpr baby tak sama ngn cpr org dewasa.. kang mau pecah tulang2 budak tu
Quote black_handbag 27-12-2023 01:32 PM
sedih tengok berita ni semalam. macamana boleh hanyut kereta tu.. ayah dia redah banjir ke..
Quote VespaSilbe 27-12-2023 01:50 PM
black_handbag replied at 27-12-2023 01:32 PM
sedih tengok berita ni semalam. macamana boleh hanyut kereta tu.. ayah dia redah banjir ke..

Langgar lubang terbabas terus terjunam kat air..
Quote VespaSilbe 27-12-2023 01:52 PM
Yg menolong tu baik sungguh akhlak sampai sanggup masuk dalam air.. syahdu rasa dengan sejuk basah pulak..
Quote ketupatnasi 27-12-2023 02:29 PM
Skuau replied at 27-12-2023 11:49 AM
pasal CPR ni..walau pernah amik khusus..tp dh lupa...benda ni kena ulang buat(khusus) 6 bulan sekali ...

Indeed. resfresher course stp 2 tahun.....tapi tehtap aku keras kejong tak prektis
tapi lebih baik la hada daripada tatau langsung. sekurangnya tau nak letak mangsa dalam resting position..



Quote liyamariska 27-12-2023 02:36 PM
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Quote mizruncing 27-12-2023 03:10 PM
klu aku pn dalam keadaan mcm tu mau panik habis semua tak ingat dahh. tp tu la dah ajal. Allahu byk nya berita sedih nak masuk hujung tahun ni
Quote grouper 27-12-2023 03:13 PM
Org dewasa byk yg patah rusuk bila kena cpr..klau yg tau cpr pun mesti pikir 2 3 kali nak wat kat baby..teknik pun lain
Quote anony-mous 27-12-2023 03:18 PM
Cassieopeia replied at 27-12-2023 01:20 PM
kesiannya, erm iols 2x kursus cpr ni kalau org dewasa jenuh gak buat sbb kne betul2 kuat tp baby ni  ...

I wonder, kalau ye pon x guna cs, xboleh ke pakai seat belt sekali dgn ank? I selalu buat mcm ni if keadaan TERPAKSA sgt2 utk i xpakai cs. Most of the time mmg pakai cs lg2 umur bawah 6thn. Dah 6thn pon ada cs tp klau kena basuh, dia pakai seat belt.

So klau umo baby ni, diaorang ni xpakai sekali ke seat belt tu? Kdg2 ada org xmampu, mcm family ni, sbb tu kereta pon kereta lama, tp bab2 keselamatan, try la dlu. Entah la susah nk didik pemikiran b40 ni. Mmg jenis suka berserah 100%
Quote anony-mous 27-12-2023 03:20 PM
ketupatnasi replied at 27-12-2023 02:29 PM
Indeed. resfresher course stp 2 tahun.....tapi tehtap aku keras kejong tak prektis
tapi lebih b ...

I rasa semua tv or gov kena sponsor iklankan cpr ni. Klau i pon kejung xingat nk buat mcm mana. Buat la iklan dkt utube cpr baby, cpt dewasa, kejap pon xpe. Xperlu details but at least bg lg ramai tau. Sapa2 attend kursus cpr ni, bg la kelebihan wad kelas pertama dkt spital or kelas kedua mcm derma darah
Quote _blackbird 27-12-2023 05:07 PM
aku keliru dengan berita ni. td ada nampak kat twitter video nya. yg tercampak masuk sungai tu whole car and passengers atau baby tu saja yg tercampak masuk sungai
Quote airfilterkotor 27-12-2023 05:12 PM
Lubang kaa, hydroplaned?
Quote krustykrab 27-12-2023 05:21 PM
grouper replied at 27-12-2023 03:13 PM
Org dewasa byk yg patah rusuk bila kena cpr..klau yg tau cpr pun mesti pikir 2 3 kali nak wat kat ba ...

Jiran iols dulu pun mayat arwah laki patah tylang rusuk sb org buat cpr.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.077398 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top