CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar U Mati Terjatuh Dari Tingkat 34 Kondo Di Kampung Baru Semasa Ambil Baju Di Balkoni

27-12-2023 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6197| Komen: 42

Description: Seorang pelajar universiti berusia 18 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Kampung Baru, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.
Seorang pelajar universiti berusia 18 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Kampung Baru, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.

Polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian melibatkan remaja lelaki itu kira-kira jam 8.17 malam Selasa.


Foto: The Star

“Dua saksi berkata mangsa memberitahu mereka dia mahu mengambil baju miliknya yang terjatuh ke atas balkoni

"Dia naik ke atas meja sebelum memanjat pagar untuk sampai ke balkoni. Bagaimanapun mangsa hilang imbangan dan terjatuh," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. 

Sumber: The Star

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 27-12-2023 11:40 AM
Laaa kawan2 takat tengok je ke? Tinggi berangin tu mau x balance kawan tu berdiri.. X pasal jadi saksi kejadian.



Quote bakingsoda 27-12-2023 11:47 AM
eh bukak sliding door kan terus balkoni, kenapa nak panjat2? baju tu jatuh kat balkoni jiran ke ape. nak selamatkan baju melayang nyawa, sblm buat pape pikir la dulu berbaloi ke tak. takziah utk family
Quote monreyes 27-12-2023 11:51 AM
sian mak ayah....
Quote farlis 27-12-2023 11:51 AM
Sian bdk tu...
Quote kelip2_07 27-12-2023 11:53 AM
aduhh biar jerlh bj jth..dr ko yg jth..kesiannyee
Quote tungkai 27-12-2023 12:08 PM
Tingkat 34..?? Aku dulu duduk flat PPRT tingkat 21 pun dah kecut..
Quote penmerah 27-12-2023 12:11 PM
Kat gambar atas Tu ke rumahnya?
Cantiknya view klcc malam2
Pasti meriah
I lurveee kl view at night
Quote prettyuglybabe 27-12-2023 12:12 PM
sayang baju dari sayang nyawa..
mesti mahal harga baju tu..
nama pelajar u tapi masalah macam tu pun tak mampu fikir..
reputs pun artikel macam budak tak sekolah..
Quote Decaffeinated 27-12-2023 12:13 PM
Kondo mana ni sampai ada tingkat 34?

Benda dah jadi semua orang boleh cakap nyawa lebih berharga dari baju kita lupa orang muda ni risk appetite dia tinggi. Price of being young and reckless.
Quote kucingitam 27-12-2023 12:14 PM
budak umur 18 tahun, lelaki pulak tu..mmglah tak matang lagi, akal pun pendek lagi..takyah nak kecam...
Quote astatine 27-12-2023 12:15 PM
Ni kt RAH residence. Budak2 Unikl duk sewa kt situ. Anak aku kt tingkat 20 lbh. Tgk bawah pun dh kecut perut, lg ni tgkt 34
Quote mayaHD 27-12-2023 12:15 PM
inalilahiwainalillahirojiun. tabahlah mak pak
Quote dekmieDandy 27-12-2023 12:15 PM
Decaffeinated replied at 27-12-2023 12:13 PM
Kondo mana ni sampai ada tingkat 34?

Benda dah jadi semua orang boleh cakap nyawa lebih berharga da ...

gaya macam legasi kampung baru, yang baru tu
Quote Rogue98 27-12-2023 12:26 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun...tingkat 34?....aduhh...apa perasaan dia agaknye sebelum sampai bawah. Seram nye...harap sempat ucap syahadah ....takziah kpd family.
Quote any42 27-12-2023 12:32 PM
aduhai berani xbertmpt ni.
hrap xde plot twist kena tolak jatuh ke ape.
18 tahun bru je msuk U ni. sedihnya mak ayh xdpt byangkn. salam takziah.
Quote aciksenah 27-12-2023 12:34 PM
Dikk..kenapa tak guna penyapu...Innalillahiwainnailaihirojiun..
Quote Decaffeinated 27-12-2023 12:34 PM
dekmieDandy replied at 27-12-2023 12:15 PM
gaya macam legasi kampung baru, yang baru tu

Kayanya.

Right above LRT station tu.

Quote delia3003 27-12-2023 12:37 PM
Kawan2 biar je ke dia buat sendiri kalau nasihat tak jalan. Takde ke usaha lain selain panjat meja? Try kait dengan batang penyapu ke apa. Jangan ada plot twist sudah.
Quote gurlfriday 27-12-2023 12:41 PM
Xbleh brain aku dgn pemikiran bbnu zmn skrg ni

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.060009 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top