CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Depan Rumah Jadi Parking Lot Sebab Jiran Sebelah Jual Burger, Dah Tegur Tapi Kena Sound Balik!

27-12-2023 09:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8074| Komen: 59

Description: Bayangkan apabila bahagian hadapan rumah anda dipenuhi dengan kenderaan orang lain sehingga menghalang laluan keluar.
Bayangkan apabila bahagian hadapan rumah anda dipenuhi dengan kenderaan orang lain sehingga menghalang laluan keluar.

Situasi ini bukan hanya menyusahkan pemilik kediaman malah bunyi bising kenderaan itu secara tidak langsung mengganggu ketenteraman dan privasi.


Itulah yang dilalui oleh individu ini apabila bahagian depan kediamannya dijadikan kawasan parkir pelanggan yang membeli burger daripada jirannya.


Gambar Hiasan

"Saya ada masalah dengan jiran. Jiran ni menjual burger tiap malam. Depan rumah dia orang tak parking. Tapi yang peliknya depan rumah saya dijadikan parking untuk pelanggan dia.

"Sampai menghalang laluan depan rumah. Serta bunyi bising kereta dan motosikal yang menunggu burger," luahnya.

Menurut individu berkenaan, dia sudah berbincang dan menegur jirannya dengan baik, namun tegurannya bukan sahaja tidak diendahkan malah dirinya pula dipersalahkan.


"Sudah berapa kali ditegur jiran tu buat-buat tak tahu. Boleh pula dia jawab pelanggan aku lari sebab kau.

"Jiran ni lebih pentingkan keuntungan daripada menghormati jiran sebelah," luahnya lagi.

Disebabkan tegurannya tidak diendahkan, individu berkenaan kemudian bertindak membuat aduan kepada pihak berwajib namun jawapan yang diberikan ternyata mengecewakan.

"Dah report pergi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tak jalan... jawapan tak masuk akal, berat sebelah.

"Bukan kuasa mereka sebab kawasan kampung. Report kepada ketua kampung lagi tak jalan. Nak tanya macam mana cara untuk ajar jiran yang tak ada adab ni?

"Dekat mana lagi nak mengadu kalau semua tak jalan? Ada juga rasa nak guna peguam," luahnya dalam laman grup Facebook Tanya Peguam bagi meminta nasihat orang ramai.

Warga maya yang bersimpati dengan nasib yang dialami individu berkenaan tampil dengan pelbagai cadangan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

"Dah report PBT tapi tindakan PBT tak tegas? Boleh try report aduan ke Sispaa Jabatan Kerajaan Tempatan atau Biro Pengaduan Awam dan nyatakan sudah report PBT tapi PBT ambil tindakan sambil lewa.

"Parking je siap-siap kereta sendiri kat situ... bagi motor tak dapat park.

"Letak papan tanda 'dilarang parking'. InsyaAllah pelanggan-pelanggan tu faham. Kalau tak ada common sense, keluar je rumah cakap no parking sambil senyum.

"Caj kawasan parking kat jiran tu. Suruh dia bayar untuk pelanggan dia yang parking kat rumah awak," demikian antara komen netizen.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 27-12-2023 09:56 AM
Kalo maknosia gini lebih apdol guna mak esah, tok cha & yg sewaktu dgnnya.
Sekadar cadangan.
Quote salimrock 27-12-2023 09:56 AM
Dah report PBT tapi tindakan PBT tak tegas? Boleh try report aduan ke Sispaa Jabatan Kerajaan Tempatan atau Biro Pengaduan Awam dan nyatakan sudah report PBT tapi PBT ambil tindakan sambil lewa.


tak silap aku la kan, tempat kediaman tak boleh di jadikan tempat komersil, kalo dah tgur, tak layan, report je,

bukan la dengki, ramai je yg buat, tp kalo tak ganggu orang orang pn tak report,

kalo boleh buat laporan rasmi, tak jalan juga cuba2 la bawa ke jabatan integrity ke, SPRM ke, pengarah

sebab kadang2 adik beradik, PBT tu yg bukak gerai burger, kalo bukan adik beradik kandung, adik beradik sekepala bapak agung...
Quote ezacbee 27-12-2023 10:24 AM
Dah kena suap kot tu yg pbt buat xtau..
Quote adizero11 27-12-2023 10:26 AM
Pacak pagar jer kalau betul tu kawasan rumah sendiri
Quote adm7 27-12-2023 11:33 AM
Penyewa rumah sebelah aku jadi babysitter ambik anak org. Tiap² pagi&petang ada je samdol yang buat hal parking depan rumah. Bila ditegur masing² melawan&buat muka. Ramai manusia jenis selfish, nak senang tapi menyusahkan orang lain. Elok mampos je la org perangai mcm ni.
Quote kucingitam 27-12-2023 11:49 AM
kalau dah report pun tak jalan, kau upload je kat fb, bang..insya Allah, silap2 dgn YB, MP kawasan kau turun nanti..
Quote Themilo 27-12-2023 12:03 PM
adm7 replied at 27-12-2023 03:33 AM
Penyewa rumah sebelah aku jadi babysitter ambik anak org. Tiap² pagi&petang ada je samdol yang buat ...

dulu masa weols sewa rumah landed, memang macam ni.

satu lagi, bila jiran sebelah ada 2 kereta. weols pun 2 kereta gak, so terpaksa la weols block gate sendiri, tanpa ambik space jiran sebelah. satu kereta dalam porch, satu kereta kat luar.

tapi jiran sebelah ni punya bebal, dia park satu kereta kat porch & satu lagi sampai makan space depan rumah weols, sebab nak memudahkan dia keluar / masuk porch. Babi punya perangai. Sudahnya, weols tak dapat park depan rumah.

Lama-lama, weols pindah duk kondo. Aman tenteram tak dapat jiran gila parking & babysitter.
Quote prettyuglybabe 27-12-2023 12:05 PM
cari je syiling lama lama yang buruk pastu gi tabur depan kedai dia..
Quote AnBulisia 27-12-2023 12:19 PM
bila dia buka kedai
ko beli dan order burger dia banyak banyak sampai habis stok
makanya, masa jualan dia akan berkurangan
orang lain pun tak dapat nak beli sebab burger dah abis
tiada yang parking depan rumah
dia senang hati sebab jualan laku keras
ko senang hati sebab dapat makan burger sampai kenyang
semua happy
Quote matseh 27-12-2023 12:29 PM
Buat sahj tanda dgn kon.
"Parking Persendirian. Letak No Rumah dan No Kereta."
Tulis juga. "Minta Tolong Jangan Halang Laluan" Kerjasama Semua akan di beri Pahala oleh ALLAH SWT.

Nak best lagi. Cat kat parking tu kaler yg senang nampak/di baca

Di larang meletak kenderaan di sini
PArking persendirian. Sila Paham.
Quote krustykrab 27-12-2023 12:35 PM
Themilo replied at 27-12-2023 12:03 PM
dulu masa weols sewa rumah landed, memang macam ni.

satu lagi, bila jiran sebelah ada 2 kereta.  ...

Jiran aku sekor mcm ni. Bela ayam burung kucing, tk cukup dlm rumah luar rumah pun buat reban. Kereta sebijik je lps tu kna park kt luar la sb porch dia dh semak. Kalau park kt depan rmh sendiri tak pe la jgk. Prnh dia park kete sedara diadekat seminggu lebih, tak gerak2.
Sarang burung bodo dia tu dok pi sangkut merata2 kat rumah org. Bodo piang
Quote sharlenetexas 27-12-2023 12:37 PM
Nak tunggu polis otak tak center pergi lenyek pulak ke?


Quote salimrock 27-12-2023 01:25 PM
Themilo replied at 27-12-2023 12:03 PM
dulu masa weols sewa rumah landed, memang macam ni.

satu lagi, bila jiran sebelah ada 2 kereta.  ...

sial nye perangai, kalo cam tu buat gate la tmpt tengah tu, kalo wa, wa buat balik parking cam tu


dulu wa ada 2 kereta, wa park kereta 1 lagi kt tengah2...

lama2 kami bersetuju utk parking di rumah masing2

wa pn jual la kereta tu haha
Quote Redskin 27-12-2023 02:31 PM
Edited by Redskin at 27-12-2023 02:34 PM
prettyuglybabe replied at 27-12-2023 12:05 PM
cari je syiling lama lama yang buruk pastu gi tabur depan kedai dia..


Boleh Red tahu utk apa buat begini?
Apa rahsianya, boleh kongsi.
Quote Redskin 27-12-2023 02:33 PM
Senang jer masalah begini, kita park jer kereta kita luar rumah so org lain tak boleh park situ.
Quote prettyuglybabe 27-12-2023 02:38 PM
Redskin replied at 27-12-2023 02:31 PM
Boleh Red tahu utk apa buat begini?
Apa rahsianya, boleh kongsi.

orang kata syiling tabur depan kedai ni berkaitan sihir..tapi kena syiling yang hantar bomoh la..
syiling kosong tabur tak jadi apa

Quote Themilo 27-12-2023 02:49 PM
salimrock replied at 27-12-2023 05:25 AM
sial nye perangai, kalo cam tu buat gate la tmpt tengah tu, kalo wa, wa buat balik parking cam tu
...

pernah jua weols block dengan tong sampah. tapi dia alihkan, lepastu dalam diam-diam dia buang pampers anak-anak asuhan dia dalam tong sampah weols. celaka tak perangai dia?

weols time tu duk bujang, mana la ada sampah sangat. tapi bila tengok dalam tong sampah, kusssemangat ada pampers budak-budak.
Jiran neraka tu la punya pasal.

Then anak dia conteng habuk kat kereta weols. tulis "babi", "sial"... sakit betul hati nih..
Quote angio 27-12-2023 02:55 PM
pacak aja batu nisan yg ada lilit kain kuning kat depan warong dia
Quote I.K.A888990 27-12-2023 03:21 PM
jiran jahanam namanya

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.061218 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top