CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cemas Tertinggal Anak Setengah Jam Di Homestay, Sedih Tengok Dah Lembik Nangis Depan Pintu Sampai Termuntah

26-12-2023 07:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 16895| Komen: 120

Description: Petaling Jaya: Pasangan suami isteri cemas selepas menyedari seorang daripada anak mereka tidak ada bersama di dalam kereta yang dinaiki, rupa-rupanya tertinggal kira-kira 30 minit di sebuah inap desa ...
Petaling Jaya: Pasangan suami isteri cemas selepas menyedari seorang daripada anak mereka tidak ada bersama di dalam kereta yang dinaiki, rupa-rupanya tertinggal kira-kira 30 minit di sebuah inap desa di Ketereh, Kelantan.


Dalam kejadian diceritakan wanita tersebut pada hantaran Facebook, dia menyedari kehilangan anaknya selepas mahu menunjukkan seekor kuda di tepi jalan kepada kanak-kanak perempuan itu.


Bagaimanapun, anaknya yang lain kemudian memberitahu adiknya dikenali sebagai Khyra tidak berada di dalam kereta tersebut yang turut dinaiki tiga individu lain termasuk ibu wanita itu.

“Kami berlalu tinggalkan homestay, bawa kereta dalam 30 minit perjalanan, ternampak kuda tepi jalan. Nak tunjuklah Khyra, tengok belakang tanya Ara (anak yang lain). Tokmi, Dian dan mak naik sekali kereta kami.

“Ara beritahu adik tiada. Kami macam terdiam, 30 minit perjalanan bercerita macam-macam tak hirau langsung anak. Ya (panggilan diri wanita tersebut) pun fikir, dalam kereta Una kot sebab Una, ayah, adik Ain, tunang Una dengan Rifqi naik kereta lain,” katanya pada hantaran Facebook semalam.


Wanita tersebut kemudian bertanyakan adiknya dikenali sebagai Una berkenaan anaknya, namun dimaklumkan kanak-kanak itu tidak menaiki kereta mereka.

“Weh la anak aku tertinggal dekat homestay. Papa dia pun fikir tak fikir banyak patah balik kereta terus guna ’emergency signal’, laju pergi ke homestay yang kita orang dah kunci semua dengan gelapnya.

“Lepas itu mak beritahu, betullah Khyra dalam homestay lagi sebab dia merajuk papa simpan bagasi yang dia nak main. Dia merajuk belakang kerusi, papa tak tahu adik merajuk dan tak keluar lagi. Jadi dia kunci pintu rumah, masuk kereta terus gerak tak cakap banyak,” ujarnya.

Dalam pada itu, wanita tersebut berkata, mereka terus memanggil kanak-kanak perempuan tersebut sebaik tiba di inap desa dan mendapati anaknya berada di depan pintu rumah.

“Sedih sangat tengok dia lembik, nangis banyak sangat sampai termuntah. Semua pakat nangis dan sujud syukur Khyra tak ada apa-apa. Macam-macam kemungkinan dalam fikiran ya Allah, pertama kali dalam hidup. Syukur Allah beri peluang boleh ambil anak sihat lagi,” katanya. 


Sumber: Kosmo! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manusiabesa 26-12-2023 07:53 PM
Mk2 zmn skrg lemah. Xreti jaga anak. Mata 24jam tgok henpon..tgn 24jam taip wasap. Konon meniaga online..tp sales haram xda. Ujung2 anak hilang dlm mall lah. Anak lemas dlm paya lah. Anak mati jauh 4x4 lah. Anak kena culik lah. Anak kena bunuh lah. Sbb apa? Sbb si mak tu lembab. Xbg pehatian kt anak. Manjang main hempon. Kaya dak jugak. Main hempon smpai gadai nyawa anak. Yg konon pegang brg dpur byk sgt tinggal anak oku kt blkg lg bengap.anak dh arwah baru hiba bagai. Mak2 dulu jaga anak sekandang. Xdgr pulak kes anak mati sedak susu ke apa. Kecekapan jaga anak pun failed. Xdpt challenge mak2 zmn dulu pun. Org suh p bljr menuntut tny2 ilmu parenting kt mak bapak xnk.ego. nk ikot sgt tunjuk ajar kt tenet. Last2 anak mati. Lupa lak nk masukkan skli kes tinggai anak dlm kereta 8jam smpai anak tu mati. Tgok la sndiri manusia zmn skrg jaga anak.
Quote _kelly 26-12-2023 07:53 PM
cuai, bodoh, cuai, bodoh

dalam kereta ada 5 orang dewasa, semua takkan tak sedar budak kecik takde

again, cuai bodoh, cuai bodoh
Quote Belibis 26-12-2023 07:53 PM
Macam bangga pulak canang kebebalan diri sendiri..
Quote penmerah 26-12-2023 07:55 PM
Sungguh takde urat malu ye canang kebebalan sendiri?
Gone case bodoh
Quote missyL 26-12-2023 08:07 PM
How??????
Aku pg mane2 pon igt ank dulu
X leh brain tgl ank Pastu bgthu org plk
Tlg laaaaa
Quote Skuau 26-12-2023 08:07 PM
Maafkanla drng..drng  lupa berapa kali dh beranak....letew...
Quote jfq 26-12-2023 08:11 PM
Kenapa salahkan mak saje.
Yg dok belakang tu senyap aje takkan tak nmpk budak tu xda
Dgn tok tok sekali buat donno
Quote lightheaded67 26-12-2023 08:12 PM
tu lah ek ape motip dia cerita pun taktau..
Quote Skuau 26-12-2023 08:17 PM
jfq replied at 26-12-2023 08:11 PM
Kenapa salahkan mak saje.
Yg dok belakang tu senyap aje takkan tak nmpk budak tu xda
Dgn tok tok sek ...

salah semua(yg dh boleh fikirla) dlm kenderaan tu.
Quote bakingsoda 26-12-2023 08:23 PM
satu family semuanya

Quote newyork 26-12-2023 08:24 PM
Ha ni lah malas nak bg naik kereta lain2..kena check dulu la bila nak keluar dr hotel atau airbnb..ish la..
Quote syamzana 26-12-2023 08:30 PM
kalau iols buat salah tahap bebal mcm ni, takde la nak tulis kat medsoc. mau termenung saje berhari2 dok fikir mcm2 even anak depan mata dah pun. gigih plak dia ni membuka ruang utk org kecam keji kutok dah la rasa bersalah tak habis lg bc plak org luar menambah perisa.
dahsyat org skrg ketahanan menerima makian nerakatizen
Quote eyansss 26-12-2023 08:51 PM
sebab tu la kalau konvoi, check dulu semua anak dah ada ke belum...  tak kira la kat kereta mana sekalipun...  dan ni la jugak sebabnya aku susah sangat nak lepas anak naik kereta orang...  biar semua depan mata aku...  aku memang panggil satu2 anak aku n ensure diorang menyahut supaya aku tau semua ada...  kalau lepak mana2, mata memang tak pernah lekang dari anak...  pernah je kena sindir tapi aku sound balik la, kalau anak aku hilang, ko nak tanggung?  
Quote fair_iza 26-12-2023 08:52 PM
Sumber dr kosmo. Mak ni cerita kt medsoc ke? Kalau bebal mcm ni, logik lh tertinggal anak. Sekali dgn bapak....esok lusa tertinggal lg.
Quote eyansss 26-12-2023 08:54 PM

bodoh paling ultimate, bapak dia...  dah tau anak buat hal, pi la amek anak tu bawak masuk kereta dulu...  alasan la taktau anak merajuk...  budak weih, tak dapat apa dia nak, mesti akan tunjuk perangai...  baru la merajuk...  pastu semua dewasa kat dua2 kereta tu bengap sebab tak check anak cukup ke tak...  
Quote Thunderclouds 26-12-2023 08:58 PM
Demi secebis perhatian.
Nk komen panjang² pn meols penat otak pas baca karangan medsos gini.
Jd mak ni mcm² menda bodo penah jd kt diri sendri.
Bak komen atas tulis, dh jd tu mmg tmenung byk hari mikir kebuduhan sendri, mun nk jaja rata, acah² prihatin so org lain xbuat menda yg sama tidak laa..
Quote tumpanglalu74 26-12-2023 09:02 PM
Naseb tak mati..
Quote immi 26-12-2023 09:18 PM
Dah la bebal, extra bongok bangang semua
Quote adila39 26-12-2023 09:19 PM
i akan malu nak jd kan content sbb from mak to bapak..bengap

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.053196 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top