CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kartel Dadah Terbesar Di Sabah Didalangi Penaung NGO Tumpas

26-12-2023 07:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14550| Komen: 50

Description: Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, yang disyaki mula beroperasi sejak 2015. Serbuan dilakukan ...

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.


Serbuan dilakukan jam 2.45 pagi semalam di sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna itu hasil kerjasama antara JSJN Bukit Aman dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).



Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata dalam serbuan itu polis menahan 10 lelaki, termasuk dalang utama sindiket pengedaran dadah berkenaan yang juga penaung sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berusia 40 tahun.


"Siasatan awal mendapati, sindiket ini memperoleh bekalan dadah dari negara jiran sejak 2015 dan mereka menyeludup masuk bahan terlarang itu ke Sabah untuk pasaran sekitar negeri terbabit, selain turut diseludup ke Indonesia dan Filipina.


"Semua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan (Kesalahan Jenayah Terancang) dan prosedur pula di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).


"Siasatan di bawah SOSMA adalah bagi membolehkan pembanterasan kegiatan jenayah berkaitan sindiket secara menyeluruh," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman hari ini.


Ayob Khan berkata, sembilan lagi yang ditahan adalah seorang peniaga berusia 36 tahun dan pembantu peribadi berusia 48 tahun yang juga orang kanan sindiket berkenaan, penjawat awam berusia 44 tahun yang juga pegawai sebuah agensi penguatkuasaan berperanan sebagai transporter bagi sindiket serta seorang buruh berusia 34 tahun yang berperanan sebagai keldai dadah.


"Selain itu, dua individu berusia 32 dan 45 tahun yang bekerja sebagai penyelia tapak dan pengarah urusan rangkaian restoran yang menguruskan aspek kewangan sindiket, dua individu berusia 30 dan 31 tahun yang juga penganggur sebagai pengedar dadah dan seorang lagi penganggur berusia 48 tahun yang disyaki tonto kepada sindiket ini," katanya.


Beliau berkata, modus operandi sindiket pengedaran dadah itu adalah mendapatkan bekalan dadah dan seterusnya dibawa ke Sabah dengan menggunakan syarikat penerbangan komersial dan kiriman kargo laut.


"Bekalan dadah akan disimpan di Sabah, sebelum diagihkan kepada pengedar sindiket dan turut diseludup kepada pembeli di Indonesia dan Filipina," katanya.


Ayob Khan berkata, siasatan juga dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.


Pada masa sama, katanya, polis sedang menyiasat pembabitan sindiket itu dalam aktiviti penyeludupan kontraban serta barangan bersubsidi dari Malaysia ke Indonesia dan Filipina.


"Kita turut mengesan ahli sindiket sama memiliki aset seperti kenderaan mewah, banglo mewah, 12 syarikat perniagaan dalam bidang pelancongan, pembinaan, petrokimia, minyak dan gas serta manufacturing atau pembuatan, sebuah feri dan rangkaian restoran," katanya.


Sumber: BH Online






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 26-12-2023 07:45 PM
Cuci cuci wang
Quote Belibis 26-12-2023 07:56 PM
krustykrab replied at 26-12-2023 07:45 PM
Cuci cuci wang

Tolong la bagi puji pujian..
Quote sharlenetexas 26-12-2023 08:04 PM
Ngok mana pulak ni?


Quote arareez 26-12-2023 08:06 PM
Belibis replied at 26-12-2023 07:56 PM
Tolong la bagi puji pujian..

Chuolls tau ke sape?
Quote Belibis 26-12-2023 08:10 PM
arareez replied at 26-12-2023 08:06 PM
Chuolls tau ke sape?

Tak keluar lagi kat edisi siasat.tapi benda bukan baru kes tangkap jerung besar..pastu ilang di angin lalu.
Quote honeybee1802 26-12-2023 08:25 PM
Apakah NGO itu?
Quote plywood 26-12-2023 09:04 PM
"Siasatan awal mendapati, sindiket ini memperoleh bekalan dadah dari negara jiran sejak 2015 dan mereka menyeludup masuk bahan terlarang itu ke Sabah untuk pasaran sekitar negeri terbabit, selain turut diseludup ke Indonesia dan Filipina.


sumber dari negara jiran tapi tak tahu samada indon atau pilipin. yang peliknya selepas dihantar ke sabah diseludup pula ke indon atau pilipin?

aku suspect syabu ni dari filipina sbb filipina belajar dari tentera us cara buat syabu... kenapa nak kena seludup semula ke filipina.
Quote adizero11 27-12-2023 10:23 AM
Ntah2 tangkap ikan bilis..tapi claim kartel..huhu
Quote supernaturalee 27-12-2023 03:04 PM
bongkar dan dedah
Quote Tinot7 27-12-2023 03:10 PM
Tahniah...
Quote Decaffeinated 27-12-2023 03:58 PM
Datuk Seri upinipin nama baru ala2 nasi goreng strawberry katanya kan?

Quote airfilterkotor 27-12-2023 04:11 PM
"...penjawat awam berusia 44 tahun yang juga pegawai sebuah agensi penguatkuasaan berperanan sebagai transporter bagi sindiket..."

Wow.
Quote edayildiz 27-12-2023 04:17 PM
wow jugek..
Quote mejaputih 27-12-2023 09:57 PM
Lps tu dilepas bebas?
Quote spy_caridotdot 28-12-2023 11:27 PM
Awal sangat ke masuk ni? Nak tau jugak apa rangkaian restoran penaung NGO  ni?
Quote dua_chzy 28-12-2023 11:45 PM
sharlenetexas replied at 26-12-2023 12:04 PM
Ngok mana pulak ni?

Nih. Orang Azis Jamman.

https://sabahkini2.org/en/news/5 ... o-pakat-tumpas/view

Sekali lagi aiols nak laungkan cogankata aiols di porom Cari - baik makan babi guling je la dek kalau dah level jahat camni.

Sekian.
Quote dua_chzy 28-12-2023 11:45 PM
spy_caridotdot replied at 28-12-2023 03:27 PM
Awal sangat ke masuk ni? Nak tau jugak apa rangkaian restoran penaung NGO  ni?

Old Town White Coffee cawangan Sabah.
Quote dua_chzy 28-12-2023 11:48 PM
MHO_SABAH.jpg

Kartel dadah rupanya. Bangsat.

Kalau dadah2 ni mesti belah2 Pantai Timur Sabah kawasan IC Projek yang kuat.
Quote dua_chzy 28-12-2023 11:49 PM
Tuih! Orang2 korang juga la kuat jual IC kat pendatang Ndon, Pelipin, Pakistan.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.060242 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top