CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tauke Kedai Makan 'Sentap' Harga Dan Makanan Dikutuk "Yang Tidak Beradab, Tidak Boleh Bersabar, Diharamkan Datang Ke Kedai Kami"

27-12-2023 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5301| Komen: 7

Description: Gara-gara tidak berpuas hati dengan harga hidangan yang dipesan di sebuah restoran, seorang individu bertindak memuat naik ulasan (review) buruk di Google untuk berkongsi pengalamannya yang kurang men ...
Gara-gara tidak berpuas hati dengan harga hidangan yang dipesan di sebuah restoran, seorang individu bertindak memuat naik ulasan (review) buruk di Google untuk berkongsi pengalamannya yang kurang menyenangkan.


Selain mempertikaikan harga hidangan yang baginya tidak setimpal dengan keenakan, dia turut menegur sikap pelayan restoran yang disifatkan agak biadab.


Foto: mStar

"Satu pinggan RM20.50 sekali air sirap. Aku expect sedap nak mam*** la. Tapi biasa je weyh. First time la makan nangka keras liat nak mampus. Bazir tiga ketul. Aku dah la lapar.

"Boleh dah kot tukar nama kedai jadi **** melingkup. Service harey. Pelayan hauk. Tak payah kerja, tak payah layan customer kalau layan customer macam minta kena terajang.

"Boleh dah kot bungkus kedai kau ni. Dah la mahal mengalahkan Israel," tulisnya pada reviu tersebut.

Foto: mStar

Menerusi gambar yang dikongsikan individu itu, dia memesan sepinggan nasi beserta masak lemak cili api nangka, sambal udang dan separuh telur masin.

Bersama reviu tersebut, dia turut meninggalkan satu bintang sebagai penilaian (rating) bagi makanan berkenaan.

Bagaimanapun, isu menjadi semakin hangat apabila restoran berkenaan membalas kembali reviu yang dibuat menerusi hantaran di media sosial mereka.

Apa yang mengundang perhatian, ayat yang digunakan oleh 'admin' restoran tersebut dikatakan kurang beradab dan tidak sopan.

"Kepada sesiapa yang tidak beradab, tidak boleh bersabar, diharamkan datang ke kedai kami. Kami manusia, bukan mesin. Kami juga ada perasaan. Jadi jaga adab.

"Yang suka menjerit-jerit dan biadab pergi main jauh-jauh. You are not welcome!

"Ayat atas ni untuk manusia yang biadab tak reti bersabar dan tak reti faham situasi kedai sedang viral di hujung minggu.

"Dua peratus je yang perangai buruk akhlak ni. 98 peratus lagi Alhamdulillah sangat baik, bertimbang rasa dan faham bahawa hari Sabtu dan Ahad adalah hari yang amat padat bagi kedai yang sedang viral. Mereka pilih untuk pergi dan mereka dah aware akan sesak," tulisnya.


Foto: mStar

Menurut admin restoran itu, pelanggan berkenaan sewajarnya mengemukakan aduan serta-merta di kaunter dan bukannya membuat reviu yang bertujuan jahat untuk mengundang persepsi negatif orang ramai.

"Siap berusaha buat Google (kami tak pernah register) untuk tulis bad review. Gigih sungguh menunjukkan akhlak buruk untuk orang baca.

"Above all, apa yang kita buat, Allah mengadilinya. Jangan kerana bad review anda tu, anda tergelincir di Siratulmustaqim," tulis admin berkenaan.

Hantaran admin restoran berkenaan sehingga kini meraih 302 shares di Facebook, selain dibanjiri ratusan komen warga maya.

Bagaimanapun, rata-ratanya berpendapat pihak restoran sepatutnya kental dan tidak 'koyak' menerima teguran para pelanggan demi memperbaiki kualiti ke arah yang lebih baik.

"Ini yang dikatakan kelemahan. Terima dan betulkan apa yang patut. Itu yang terbaik.

"Nak meniaga kena cakap molek-molek. Tak perlu berkeras dengan pelanggan. Pelanggan ni sumber rezeki anda.

"Itulah gunanya Google Review supaya owner kedai boleh upgrade servis dan perbaiki mutu bukannya sentap," komen netizen.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 27-12-2023 10:05 AM
Ini siri bercakap ngn cermin edisi marketing ka?
Quote Skuau 27-12-2023 12:07 PM
'buat baik berpada pada...buat jahat jangan sekali(bkn suh ko buat banyak kali..faham)'
                        
Quote Lolalala 27-12-2023 12:35 PM
Tapi memang ada je pelanggan dari nuraka ni tau. Dia bad mood tak dapat apa dia nak, pastu bawak.ke kedai makan. Abih semua benda dia complain dan nak gaduh. Orang lain aman-aman je makan tak dak isu. Nnt mood dia dah baik, elok je dia datang makan macam x dak apa²
Quote bbalik 27-12-2023 01:58 PM
kedai mana ni
sama je bahasa yg digunakan antara pelanggan dan peniage
Quote kotakominami 27-12-2023 10:12 PM
Yg komplen tu bongok patutnye bawak pinggan nangka keras tu kt kaunter..mintk diskaun...kau merempan mcm ni takde bukti org anggap kau penipu jer...
Quote B40tastePosh 27-12-2023 10:56 PM
kotakominami replied at 27-12-2023 10:12 PM
Yg komplen tu bongok patutnye bawak pinggan nangka keras tu kt kaunter..mintk diskaun...kau merempan ...

Dah ambil considered sold la.

Kalau aku dah ambil malas nak complaint...sbb pada aku, nak sedap masak sendiri, lagi jimat. That's why kena tahu memasak dan belajar memasak dari situ kita tahu bahan apa nak dilebihkan untuk tekak kita
Quote isbritneybich 28-12-2023 12:41 AM
cerita betul ke kak hasanah ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:40 AM GMT+8 , Processed in 0.280879 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top