CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasha Sandha 'Plan' Nak Buat IVF, Nak Dapat Anak Lelaki

25-12-2023 04:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 14893| Komen: 77

Description: Pelakon popular, Fasha Sandha, 39, berhasrat menjalani rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF) tahun depan sebagai ikhtiar dan usahanya untuk mendapatkan anak lelaki. Fasha atau nama sebenarnya ...

Pelakon popular, Fasha Sandha, 39, berhasrat menjalani rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF) tahun depan sebagai ikhtiar dan usahanya untuk mendapatkan anak lelaki.


Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan berkata, dia dan suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz memang mahu menambah seorang lagi anak dan berharap dikurniakan bayi lelaki kerana sudah memiliki anak perempuan, Aisha Amaira, 4.


"Kalau ikutkan perancangan memang kami inginkan anak lelaki, kalau ada rezeki. Tapi, belum tahu lagilah, itu semua kerja Tuhan. Kita hanya mampu merancang dan kalau ada rezeki, insya-Allah.


"Buat masa ini kami belum lagi pergi berjumpa dengan doktor pakar. Semuanya kena tunggu habis penggambaran dan baru boleh berjumpa untuk dapatkan nasihat," katanya.


Aidil pula berkata, isterinya memang perlu memperlahankan aktiviti karier seni jika mahu melakukan rawatan IVF itu.


"Betullah, kalau misal kata nak 'plan' (rancang) buat IVF itu, dia (Fasha) kena kurangkanlah kerja terutama, 'shooting' (penggambaran). Sema sedia maklum 'shooting' memang setiap hari dan makan pun kena jaga.


"Lebih-lebih lagi untuk trimester pertama, itu kena jaga betul-betul dan perlu perlahankan segala aktiviti," katanya yang membintangi filem Harimau Malaya: The Untold Journey.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 25-12-2023 04:48 PM
Mudahnya nak buat anak sekarang ni.. Kepelbagaian pilihan teknik dan cara. Hihi

Btw dia ni kan subur gak.. Sampai nak berivf bagai.
Quote Chah21 25-12-2023 04:54 PM
Piramida: Mudahnya nak buat anak sekaran ...

Sbb boleh czer sekali lg je kot.. klu doc ckp dlaman agak truk,, xleh czer byk kali
Quote pocongkiutss 25-12-2023 05:01 PM
Dia ni biar betul..kalau muslim mana boleh buat ivf yg pilih2 jantina tu..buat ivf biasa tu oklah
Quote AkokKocik 25-12-2023 05:50 PM
Klu buat ivf, blh pilih jantina ke??bukan apa aku pun anak lelaki utk lock reta laki dr dicaras oleh adik badik laki aku, diorg tgk laki aku byk reta tp xda anak, mcm singa lapar jer diorg, tunggu laki aku ninggal utk dpt reta percuma.
Quote missHaidiD 25-12-2023 05:56 PM
Kenalah ada ank jntan. Kalau takde tak dpt la waris  reta pusaka. Mertua org kg2 ni mesti bnyk tanah pusaka kan
Quote dagusengett 25-12-2023 06:12 PM
Same lah i pun kalau nak anak lelaki buat ivf
Kalau tak kesah takyahla ivf
Quote shernazz 25-12-2023 06:18 PM
Boss iols buat IVF kembar..
Tapi tak dpt Anak lelaki..
Dua dua pompuan...
Dia buat circa 2010 cam tu...
Quote rosevelvet 25-12-2023 06:33 PM
Edited by rosevelvet at 25-12-2023 06:35 PM
AkokKocik replied at 25-12-2023 05:50 PM
Klu buat ivf, blh pilih jantina ke??bukan apa aku pun anak lelaki utk lock reta laki dr dicaras oleh ...


I rs ada teknologi tu sis. I hrp uol bjaya lock reta laki uols. Amiiinn
Quote doubleA 25-12-2023 06:51 PM
Subur pun nak buat ivf, purposely sebab nak anak laki ke? Ada je petua consume makan apa utk high chance dapat anak ikut jantina. Tapi deme kaya kan bior lah
Quote Bergosip 25-12-2023 07:00 PM
Edited by Bergosip at 25-12-2023 07:05 PM
AkokKocik replied at 25-12-2023 05:50 PM
Klu buat ivf, blh pilih jantina ke??bukan apa aku pun anak lelaki utk lock reta laki dr dicaras oleh ...


ada, boleh pilih jantina. ivf boleh tau jantina dan penyakit. tapi tak ada dekat malaysia. paling dekat thailand

process genetic testing. akan test embryo untuk tau chromosomes. masa tu, akan tau jantina
Quote naina 25-12-2023 07:36 PM
Tak boleh kan pilih2 jantina? Kalau boleh dah lama member buat. Tapi Fasha ni apa je tak boleh..
Quote Buritan 25-12-2023 07:39 PM
AkokKocik replied at 25-12-2023 05:50 PM
Klu buat ivf, blh pilih jantina ke??bukan apa aku pun anak lelaki utk lock reta laki dr dicaras oleh ...

Hahaha.. kesian ade nak gelak pun ade cite u ni.. sabar ajelaa sis.. semikin payah.. kayoo pun payah .
Quote Manusiabesa 25-12-2023 08:05 PM
AkokKocik replied at 25-12-2023 05:50 PM
Klu buat ivf, blh pilih jantina ke??bukan apa aku pun anak lelaki utk lock reta laki dr dicaras oleh ...

Kak ko xda anak lg ke? Dh bapa thun kawen? G la buat ivf cpt wei. Muda tinggi percentage sukses. Ningkat umo lg rendah rate. Gpon jgn bazir masa. Btindak cpt. Lgi2 bab hrta. Gitu aku bg smgt  go akak go.
Quote dellashrill 25-12-2023 09:28 PM
nak test embrio tu sama cost nak buat ivf. let say ivf 16-20k bergantung pada ubat, nak test embrio boy or girls pun sama harga..
Quote meah_kelabu 25-12-2023 09:38 PM
ok ke nak kene gemok balik tu?
Quote Gorgos 25-12-2023 09:57 PM
Manusia ni mampu merancang hanya Tuhan yg menentukan. Nak buat tu buat ini tup tup tak kesampaian...
Quote noell 25-12-2023 09:58 PM
siapla acik2 porem semua menunggu baby baru lahir

dia kalo ngandong rasa lama sgt nak branak mcm bunting gajah sgt
Quote AkokKocik 25-12-2023 10:01 PM
rosevelvet replied at 25-12-2023 06:33 PM
I rs ada teknologi tu sis. I hrp uol bjaya lock reta laki uols. Amiiinn

Tq, tq.

Quote AkokKocik 25-12-2023 10:04 PM
Bergosip replied at 25-12-2023 07:00 PM
ada, boleh pilih jantina. ivf boleh tau jantina dan penyakit. tapi tak ada dekat malaysia. paling  ...

Tq, tq....nah munger.

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:26 AM GMT+8 , Processed in 0.069607 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top