CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisyah Hijanah Dedah Suami Setuju Serah Semua Aset, Usaha Tuntut Hak

25-12-2023 11:33 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 30384| Komen: 44

Description: Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah mendedahkan suaminya, Alif Teega bersetuju memindahkan kesemua harta dan aset yang dibina sejak awal perkahwinan atas nama mereka.Reda dimadukan, Aisyah berkat ...
Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah mendedahkan suaminya, Alif Teega bersetuju memindahkan kesemua harta dan aset yang dibina sejak awal perkahwinan atas nama mereka.

Reda dimadukan, Aisyah berkata, tindakan yang dibuat itu adalah salah satu usaha menuntut haknya selepas susah payah bersama suami.



"Segala hasil titik peluh yang dibina dari awal bersama suami telah dipindahkan 100 peratus kepada milik Aisyah termasuklah share syarikat, rumah, kereta dan aset-aset lain.

"Lindungi hak dan usaha anda. Catat semua aset bersama dan buat satu perjanjian khas. Kalau mampu lantik peguam, silakan.

"Pada awal, kita mungkin akan blur tapi bila kita cuba bertenang dan berdamai dengan takdir, kita akan dapat jalan. Jangan mengalah terlalu awal," katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Aisyah turut menasihati para wanita yang hidup berpoligami agar tidak terburu-buru membuat keputusan untuk bercerai sebaliknya tenang mencari penyelesaian.


Menurut Aisyah, keputusan yang diambil itu bukanlah kerana dia bermata duitan tetapi bagi memastikan kehidupannya dan anak terjamin.

"Bukan bermakna kita tamak atau gila harta tapi nak selamat dan jaminan untuk diri serta anak-anak. Sentiasa minta Allah beri petunjuk dan cari jalan terbaik.

"Anda perlu mengawal emosi anda dan bertenang kalau tidak tidak akan merosakkan segalanya," kata Aisyah.

Terdahulu, Alif membuat pengakuan sudah berpoligami dan penjelasan tindakannya itu dibuat bagi mengelakkan timbul fitnah di kemudian hari.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 26-12-2023 12:20 AM
Tehtap juga ko redha hadap pelir jantan tu euwhh
Quote doubleA 26-12-2023 12:38 AM
Another chenta hagong story, demi pompuan rela harta dan perasaan bini anak2 ditolak ke tangga kedua. Yg penting napsu ko tertunai hajat tercapai berbinikan pujaan hati. Ecah, hakikatnya ko nombor 2 skg di hati alep. Truth hurts
Quote doubleA 26-12-2023 12:40 AM
Ok la ecah, ko menangis di bucu katil pun katil tilam empuk mewah. Dari marhaen lain dicurangi tapi menangis di bucu katil sendu
Quote zehra2 26-12-2023 01:50 AM
aisyah ada anak lelaki kan?
yeah pe rasa nya fatin? buka bisnes lain la. jgn mengharap harta org...
bijak aisyah. jgn sampai jd mcm kak adibah
Quote MisXoXo 26-12-2023 05:52 AM
Aku rasa apa aisyah buat betul dn dah pastikan hak dia terjamin.so settle dah..biolah deme bahaagia.rasanya no 2 tu xheran harta tu..dia nak alif je tu..cinta ...rela korbankan diri dan tahu diri ambil hak.makanya sedor diri.
Quote Binodino 26-12-2023 08:05 AM
Ada lagi benang larva kuning ni
Quote adizero11 26-12-2023 08:08 AM
Selebriti ke ni?? laki pun muka level2 mamak Ali Maju
Quote dagusengett 26-12-2023 08:16 AM
Depa ni dah terpaling poligami ke
Sibuk nak tayang aset2
Quote Gianna111 26-12-2023 09:02 AM
walaupun i tak berapa berkenan.tapi kisah dia ni boleh dijadikan benchmark utk wanita diluar sana. jangan simply lepaskan aku ceraikan aku.aku tak rela dimadu gittew. korek hak kita.jangan mengalah dan reda sahaja. benda ni senang diurus sebab laki dia bagi kerjasama.
Quote beautifulorchid 26-12-2023 09:08 AM
bitter komen semua datang dari perempuan, walaupun lelaki dah serahkan 100% harta kepada perempuan..
Quote manehnya 26-12-2023 09:10 AM
lepastu simpa lg buat apa? nk makan pun masih ada selera ke...
Quote airmineral 26-12-2023 09:52 AM
Madunya masih kerja di company yg sama kah
Quote airmineral 26-12-2023 09:52 AM
Yg kata nak report polis tu xjadi ke
Quote JunkMail 26-12-2023 09:56 AM
beautifulorchid replied at 26-12-2023 09:08 AM
bitter komen semua datang dari perempuan, walaupun lelaki dah serahkan 100% harta kepada perempuan..

Kau nak baca bitter komen dari lelaki kena gi socmed dik. Boleh baca sambil gelak gelak dgn knowledge orang lelaki Malaysia tentang bab nafkah, poligami dan tanggungjawab suami ni
Quote A-Are 26-12-2023 10:21 AM
da confirm harta semua dapat lepas setahun mintakla cerai guna alasan xmampu bertahan..
Quote black_handbag 26-12-2023 10:25 AM
so kita kena buat apa sekarang? angkat dia ni jadi ikon isteri pertama ke?
sudahlah. muak dengar cerita dia. nak buat apa2 ko setel jelah dengan laki ko tu. banyak lagi isu lain netizen nak kupas
Quote VespaSilbe 26-12-2023 10:42 AM
Entah2 rumah pun sewa.. cam bimbo arbok yg nak belanja makan buat2 lupa.. muda lagi.. nih kalau lava tu anak daim senyap2 je tukar nama.. poyo la
Quote Rogue98 26-12-2023 11:06 AM
Slowly Aishah tengah susun future dia. Dia tengah cuba separatekan diri dia dari larva kuning. Larva still kena bagi dia nafkah sbb still suami kan. Bijak jugak Aisyah.
Quote laksmanabentan 26-12-2023 11:15 AM
bila nak bergambo bersama2 dengan isteri kedua tu...
kasihan isteri kedua tu tau.. beri ler sikit publisiti gitu kannnn...

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.103121 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top