View: 31606|Reply: 44
|
Aisyah Hijanah Dedah Suami Setuju Serah Semua Aset, Usaha Tuntut Hak
[Copy link]
|
|
Personaliti media sosial, Aisyah Hijanah mendedahkan suaminya, Alif Teega bersetuju memindahkan kesemua harta dan aset yang dibina sejak awal perkahwinan atas nama mereka.
Reda dimadukan, Aisyah berkata, tindakan yang dibuat itu adalah salah satu usaha menuntut haknya selepas susah payah bersama suami.
"Segala hasil titik peluh yang dibina dari awal bersama suami telah dipindahkan 100 peratus kepada milik Aisyah termasuklah share syarikat, rumah, kereta dan aset-aset lain.
"Lindungi hak dan usaha anda. Catat semua aset bersama dan buat satu perjanjian khas. Kalau mampu lantik peguam, silakan.
"ada awal, kita mungkin akan blur tapi bila kita cuba bertenang dan berdamai dengan takdir, kita akan dapat jalan. Jangan mengalah terlalu awal," katanya menerusi perkongsian di Instagram.
Aisyah turut menasihati para wanita yang hidup berpoligami agar tidak terburu-buru membuat keputusan untuk bercerai sebaliknya tenang mencari penyelesaian.
Menurut Aisyah, keputusan yang diambil itu bukanlah kerana dia bermata duitan tetapi bagi memastikan kehidupannya dan anak terjamin.
"Bukan bermakna kita tamak atau gila harta tapi nak selamat dan jaminan untuk diri serta anak-anak. Sentiasa minta Allah beri petunjuk dan cari jalan terbaik.
"Anda perlu mengawal emosi anda dan bertenang kalau tidak tidak akan merosakkan segalanya," kata Aisyah.
Terdahulu, Alif membuat pengakuan sudah berpoligami dan penjelasan tindakannya itu dibuat bagi mengelakkan timbul fitnah di kemudian hari.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Tehtap juga ko redha hadap pelir jantan tu euwhh |
|
|
|
|
|
|
|
Another chenta hagong story, demi pompuan rela harta dan perasaan bini anak2 ditolak ke tangga kedua. Yg penting napsu ko tertunai hajat tercapai berbinikan pujaan hati. Ecah, hakikatnya ko nombor 2 skg di hati alep. Truth hurts |
|
|
|
|
|
|
|
Ok la ecah, ko menangis di bucu katil pun katil tilam empuk mewah. Dari marhaen lain dicurangi tapi menangis di bucu katil sendu |
|
|
|
|
|
|
|
aisyah ada anak lelaki kan?
yeah pe rasa nya fatin? buka bisnes lain la. jgn mengharap harta org...
bijak aisyah. jgn sampai jd mcm kak adibah |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa apa aisyah buat betul dn dah pastikan hak dia terjamin.so settle dah..biolah deme bahaagia.rasanya no 2 tu xheran harta tu..dia nak alif je tu..cinta ...rela korbankan diri dan tahu diri ambil hak.makanya sedor diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada lagi benang larva kuning ni |
|
|
|
|
|
|
|
Selebriti ke ni?? laki pun muka level2 mamak Ali Maju |
|
|
|
|
|
|
|
Depa ni dah terpaling poligami ke
Sibuk nak tayang aset2 |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun i tak berapa berkenan.tapi kisah dia ni boleh dijadikan benchmark utk wanita diluar sana. jangan simply lepaskan aku ceraikan aku.aku tak rela dimadu gittew. korek hak kita.jangan mengalah dan reda sahaja. benda ni senang diurus sebab laki dia bagi kerjasama. |
|
|
|
|
|
|
|
bitter komen semua datang dari perempuan, walaupun lelaki dah serahkan 100% harta kepada perempuan.. |
|
|
|
|
|
|
|
lepastu simpa lg buat apa? nk makan pun masih ada selera ke... |
|
|
|
|
|
|
|
Madunya masih kerja di company yg sama kah |
|
|
|
|
|
|
|
Yg kata nak report polis tu xjadi ke |
|
|
|
|
|
|
|
beautifulorchid replied at 26-12-2023 09:08 AM
bitter komen semua datang dari perempuan, walaupun lelaki dah serahkan 100% harta kepada perempuan..
Kau nak baca bitter komen dari lelaki kena gi socmed dik. Boleh baca sambil gelak gelak dgn knowledge orang lelaki Malaysia tentang bab nafkah, poligami dan tanggungjawab suami ni |
|
|
|
|
|
|
|
da confirm harta semua dapat lepas setahun mintakla cerai guna alasan xmampu bertahan.. |
|
|
|
|
|
|
|
so kita kena buat apa sekarang? angkat dia ni jadi ikon isteri pertama ke?
sudahlah. muak dengar cerita dia. nak buat apa2 ko setel jelah dengan laki ko tu. banyak lagi isu lain netizen nak kupas |
|
|
|
|
|
|
|
Entah2 rumah pun sewa.. cam bimbo arbok yg nak belanja makan buat2 lupa.. muda lagi.. nih kalau lava tu anak daim senyap2 je tukar nama.. poyo la |
|
|
|
|
|
|
|
Slowly Aishah tengah susun future dia. Dia tengah cuba separatekan diri dia dari larva kuning. Larva still kena bagi dia nafkah sbb still suami kan. Bijak jugak Aisyah. |
|
|
|
|
|
|
|
bila nak bergambo bersama2 dengan isteri kedua tu...
kasihan isteri kedua tu tau.. beri ler sikit publisiti gitu kannnn... |
|
|
|
|
|
|
| |
|