CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9037|Reply: 24

Lakonan mantap tapi tak pernah menang award, Sara Ali tak kisah

[Copy link]
Post time 13-1-2025 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Di layar perak, televisyen mahupun panggung teater, nama Sara Ali bukan sekadar dikenali, tetapi dihormati.

Kemenjadian lakonannya yang sarat dengan emosi, jiwa dan nyawa menjadikannya antara aktres disegani di tanah air.



Lebih sedekad bersinar di persada seni, pemilik nama penuh Siti Sarah Hairi Ali itu terus membuktikan kehebatannya dalam setiap watak dijayakan seolah-olah bukan berlakon tetapi hidup dalam dunia yang dibawanya ke skrin.

Bagi Sara, seni bukan sekadar tentang membawa watak tetapi menghidupkan setiap perasaan dan menjadikan penonton turut merasai setiap detik emosi yang digambarkan.

  


Dengan graf lakonan cemerlang, bahkan sudah berkali-kali tercalon dalam pelbagai anugerah berprestij, nampaknya belum ada rezeki Sara menggenggam trofi kemenangan.

Tidak melenting, jauh sekali menyalahkan mana-mana pihak, wanita berusia 35 tahun itu menganggap dirinya belum bersedia untuk memenangi trofi besar.

Baginya, kemenangan dalam sesebuah anugerah seharusnya memberi impak positif kepada industri dan masyarakat, bukan sekadar perhiasan di rak trofi.

  


“Untuk menang ‘award’, bukan hanya soal bakat atau pencapaian, tetapi soal apa yang boleh diberikan semula kepada masyarakat.

“Itu tanggungjawab besar yang perlu dipikul oleh pemenang,” katanya kepada HibGlam.

Pelakon filem Kami Histeria itu juga tidak melihat ketiadaan trofi sebagai kekurangan, malah menganggap semua itu satu ruang untuk terus belajar dan memperbaiki diri.

  


“Kalau saya tak menang apa-apa ‘award’ pun tak apa sebab saya tak tahu apa yang boleh diberikan semula kepada masyarakat.

“Kalau menang, kena letakkan satu penanda aras yang tinggi. Jadi, mungkin lebih baik saya tak menang dulu, kekal di bawah dan fokus pada usaha memperbaiki bakat.

“Tidak mengapa, saya okey dengan itu,” jelasnya.

Ketika ditanya tentang anugerah idaman, Sara tidak berselindung malah mengakui Festival Filem Malaysia (FFM) adalah matlamat utamanya.

  


“Kalau tanya saya, FFM adalah impian. Siapa tak nak menang di FFM? Itu satu pengiktirafan besar.

“Kita tengok Beto Kusyairy, dia menang anugerah pelakon pembantu dan pelakon terbaik pada tahun lepas. Itu sebab dia matang dan bersedia memberikan sesuatu yang berharga kepada penonton.

“Kalau boleh, saya nak menang bila dah macam dia. Saya nak lakonan saya ada jiwa, ada rasa. Itulah definisi kemenangan sebenar bagi saya,” katanya pada majlis tayangan perdana filem Bisikan Dosa, baru-baru ini.

  


Berbicara mengenai perkembangan terbaharu, Sara bakal muncul dengan filem Bisikan Dosa arahan Faizul A. Rashid yang mula ditayangkan di seluruh negara semalam.

Selain Sara, filem terbabit turut menampilkan deretan pelakon hebat seperti Che Puan Juliana Evans, Farid Kamil, Uqasha Senrose dan Sherie Merlis.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2025 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia berlakon oklah.... Tapi anggapje lah belum ada rezeki utk dapat anugerah tu.. kadang rasa dah buat yang terbaik, tapi time anugerah, ada calon lain yang lebih layak.. gitulah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku sorang je kot rasa dia ni muka badmood.. Kalau berlakon selalu nampak moody  
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 13-1-2025 12:31 PM
Aku sorang je kot rasa dia ni muka badmood.. Kalau berlakon selalu nampak moody

Aku pun sama. Moody, boyish, muka memanjang berkerut.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
dia n nad zainal muka lebih kurang ….mata besau
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko blakon sbb nak duit angp je lah anugerah tu sampingan, ramai je manusia yg bkerja kt dunia ni yg x penah dpt anugerah pekerja cemerlang dsb….
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2025 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Aida kaki hutang tu laku betul ya berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 13-1-2025 12:31 PM
Aku sorang je kot rasa dia ni muka badmood.. Kalau berlakon selalu nampak moody

Aah ye mcm 24jam la period hahahahahah. Dulu dia ni bertudung ek?ke salah?pastu terbang tudungnya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2025 04:06 PM | Show all posts
orang kata resting bitc* face
1.tiz
2. sara ali
3. nad zainal
4.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la ko memang tak kayu, tapi selalu masam/moody. Variety watak boleh bawa bukan la level anak org kaya/bini org kaya je kan. Jenis nad jenal
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
hmm biasa² je nyah dia ni berlakon
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni bagus berlakon tapi selalu salah pilih job
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
red_velvet replied at 13-1-2025 12:31 PM
Aku sorang je kot rasa dia ni muka badmood.. Kalau berlakon selalu nampak moody

same
moody dan spoil tgk muka dia
mmbosankan kita as penonton

just wonder: dia pernah senyum tak
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Die ni byk blakon ke? Die ni ex bff pajura kan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
oggy replied at 13-1-2025 11:44 AM
Dia berlakon oklah.... Tapi anggapje lah belum ada rezeki utk dapat anugerah tu.. kadang rasa dah bu ...

Ratu filem melayu 80an & 90an Noorkumalasari & Sofia Jane pun x pernah mng award FFM.. Noorkumalasari tercalon best actress 6 kali, Sofia Jane plak tercalon 2 kali.. tapi sbb aura dorg tu, org igt sampai bila²..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
babyorange replied at 13-1-2025 08:32 PM
Die ni byk blakon ke? Die ni ex bff pajura kan?

Senyap terus dia kan lepas kes ng ex bff dia dodulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2025 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
QueenIsolde replied at 13-1-2025 10:11 PM
Senyap terus dia kan lepas kes ng ex bff dia dodulu

Kes apa tu u?iol mmg tktau. Ada link tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2025 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ex bff and dia pakai tudung kjp pastu keje insurance banking ke apa .
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Xpe, aku keje 15 thn belum dpt apc lg
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 13-1-2025 08:35 PM
Ratu filem melayu 80an & 90an Noorkumalasari & Sofia Jane pun x pernah mng award FFM.. Noorkumalas ...

Kadang dorang ni bukan tak bagus tp kebetulan masa tercalon tu ada yg dpt tinggi sikit markah.
Ada je pelakon yg biasa2 je lakonan dia balik2 watak menangis meroyan tp menang terbaik sbb time tu saingan semua so-so
Kadang kesian gak tgk yg dh berlakon 20 tahun tp satu award terbaik pun lum penah dpt padahal dh pegang mcm2 watak jd baik jahat kelakar semua ada.
Ujung2 yg menang takat pegang watak utama dalam filem romantic comedy
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.071557 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list