View: 27990|Reply: 36
|
[Dunia]
Frontier Airlines kena 'serang' netizen seluruh dunia - "Rasis dan anti muslim. Boikot!"
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Orang ramai seluruh dunia ‘menyerang’ media sosial syarikat penerbangan yang mengarahkan bintang Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov keluar dari pesawat ke Los Angelas, Amerika Syarikat semalam.
Syarikat penerbangan itu, Frontier Airlines telah mendapat lebih 75,000 komen kecaman dalam satu posting terbaharunya di Instagram rasmi itu.
Tinjauan Kosmo! Online mendapati ruangan komen di akaun Instagram syarikat tersebut dipenuhi kecaman dan kritikan, dengan netizen menyatakan rasa tidak puas hati terhadap tindakan syarikat berkenaan mengarahkan Khabib keluar pesawat.
“Mohon maaf kepada Khabib atas apa yang berlaku, sangat mengecewakan melihat bagaimana kru kabin anda melayan orang seperti ini,” tulis Rohanegapazi.
“Sikap buruk dan rasisme. Saya harap tindakan anda akan menyebabkan syarikat penerbangan ini ditutup tidak lama lagi,” ujar Nunudanu30.
“Bagaimana kami boleh percaya anda akan membantu semua orang di dalam pesawat jika anda mempamerkan tingkah laku seperti ini? Ini tidak boleh diterima!,” kata Christinaapetersen.
“Hai semua, saya sangat menggalakkan anda untuk memboikot syarikat ini. Baru-baru ini, mereka telah menghalau Khabib dari penerbangan atas alasan yang tidak masuk akal, yang jelas menunjukkan tingkah laku rasis mereka. Kita tidak boleh membiarkan diskriminasi seperti ini berlaku,” tambah Daniyal.582.
Terdahulu, Khabib diarahkan keluar daripada pesawat selepas berselisih faham dengan pramugari mengenai tempat duduknya yang berada di kawasan pintu kecemasan.
Pramugari tersebut dikatakan mengarahkan Khabib untuk menukar tempat duduk atau meninggalkan pesawat.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nak taw citer penuh and explanation from the crew yg bertugas baru boleh nilai..
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ardent91 at 14-1-2025 08:52 AM
“On Jan. 11, 2025, as flight 4401 from Las Vegas to San Francisco was preparing for departure, a flight attendant initiated the customary briefing for exit row passengers. Customer Khabib Nurmagomedov, who was seated in an exit row, was asked multiple times if he was willing and able to assist in the event of an emergency. According to the flight attendant, Mr. Nurmagomedov did not respond, despite repeated attempts, which placed him in non-compliance with FAA requirements. The flight attendant informed Mr. Nurmagomedov that he could be moved to a different upgraded seat or exit the plane."
https://middleeasy.com/mma-news/frontier-airlines-explains-why-khabib-nurmagomedov-was-removed-from-a-flight/
Orang xkan suka2 nak halau ko dari plane tu kalo ko cooperate dgan crew. Saper2 yg dudok kat emergency exit tu mmg cabin crew akan tanya if they are willing/capable to assist such as open the emergency exit door in the event of evacuation. Pernah jer aku tgok cabin crew mintak passenger yg dah dudok kat exit tu untuk tukar tempat dudok yg lain..
|
|
|
|
|
|
|
|
betul.. sbb selalu naik flight stewardess tanya je elok2 psl responsible duduk kt emergency tu.. entah2 die tk cooperate waktu stewardess tanya tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kemain yg melayu kat atas tu pun boycott flight. Boycott airlines la hakim dekk oiii |
|
|
|
|
|
|
|
Kat us nun pegawai sekuriti yang cek sebelum boarding kapalterbang tu pun ramai je rasis..nampak pompuan bertudung, cepat-cepat suh ketepi cek satu badan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau baca statement khabib lain pulak ceritanya... |
|
|
|
|
|
|
|
nazurah replied at 14-1-2025 09:12 AM
kalau baca statement khabib lain pulak ceritanya...
Iols rasa mmg kes rasis cum safety. Dengar kat video tu perempuan tu kata org tak comfortable. Ye la bukan ramai kenal dia dah tu ckp lak ada accent2 mcm eastern european hoodie tk turunkan. Duduk sebelah pintu mestilah org lain rasa takut kut. |
|
|
|
|
|
|
|
Sikit2 rasis. kalo kompeni airline tu pandai, ko buat lah stetmen mamat khabib tu yg sebenarnya misogynistic. mentang2 pompuan bg arahan, dia buat bodoh jah. two ppl can play that label game, beetch. pening kepala terpaling liberal woke brigade dlm social media nak support siapa.
"Racism isn't dead, but it is on life support - kept alive by politicians, race hustlers and people who get a sense of superiority by denouncing others as 'racists'" - Thomas Sowell |
|
|
|
|
|
|
|
pernah ada pengalaman duduk kat seat biasa tapi peramugari tu minta aku dan kawan aku pindah ke seat di pintu kecemasan sebab passanger asal adalah kanak-kanak. lepas tu kami peramugari tu terangkan kat kami pasal langkah2 masa emergency untuk handle pintu kecemasan. jadi aku spekulate yang passenger in question ni buat senyap je semasa ditanya oleh cabin crew ni adalah sebab kenapa dia diminta untuk pindah atau leave the plane. kalau itu adalah cerita sebenarnya, maka tu bukan rasis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Netizen meleise tak serang ka socmed airline ni pledge boikot. Jangan lupa konar ke Palestine, mesti boleh punya. |
|
|
|
|
|
|
|
tp aku baca ada sorang karen dok melalak kt flight attendance pertikai awat dia dok seat emergency dok provok dia dia acted calm saja lg la karen tuh mendidih
|
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 14-1-2025 09:15 AM
Iols rasa mmg kes rasis cum safety. Dengar kat video tu perempuan tu kata org tak comfortable. Ye ...
Jangan kan omputih aku yang tak berapa nak putih ni pun tak nak satu flight dgn pax yang ada aura taliban tambah pula musim2 kapal accident ni. Bukan masa untuk bersangka baik.
Pernah naik satu flight ke Guangzhou siap ada marshall aku saspek sebab ada 2-3 pax muka macam terrorist dalam flight tu. Nasib baik selamat
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada video yg lain ke? Khabib kata flight attendant tu rude, aku tgk video dia ckp tone biasa jer....
Ke ada scene lg sblom tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 14-1-2025 11:09 AM
Netizen meleise tak serang ka socmed airline ni pledge boikot. Jangan lupa konar ke Palestine, mesti ...
Sibuk boycott airlines yg x lalu mesia mcm boycott starbucks mekdi ujung2 sbb tak mampu. |
|
|
|
|
|
|
|
apa kaitan dengan nurakazen sini acah terpaling tersakiti lak ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 si khabib tu pun macam laha perangaiii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kan... first of all. Airline tu rasanya xde pun dtg msia...
And yg sibuk nak boikot tu minimum chance je akan naik airline tu pun...
Kt US byk lg airline lain....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|