View: 9464|Reply: 13
|
Dah lama kahwin belum ada anak-Julia Farhana dan Che Hafiz dianggap amal konsep child free?
[Copy link]
|
|
Sebagai seorang wanita yang sudah berkahwin, pelakon Julia Farhana akui turut mempunyai keinginan untuk memiliki zuriat sendiri.
Namun kata Julia atau nama lengkapnya Julia Farhana Marin, 31, dia dan suami, Dr Che Hafiz merancang untuk mendapatkan zuriat apabila betul-betul bersedia.
“Saya merancang untuk sambung belajar ke peringkat Master dan seterusnya PHD. Jadi tempoh untuk saya tamat belajar mengambil masa dalam empat tahun.
“Saya juga akan terlibat dalam penggambaran drama. Suami saya pula akan bergelar doktor pakar tidak lama lagi. Jadi kami akan sama-sama sibuk.
“Jadi soal anak memang kami merancang. Sambung belajar sangat-sangat memenatkan,” katanya ketika ditemui di Anugerah Nona Superwoman 2024 baru-baru ini.
Tambah Julia lagi, dia tidak mahu orang salah anggap bahawa dia dan suami mahu mengamalkan konsep ‘child free’.
“Tidak pernah terlintas sama sekali untuk mengamalkan konsep sebegitu. Saya seorang yang sangat teruja untuk menjadi seorang ibu. Tetapi seperti yang saya katakan sekarang ini bukanlah waktu yang sesuai.
“Saya pernah terkena jangkitan Influenza A sewaktu di Italy baru-baru ini. Ketika itu saya terfikir macam mana kalau saya hamil. Pasti akan merisikokan bayi saya.
“Ketika itu saya sedar saya perlu lakukan setiap perkara satu persatu. Demi menjaga kestabilan kesihatan saya dan juga suami kerana dia juga akan sibuk dengan tugasnya sebagai seorang doktor,” kongsinya.
Untuk rekod Julia dan Dr Che Hafiz berkahwin pada Disember 2022. Dr Che Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan Lufya dan memiliki seorang anak perempuan, Laana Haura, 7.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Lain maciam senyuman doktor bila berbinikan Julia. |
|
|
|
|
|
|
|
Ntahla nokks...kang ko beranak yg sana bikin drama pulak. Nak kumpul duit 1 juta lagi. Tapi nampak cam ok je doc ni ngan julia. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah besar anak ngan Lufya ya
7 tahun dah |
|
|
|
|
|
|
|
Japgi yg sorang tu ada up citer baru ah |
|
|
|
|
|
|
|
Bakalan jadi doktor pakar apa?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah taknak, sampai bebila pun tak ready. Ikut korang lah |
|
|
|
|
|
|
|
Anugerah nona superwomen ni kena bayar x mcm anugerah ntah apa2 yg lain tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Nothing wrong with being child-free pun. Tapi kalau nak tunggu sampai ‘ready’, you will never be ready lah. |
|
|
|
|
|
|
|
uda replied at 14-1-2025 06:07 PM
Pakar aesthetic lah.
Banyak permintaan. Senang buat duit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dr ni jenis kedekut kot. Pakaian simple,pakai bmw buruk yg confirm2 tiap2 bulan akan rosak. Hehehe.. klinik he bawah rumah iols jekk, xpenah ade org pun kliniknyeee. X sure mcm mn he survive dgn sewa+baya gaji staf.. mungkin bisnes JV. |
|
|
|
|
|
|
|
enot_sibudak replied at 13-1-2025 11:34 PM
Anugerah nona superwomen ni kena bayar x mcm anugerah ntah apa2 yg lain tu?
Aiols speku almost 100% anugerah ni berbayar sis.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|