View: 4381|Reply: 7
|
Puteri Aishah dah tak utamakan jaga bentuk badan, yang penting susu cukup untuk anak
[Copy link]
|
|
Agak lama menyepikan diri sejak melahirkan cahaya mata setahun lalu, pelakon Puteri Aishah kembali mencuri perhatian apabila ramai kagum dengan penampilannya yang persis anak dara.
Rendah diri dengan tanggapan masyarakat, Puteri Aishah, 31, berkata, dia juga tidak terkecuali mengalami perubahan fizikal selepas melahirkan cahaya mata.
Perubahan itu juga katanya adalah bersifat sementara dan yakin setiap wanita mampu mengembalikan bentuk tubuh mereka jika dijaga dengan baik.
"Siapa kata saya maintain? Saya pun ada baju tak muat dan terpaksa beli pakaian baru.
"Jangan risau ibu-ibu semua, sekejap sahaja kita berisi, nanti lagi setahun dua kita kurus balik okay?
"Sekarang ini kita enjoy sahaja dengan badan berisi sebelum kurus. Hehe! Anak-anak dan suami pun akan suka peluk, best apa?," katanya.
Puteri Aishah berkongsi perkara itu bagi menjawab soalan diajukan pengikut media sosial di ruangan Instastory miliknya.
Menerusi perkongsian itu, ramai bertanya kepada Puteri Aishah bagaimana dia mampu mengekalkan bentuk tubuh menawan selepas melahirkan anak pertama.
Kongsi Puteri Aishah, bentuk tubuh dimilikinya bukan ukuran terbaik pernah dimilikinya sebelum ini.
Tambah pula, aktres berkenaan kini masih lagi menyusu badan kepada anak lelakinya iaitu Muhammad Faliq.
"Sejujurnya, ini bukan bentuk badan saya yang terbaik. Saya sedang menyusukan anak, tak jaga sangat diet tetapi saya makan secara sederhana.
"Saya makan untuk susu banyak, bila susu banyak Faliq (anak) pun kenyang dan gembira. Bila dia gembira, mommy pun gembira juga," ujarnya.
Untuk rekod, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Muhammad Firdaus pada November 2021.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Faliq yang dilahirkan pada 4 April tahun lalu.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
lawanya...teringt pulak masa couple dgn abg long tu. nasib tk bejodohan. |
|
|
|
|
|
|
|
Lain pulak nmpk lakinya
Anak dia bambam betul..mesti cerdik..hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Pinggang dia strict, takde shape.bila pkai baju tight nmpk pelik. |
|
|
|
|
|
|
|
*straight
Strict tu untuk sifat orang, atau peraturan.
Hihihi, sama2 kita belajar.
|
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 13-1-2025 09:28 PM
*straight
Strict tu untuk sifat orang, atau peraturan.
Tq yang
Nah munger
Guna automatic keyboard terus click je
|
|
|
|
|
|
|
|
kau nak komplen pinggang org, ejaan pun tak betul. Sedih haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana lakinya yg dulu ramai puji hensem mcm model?
Bambam mokmok anak dia. Sihat betul. |
|
|
|
|
|
|
| |
|