Pempengaruh media sosial yang juga seorang pelakon, Aya Amiruddin memaklumkan bahawa sama sekali tidak akan memutihkan kulitnya kerana itu merupakan satu keunikan yang ada pada diri.
Sebaliknya, dia sangat berbangga dengan darah campuran Melayu Pulau Pinang di sebelah ibu dan Nigeria sebelah bapa yang dimilikinya. Aya, 26, itu juga meluahkan rasa bersyukur selepas kehadirannya dalam industri hiburan diterima baik rakyat Malaysia. "Saya tak akan sesekali putihkan kulit kerana bagi saya itulah keunikan saya. Orang lain tiada benda ini. "Kalau kulit saya dah sama dengan orang lain, ia tiada beza. Cuma kalau nak kurus, kita tengoklah macam mana nanti. "Alhamdulillah, tak sangka orang boleh terbuka hati begini terima saya. Mula-mula dulu rasa tak yakin juga bolehkah orang terima saya? Tambahan pula kat Malaysia dah ada standard kecantikan untuk artis," katanya. Bercakap mengenai kecaman, Aya akui dirinya juga tidak boleh lari dengan perkara itu namun baginya masih tidak keterlaluan. Dia juga sama sekali tidak terfikir untuk mengambil tindakan undang-undang seperti saman dan sebagainya terhadap segelintir wargamaya yang memberikan kata-kata kecaman tersebut. "Body shaming itu sentiasa ada tapi dari saya dari kecil memang dah biasa dan tahu nak kendalikan benda-benda begini. Jadi ia tidak beri kesan besar buat saya. "Rasanya semua orang ada pendapat masing-masing dan tak perlulah saya nak ambil tindakan.
"Tapi kalau melampau sangat sampai jadi ancaman kepada diri sendiri dan keluarga itu lainlah. "Kalau setakat cakap-cakap mulut nak kata saya gemuk, lantaklah. Banyak benda lagi saya nak fikir," katanya. Sumber: Harian Metro |
Kurex replied at 25-12-2023 05:18 PM
Kau sape.. who are yous
jargon replied at 25-12-2023 11:20 PM
Lg sorg vanessa tu pon nigga jgk kan
bintangct replied at 26-12-2023 12:40 AM
bole ke putih kalo dh mix african????
org putih / cina ke / yg kulit putih la mix african ada je yg ...
bintangct replied at 26-12-2023 12:41 AM
vanessa tu chindian
dia ni pun unik la mcm aya ni gak
wirazam replied at 26-12-2023 12:47 AM
Zmn skrg nih .boleh je...either kena ada bykkk duit dan rajin je...
..siap aii teringat teka teki ...
wirazam replied at 26-12-2023 12:52 AM
Ada sorang lagik bakal retis..tapi dia mmg org Black betul...rasanya mai mesia utk belajar kot..t ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-4-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.088255 second(s), 64 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.