CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Netizen Puji Vokal Anak Liza Hanim, Saran Masuk Famili Duo

24-12-2023 09:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 26729| Komen: 17

Description: Kehebatan vokal Liza Hanim memang tak perlu dipertikaikan lagi tetapi baru-baru ini anak sulungnya, Marsya Qistina pula mencuri perhatian ramai.Semuanya apabila tular video Liza dan Marsya membuat per ...
Kehebatan vokal Liza Hanim memang tak perlu dipertikaikan lagi tetapi baru-baru ini anak sulungnya, Marsya Qistina pula mencuri perhatian ramai.

Semuanya apabila tular video Liza dan Marsya membuat persembahan secara duet di majlis konvokesyen sebuah universiti di ibu negara.



Dalam persembahan tersebut, dua beranak itu mendendangkan lagu Cinta nyanyian asal Melly Goeslaw dan Kris Dayanti.

Lontaran vokal anak-beranak itu cukup padu dan mampu menyanyikan nada tinggi dengan baik.

Disebabkan itu, ramai netizen mahu Liza menyertai pertandingan Famili Duo tahun depan. 


“Kalau macam ini, bolehlah serta Famili Duo musim keempat. Pasti juara!

“Tak sangka anak Liza memiliki bakat sama hebat sepertinya. Keluarga berdarah seni, vokal pun sama mantap,” puji netizen.


Bagaimanapun, itu bukanlah kali pertama Liza Hanim berpadu suara dengan anaknya. Sebelum ini, penyanyi itu juga pernah menyampaikan lagu Beribu Sesalan bersama dua anak gadisnya.

Marsya juga pernah berganding dengan Liza Hanim menerusi lagu Cinta dalam program Konsert Minggu Ini.


Sumber: HibGlam


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 24-12-2023 09:51 PM
X pyh la lisa ko kena kritik dgn juri yg x berilmu n ko nynyi pun sdap dari dia
Quote imanjannah 24-12-2023 10:30 PM
sedap suara akak Liza ni
Quote dua_chzy 24-12-2023 10:32 PM
Nak dengar hacik Liza nyanyi lagu ni now. Rasanya suara sheol makin sedap sekarang berbanding dulu. Lebih hada weight gitew.

[youtube]GtuNsl2yfN8?si=Jh8rLKmJ1qg7fWOK[/youtube]
Quote imransulaiman 24-12-2023 11:14 PM
Sedap naturally.. Tapi lebih baik hantar dulu anak-anak kelas vokal untuk breath control. To me Cikgu Siti Hajar is the best guru vokal. Masa dia ajar budak-budak AF dulu, indirectly saya pun banyak dapat ilmu
Quote MisXoXo 25-12-2023 06:58 AM
Tak yaahlah masuk.kang netz hina anak2 ko .kesian durang.hbskan study dn masuk uni.jdkan nyanyian ni hobi ajalah
Quote Kurex 25-12-2023 08:47 AM
Dah besar dah budak ho ho ho lik ni
Quote sleepandream 25-12-2023 12:02 PM
bolat gebu mcm umairah yachh
Quote swimswim 25-12-2023 12:29 PM
Sedap liza tarik
Quote doubleA 25-12-2023 01:41 PM
Masuk la ceria pop star dulu ke macam zaki yamani tu. Nampak marsya ni saing2 umairah pula, mujur umairah bukan anak tokti kalau tak, tak pasal jadi rival oleh jonah
Quote nooriesz 25-12-2023 02:42 PM
emmm xyh laa.. mulut neti ni jahattt.. kesiannn
Quote one_aiman 25-12-2023 07:27 PM
xyah la masuk famili duo tu..rosak reputasi penyanyi bila yg diangkat pelawak yg suka raih simpati
Quote airmineral 26-12-2023 10:17 AM
Sedap la juga drpd cadar..

Tp better cari kerjaya lain, nyanyi ni sampingan xpe la..
Quote Bonger 26-12-2023 02:43 PM
Jadi cikgu je lah dikk...Jadikan menyanyi sebagai hobi jee ...
Quote kakakgarang 26-12-2023 03:18 PM
bo bo bo bolik
Quote Sazreena 26-12-2023 04:21 PM
Suara dah ada tapi baik ko siapkan muka dan badan juga. Tau je la netizen ni. Penampilan diutamakan, suara dikendiankan.
Quote royaldanish 26-12-2023 09:27 PM
tak yah.. sekolah je pepandai cari kerja bagus. mulut netz berbisa takut tak tahan
Quote theotherfriend 27-12-2023 02:27 PM
off topic: boleh tak jangan pakai kuku pelsu kutex macam tu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.173357 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top