CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nordiana Nak Duet Lagi Dengan Ifan Seventeen

24-12-2023 08:46 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 26959| Komen: 20

Description: Pelakon dan penyanyi Siti Nordiana Alias atau Nana, 39, bersikap terbuka melihat peluangnya untuk berduet lagu baharu dengan penyanyi Indonesia, Ifan Seventeen sebagaimana yang diharapkan peminat masi ...
Pelakon dan penyanyi Siti Nordiana Alias atau Nana, 39, bersikap terbuka melihat peluangnya untuk berduet lagu baharu dengan penyanyi Indonesia, Ifan Seventeen sebagaimana yang diharapkan peminat masing-masing.


Ia berikutan, persembahan duet mantap antara mereka ketika menyanyikan lagu Kemarin pada persaingan akhir kemuncak All Stars Gegar Vaganza (ASGV) baru-baru ini, sekali gus menarik perhatian ramai di media sosial.


Nana berkata, apa yang terbaik untuk karier nyanyiannya dengan sambutan positif daripada peminat hiburan kedua-dua negara jiran, membuatkan dia sedia untuk mempertimbangkan urusan bekerjasama.

"Bagi saya, kalau ia satu peluang yang baik dan ada pula rezeki (bekerjasama), memang sangat dialu-alukan kerana dapat juga mengeratkan hubungan antara negara, Malaysia dan Indonesia.

"Lagi pula, sebelum ini saya sebenarnya pernah berduet dengan penyanyi senior berpengalaman Indonesia, Dedi Dores untuk lagu Biar Seperti Bidadari pada 2013 lalu.


Jadi, kalau dapat pula peluang dan rezeki rakamkan lagu duet dengan Ifan (Seventeen), ia mungkin salah satu cara untuk saya cuba nasib melebarkan karier seni ke Indonesia bagi mencari peminat-peminat baharu di sana," katanya kepada Harian Metro.

Di acara ASGV lalu, meskipun Nana tewas dan harus berpuas hati berada di tangga kelapan, namun kebanyakan peminatnya bangga dengan persembahan duet lagu Kemarin bersama Ifan itu.

Rata-rata peminat Nana, termasuk warga maya menyifatkan penyanyi lagu Gurauan Berkasih itu 'kalah' bermaruah apabila mampu membuat persembahan yang mantap bagi menghiburkan penonton.


Mengulas mengenai Ifan, ibu tunggal seorang anak lelaki ini berkata, dia tidak menyangka mereka dapat bekerjasama dengan baik dan profesional untuk menyanyikan lagu Kemarin berkenaan.

"Saya melihat Ifan juga mempunyai pengaruh yang tersendiri di Indonesia, termasuk cara nyanyian yang mantap. Syukur sangat apabila kami dapat membentuk keserasian dengan cepat dalam nyanyian.

"Apapun, macam yang dikatakan saya sentiasa terbuka untuk bekerja dengan mana-mana penyanyi sama ada lelaki atau wanita asalkan peminat-peminat saya selesa dan gembira," katanya.

Sementara itu, Ifan menerusi komen ditulisnya di Instagram Nana, tidak keberatan untuk mereka merakamkan lagu duet bersama.

"Kalau Allah mengizinkan, kita buat duet yukkk," tulisnya.

Nana yang cukup dikenali sebagai pasangan duet kepada Allahyarham Achik Spin, difahamkan membuat latihan terhad kira-kira dua hari bersama Ifan untuk menyanyikan lagu Kemarin yang semua tahu mempunyai kisah tragis tersendiri.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penmerah 24-12-2023 09:12 PM
Yezza
Peminat irfan + kemarin hadir
Punyalah sedap duet nana dan irfan haritu
Tq membawakan lagu kelmarin yg Sgt best itu hari

Moga maju jaya nana dan irfan

Quote habisnamadahni 24-12-2023 10:28 PM
semoga nana terus succes
Quote DeLuna85 25-12-2023 12:06 AM
Nana nana… risau ada yang makin makan hati
Quote LaskarHijayu 25-12-2023 07:29 AM
Terus kedepan nana. Lupakan 5 sekawan hanets tu. Biarkan mereka terus mengumpat sbb mereka takde job. Yg dah nyanyi solo tu buat show kat lotus kajang je  mampu
Quote genUmi 25-12-2023 07:35 AM
all the best Nana
Quote zehra2 25-12-2023 11:53 AM
kalo ada peluang apa salah mya
Quote selipar_hijau 25-12-2023 11:58 AM
Go nana! All the best for you
Quote miracle_forever 25-12-2023 12:18 PM
masa dgr live, suara ifan mcm tak berapa masuk sgt maybe sbb key ditinggikan utk suits suara nana. tapi bila dgr kat youtube sedap je. mmg boleh layan byk kali. so go Nana… buat new duet with Ifan
Quote noor2 25-12-2023 02:32 PM
Nana ni artis yg baik...moga nana mendunia ..
Quote BomBoLoniS 26-12-2023 10:34 AM
go nana semoga makbul hasrat meremang dengar nana duet ngan ifan... tengok byk kali pun xjemu
Quote izat123 26-12-2023 10:45 AM
Walaupun kalah, duet dia dia dengan Ifan tu yang trending kat Tiktok dengan Youtube. Kat tiktok berjuta orang views, kat Youtube trending top 10 sampai lebih seminggu haha.
Quote laksmanabentan 26-12-2023 10:47 AM
woww sesuai sgt tu... suara nana pun international tuh.... power la....
Quote buragazz 26-12-2023 12:01 PM
Sementara itu.. terdapat kejadian dimana 5 individu berdaghah hidung secara tiba setelah membaca kenyataan ini..
Quote jlo 26-12-2023 12:03 PM
u gooo girl
Quote marchikobonzo 26-12-2023 01:30 PM
buragazz replied at 26-12-2023 04:01 AM
Sementara itu.. terdapat kejadian dimana 5 individu berdaghah hidung secara tiba setelah membaca ken ...

Berdaghah hidung berjemaah secara langsung tak?
Quote deebiz14 26-12-2023 01:33 PM
Go go go NANA!! Teruskan mendunia...
Quote asma87 26-12-2023 01:50 PM
izat123 replied at 26-12-2023 10:45 AM
Walaupun kalah, duet dia dia dengan Ifan tu yang trending kat Tiktok dengan Youtube. Kat tiktok berj ...

Video nana je paling ramai viewers kat mana2 sosmed sepanjang gvAs ni. Sbb fanz nana paling ramai . Followers fc nana lagi ramai dari followers fc ctzoners hokay...
Quote buragazz 27-12-2023 05:03 PM
marchikobonzo replied at 26-12-2023 01:30 PM
Berdaghah hidung berjemaah secara langsung tak?

Ada.. sambil kesat2 hidung dengan tisu tik tok.. bukan hidung je telinga mata dan segala anggota yang berongga..
Quote Mary_jane 28-12-2023 07:00 PM
First time i dengar lagu nana duet dengan deddy dores ni. Jom dengar.
[youtube]jNkDfOpxmEg?si=xWEQ_J2SIabJHoY-[/youtube]


Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.053721 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top