Mengulas mengenai Ifan, ibu tunggal seorang anak lelaki ini berkata, dia tidak menyangka mereka dapat bekerjasama dengan baik dan profesional untuk menyanyikan lagu Kemarin berkenaan.
"Saya melihat Ifan juga mempunyai pengaruh yang tersendiri di Indonesia, termasuk cara nyanyian yang mantap. Syukur sangat apabila kami dapat membentuk keserasian dengan cepat dalam nyanyian.
"Apapun, macam yang dikatakan saya sentiasa terbuka untuk bekerja dengan mana-mana penyanyi sama ada lelaki atau wanita asalkan peminat-peminat saya selesa dan gembira," katanya.
Sementara itu, Ifan menerusi komen ditulisnya di Instagram Nana, tidak keberatan untuk mereka merakamkan lagu duet bersama.
"Kalau Allah mengizinkan, kita buat duet yukkk," tulisnya.
Nana yang cukup dikenali sebagai pasangan duet kepada Allahyarham Achik Spin, difahamkan membuat latihan terhad kira-kira dua hari bersama Ifan untuk menyanyikan lagu Kemarin yang semua tahu mempunyai kisah tragis tersendiri.
Sumber: Harian Metro