CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Berjubah, Berkopiah Kena Cekup 'Pancing' Duit Tabung Masjid

25-12-2023 04:20 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5798| Komen: 5

Description: Tumpat: Lelaki berjubah dan berkopiah dicekup orang awam ketika leka 'mengail' wang dari tabung masjid di Kampung Kubang Batang, di sini, tengah malam tadi. Lelaki itu menggunakan batang besi yang dip ...

Tumpat: Lelaki berjubah dan berkopiah dicekup orang awam ketika leka 'mengail' wang dari tabung masjid di Kampung Kubang Batang, di sini, tengah malam tadi.

Lelaki itu menggunakan batang besi yang dipasang pelekat sebelum memasukkannya ke dalam lubang tabung seterusnya berjaya mengeluarkan beberapa not dari tabung itu.

Menurut ahli jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan, Zulkifli Abdullah, 58, lelaki itu tiba di Masjid Ar-Rahman, di sini kira-kira 12 tengah malam sebelum memarkir keretanya di ruang belakang perkarangan masjid.



Katanya, lelaki itu kemudiannya masuk ke dalam masjid dengan mengopak pintu yang berkunci sebelum terus mendekati tabung pengurusan yang berada di ruang solat lelaki.

"Sebenarnya sudah banyak kali berlaku kecurian wang tabung pengurusan masjid ini dan setiap kali melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ia dilakukan orang serta waktu yang sama.

"Kejadian terakhir adalah minggu lalu jadi kami AJK masjid mengambil keputusan untuk membuat persediaan dengan menunggu di bilik yang menempatkan monitor CCTV.

"Jangkaan kami tepat apabila melihat lelaki yang sama seperti beberapa kejadian sebelum ini dan kami biarkan dia 'mengail' dengan batang besi yang dipasang pelekat itu beberapa ketika sebelum menangkapnya," katanya ketika ditemui di Masjid Ar Rahman di sini, hari ini.

Zulkifli berkata, lelaki berusia 34 tahun itu cuba melawan dan berlaku sedikit pergelutan ketika diberkas lima AJK masjid terbabit namun berjaya dikawal sebelum pihak polis dihubungi.

Katanya, wang yang berjaya dipancing tengah malam tadi hampir RM500 dan berdasarkan pengakuan dari lelaki itu sendiri memberitahu sekitar amaun itu juga yang diperoleh dalam beberapa kecurian sebelum ini.

"Dia juga memberitahu sudah banyak kali singgah di masjid ini pada waktu malam dan turut mengenali beberapa kariah lain sambil mendakwa hadir untuk solat tahajud.

"Lelaki itu beralamat di Melor, Kota Bharu dan ketika pergelutan tengah malam tadi juga terdapat sejumlah wang tunai yang agak banyak bersamanya sambil mendakwa ia adalah wang perniagaannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Amran Dolah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (KK).


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adizero11 26-12-2023 08:14 AM
Rakyat terdesak pancing duit tabung utk survive, ahli politik pancing undi utk berkuasa dan kaya raya..antara dua darjat yg berbeza..huhu
Quote apech 26-12-2023 09:02 AM
adizero11 replied at 26-12-2023 08:14 AM
Rakyat terdesak pancing duit tabung utk survive, ahli politik pancing undi utk berkuasa dan kaya ray ...

Terdesak menda gemuk mcm tu.
Quote shalke09 26-12-2023 05:54 PM
tengok tiktok penyamun ni kemain bergaya hidup mcm org ada2,dngan superbike bagai tp tk sangka penyamun.
Quote Skuau 26-12-2023 08:30 PM
apech replied at 26-12-2023 09:02 AM
Terdesak menda gemuk mcm tu.

taktau pulok orng kurus jer yg terdesak...
Quote B40tastePosh 26-12-2023 08:38 PM
Wang perniagaan hasil memancing

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.048651 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top