CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Restoran Hidang Menu Daging Kucing Ditutup Selepas Lima Tahun Beroperasi

25-12-2023 11:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4| Komen: 2

Description: Hanoi: Pemilik sebuah restoran di Vietnam yang menyembelih lebih 300 ekor kucing sebulan untuk dijadikan hidangan sup dan pelbagai masakan lain kepada pelanggan akhirnya membuat keputusan menutup prem ...

Hanoi: Pemilik sebuah restoran di Vietnam yang menyembelih lebih 300 ekor kucing sebulan untuk dijadikan hidangan sup dan pelbagai masakan lain kepada pelanggan akhirnya membuat keputusan menutup premis tersebut.


Pham Quoc Doanh, 37, mengusahakan restoran Gia Bao di wilayah Thịnh Dan Wad di ibu kota wilayah timur laut Thai Nguyen selama lebih lima tahun.


ANGGOTA HSI mengeluarkan kucing-kucing yang dikurung di restoran Gia Bao di Thai Nguyen, Vietnam.-AGENSI

Bagaimanapun papan tanda terpapar slogan ‘daging kucing istimewa’ dengan gambar kucing hitam bermata besar di luar kedai makan yang begitu popular di Quang Trung Street itu kini dilaporkan sudah diturunkan.


Memakan kucing adalah perkara biasa di Vietnam kerana ramai penduduk percaya daging haiwan itu boleh meningkatkan kesihatan dan mengelak jangkitan Covid-19.


“Sebelum menjual daging kucing di restoran ini, saya menyediakan makanan dan minuman biasa yang lain.


“Bagaimanapun, pendapatan itu tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup saya sekeluarga. Ketika itu saya cuba menjual daging kucing kerana tidak ada restoran lain yang menyediakan hidangan itu di kawasan ini.


“Tetapi saya mula berasa kasihan melihat kucing-kucing itu menderita semasa disembelih. Sebelum ini saya lakukan semua itu semata-mata kerana ingin menjana wang untuk keluarga saya,” kata Doanh.


Doanh dilaporkan menghubungi Humane Society International (HSI), sebuah kumpulan hak asasi haiwan yang memulakan kempen menentang perdagangan daging kucing di Vietnam sejak tahun lepas.


Lelaki itu membuat keputusan menyertai program Models for Change oleh HSI yang menawarkan insentif kewangan kepada pemilik restoran untuk menutup premis mereka dan beralih kepada mata pencarian lain.


Semua haiwan yang dikurung di premis berkenaan juga diserahkan untuk dihantar ke pusat penjagaan veterinar.


“Kami sangat teruja untuk menutup perniagaan perdagangan daging kucing pertama kami di Vietnam dan berharap lebih ramai orang berpaling daripada perdagangan kejam ini,” kata Pengurus Program HSI Vietnam, Quang Nguyen.


Sumber: Kosmo! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote missyL 26-12-2023 07:42 PM
X susah ke prep dgg kucing.
Bulu2 tu byk sgt.
Rajin beno
Ade sebarang khasiat ke
Arnab pn x lalu nk mkn ni kn kucing
Quote Buritan 26-12-2023 09:21 AM
Cmn depa mkn anjing kucing.. tak lalu.. aku tgk anjing tuu wpun dia haram tp dia comel.. cannot cannottt

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.037468 second(s), 21 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top