CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pusat Hiburan Dilindungi Ahli Kongsi Gelap Diserbu

25-12-2023 12:11 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7917| Komen: 5

Description: Kuala Lumpur: Upah ahli kongsi gelap sebagai ‘bouncer’ dan menjadikan pusat hiburan sebagai lokasi berkumpul dan berhibur.Perkara itu dibongkar susulan serbuan sepasukan polis dari unit Bahagian Pen ...
Kuala Lumpur: Upah ahli kongsi gelap sebagai ‘bouncer’ dan menjadikan pusat hiburan sebagai lokasi berkumpul dan berhibur.

Perkara itu dibongkar susulan serbuan sepasukan polis dari unit Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) JSJ Bukit Aman terhadap enam buah pusat hiburan menerusi Op Noda di sekitar Selangor dan ibu negara, Jumaat lalu.



Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataan berkata, serbuan dilakukan Bahagian D7 bermula pukul 9 malam.

“Op Noda Pusat Hiburan ini berjaya menangkap 21 orang terdiri daripada warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan, pengurus dan pekerja am.

“Dua ahli geng kongsi gelap bersama seorang dikehendaki juga antara yang ditahan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.

Tambah kenyataan itu, hasil saringan air kencing juga mendapati empat individu yang ditahan positif dadah jenis methamphetamin dan ketamin.


Ujarnya, modus operandi pusat hiburan ini ialah berselindung di sebalik perniagaan berkonsepkan ‘open pub and club’ serta beroperasi di deretan bangunan rumah kedai dipercayai cuba untuk mengelirukan pihak berkuasa.

“Premis hiburan ini juga telah menggunakan khidmat ahli kumpulan kongsi gelap sebagai ‘bouncer’ selain menjadikan premis sebagai lokasi kumpulan kongsi gelap berkumpul dan berhibur,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan Imigresen 1963, Akta Eksais 1976, Akta Pertubuhan 1966 dan Akta Dadah Berbahaya 1952. 


Sumber: Kosmo! Online




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 25-12-2023 12:17 PM
"apa salah ..kita kafir olang boleh mabuk,joget maaaa"-mintili joget lor
Quote Belibis 25-12-2023 01:30 PM
Pusat hiburan dilindungi oleh kongsi gelap.kongsi gelap dilindungi pulishhh.pulish dilindungi menteli papadom..setel .
Quote selipar_hijau 25-12-2023 02:20 PM
Comel je nama Ops Noda
Quote _blackbird 25-12-2023 03:00 PM

nasib bukan ops i did it again


Quote adizero11 26-12-2023 08:01 AM
Kongsi kelab kabel tak kuat ni..tak pun culas bayar "ufti'' laa tu...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:06 PM GMT+8 , Processed in 0.044781 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top