CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Lori Himpit Kereta Persona Di Jerantut Dicari

24-12-2023 09:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 24544| Komen: 0

Description: Jerantut: Polis mengesan seorang pemandu lori dan pemandu sebuah kereta dalam kejadian yang tular di media sosial dipercayai di Batu Jalan Jerantut -Benta (arah Jerantut) di sini hari iniKetua Polis D ...
Jerantut: Polis mengesan seorang pemandu lori dan pemandu sebuah kereta dalam kejadian yang tular di media sosial dipercayai di Batu Jalan Jerantut -Benta (arah Jerantut) di sini hari ini

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azman Mat Kamis berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berurasi 52 saat itu pukul 8.30 pagi hari ini menyaksikan sebuah lori dipandu secara berbahaya menghimpit sebuah kereta jenis Proton Persona.


“Kejadian tersebut dirakam seorang pengguna jalan raya yang berada di lokasi. Hasil siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di Batu Satu, Jalan Jerantut – Benta (dari arah Jerantut).

“Kedua-dua pemandu yang dirakamkan menerusi video tersebut tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini bagi membantu siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Menurut Azman, kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan.


“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu pihak polis dengan hadir ke BSPT atau terus menghubungi menerusi talian 09-2666889,” ujarnya. 



Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.035037 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top