CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Bayar Isteri RM1.39 Juta Setiap Kali Hamil

24-12-2023 08:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 24928| Komen: 4

Description: London: Seorang wanita mendedahkan bahawa suaminya berjanji untuk membayar ‘elaun’ sebanyak AS$300,000 (RM1.39 juta) sebelum dia bersetuju untuk hamil, lapor portal berita MailOnline kelmarin.Soudi ...
London: Seorang wanita mendedahkan bahawa suaminya berjanji untuk membayar ‘elaun’ sebanyak AS$300,000  (RM1.39 juta) sebelum dia bersetuju untuk hamil, lapor portal berita MailOnline kelmarin.


Soudi Al Nadak, 26, dari Sussex, Britain mendirikan rumah tangga bersama suaminya, yang merupakan seorang jutawan, Jamal Al Nadak.


Mereka kini tinggal di Dubai dan sudah berkahwin selama tiga tahun.

Dalam video yang dimuat naik di akaun TikTok @soudiofarabia baru-baru ini, Soudi bercakap mengenai kehamilannya.

“Sebelum saya hamil, ini semua adalah perkara yang tidak boleh dirunding,” katanya yang merujuk kepada syarat-syarat kehamilan.

Soudi menjangkakan akan dibayar elaun setiap kali hamil serta akses penuh kepada kad kredit suaminya jika dia memerlukannya.

Dia memberitahu pengikut-pengikutnya di media sosial: “Jelas sekali, saya akan mempunyai akses penuh kepada kad suami jika berlaku kecemasan. 


“Saya juga menjelaskan kepada Jamal bahawa jumlah ini adalah untuk setiap bayi. Ini bermaksud untuk seorang, ia akan menjadi AS$300,000 dan untuk dua bayi, nilainya sebanyak AS$600,000 (RM2.79 juta).”


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosmahisham 24-12-2023 09:39 PM
Perghhh untung lahhh..beranak je tiap tahun. Paw je duit laki ko yg jutawan tu.. pasti dicurangi 1 hari nanti..
Quote jazaa100 25-12-2023 12:08 AM
Beranak setahun 2x.....
Quote intan244 25-12-2023 11:38 PM
vtt dia ni selalu lalu fyp meols xtau asal.
kelakar tau, genre: comedy.
Quote mamajawie 26-12-2023 10:59 AM
soudi ni lagi..untung la chuollss tapi aku x de la nak kawen dengan orang arab sana..sombong nak mampos mentang2 kaabah n masjidil haram dekat sana feeling molia sangat

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.043262 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top