CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya Tidak Boleh Haramkan Rokok – Dr. Dzulkefly

24-12-2023 09:04 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 25193| Komen: 13

Description: Klang: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad secara berseloroh memaklumkan beliau bukan mufti yang boleh mengeluarkan kenyataan mengharamkan penggunaan rokok di negara ini.Sebaliknya, kata ...
Klang: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad secara berseloroh memaklumkan beliau bukan mufti yang boleh mengeluarkan kenyataan mengharamkan penggunaan rokok di negara ini.

Sebaliknya, kata Dr. Dzulkefly, sebagai menteri bidang kuasa beliau adalah menguatkuasakan pengunaan rokok demi kepentingan kesihatan rakyat Malaysia.



“Saya hanya menguruskan supaya rokok dan asap (rokok) tidak terkena kepada kumpulan sasaran yang tidak merokok.

“Saya bertanggungjawab untuk memastikan individu yang tidak merokok juga mendapat hak mereka, iaitu dilindungi daripada asap rokok,” katanya ketika ucapan penggulungan dalam Konvensyen Nasional Amanah 2023 di sini hari ini.

Beliau mengingatkan bahawa amalan merokok tidak memberi manfaat kepada kesihatan, selain ramai meninggal dunia akibat kesan daripada amalan tersebut.

Dalam pada itu, Dzulkefly memaklumkan bahawa kerajaan tidak meneruskan cadangan untuk memperkenalkan Generasi Penamat Rokok (GEG) seperti yang dipersetujui sebelum ini.



Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 25-12-2023 11:29 AM
Sbb hasil tax masyukkk billion2 punya pasal ko x nak sekat import/
haramkan rokok........ketum blh plk ko haramkan.......
Quote MissYouSayang 25-12-2023 11:45 AM
Muntri lembikk
Quote Orangkaya99 26-12-2023 10:57 PM
yr lah.. die bukan mufti.. tp bagus la die buat sekatan merokok tu
Quote supernaturalee 27-12-2023 10:15 AM
"Dalam pada itu, Dzulkefly memaklumkan bahawa kerajaan tidak meneruskan cadangan untuk memperkenalkan Generasi Penamat Rokok (GEG) seperti yang dipersetujui sebelum ini."

what say you kj

Quote kucingitam 27-12-2023 10:19 AM
betul la..dia bukan mufti..satgi beretempik plak golongan terpaling isley...
Quote matseh 27-12-2023 10:50 AM
10 juta isap rokok. Kutip 3 billion.
yg tak isap rokok dpt juga merasa cukai.
Tapi aku tak byr lah, sbb isap rokok J*h*
Quote Skuau 27-12-2023 12:03 PM
tak kisah sapa nk merokok..tp tolong 'beradab'...JANGAN merokok ditempat yg dh dilarang...
Quote terma2nkondisi2 27-12-2023 12:19 PM
kucingitam replied at 27-12-2023 10:19 AM
betul la..dia bukan mufti..satgi beretempik plak golongan terpaling isley...

"Saya Tidak Boleh Haramkan Rokok" <-- salah ni.. dia, dicabang legislatif dan eksekutif pentadbiran negara, boleh je kalau nak haramkan rokok melalui usaha yg sistematik.. haram bermaksud larang/dilarang/melarang.. sekiranya kerajaan malaysia mengharamkan penggunaan sesuatu perkara itu, ia bermaksud kerajaan telah melarang perkara tersebut drpd digunakan oleh sesiapa sahaja di dalam negara

polisi geg tu salah satu cara utk mengharamkan penggunaan rokok oleh generasi masa hadapan

apa yg dzulkefly ahmad cakap pasal dia bukan mufti nak haramkan rokok tu adalah gurauan dia kepada audiens dia masa dia berucap tu

apa2 pun menurut dzulkefly ahmad, "sebagai menteri bidang kuasa beliau adalah menguatkuasakan pengunaan rokok demi kepentingan kesihatan rakyat malaysia", ini membawa maksud dia tak nak larang terus penggunaan rokok sebaliknya dia nak kawal penggunaan rokok

cara berucap mcm ni adalah salah satu cara seseorg politikus tu 'kencing' orang ramai bagi menimbulkan persepsi seolah2 dia telah buat yg terbaik utk rakyat
Quote Decaffeinated 27-12-2023 12:27 PM
sebagai menteri bidang kuasa beliau adalah menguatkuasakan pengunaan rokok demi kepentingan kesihatan rakyat Malaysia.

ini ayat menteri ka ayat wartawan tak sekolah? Ko ingat rokok ni macam topi keledar ka
Quote Dovahkiin 27-12-2023 12:50 PM
Benda baik, apa salah teruskan. Bila cakap pemimpin jahil dan bodoh, tau sentap. Merokok tu dah sah memudaratkan perokok dan orang sekeliling.
Quote salimrock 27-12-2023 01:22 PM
matseh replied at 27-12-2023 10:50 AM
10 juta isap rokok. Kutip 3 billion.
yg tak isap rokok dpt juga merasa cukai.
Tapi aku tak byr lah,  ...

rokok jo** pn kena bayar la cukai, tp cukai yg err paham2 sendiri la, sebab tu berleluasa..


kalo tak dulu wa pernah beli rokok tu RM4 je, lagi rm 4 tu tax la tu... tax yg tak dendang kan..
Quote s@s@ 27-12-2023 01:28 PM
x nak kasi org curi2 merokok tempat awam, sediakan la tempat khas.
ini habis tempat rokok kat airport ditutup.... tapi lama dahla, sebelum zaman dia lagi
Quote Decaffeinated 27-12-2023 02:06 PM
Kenapa nak pecah kepala pikir buat undang2 baru kemudian ke laut dalam. Yang ada pun tak boleh nak enforce.

Tiru ja apa yang Singapore dah berjaya buat. Itu pun kalau mampu lah. If not tak payah sembang.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.046428 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top