CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Langkawi dilanda banjir, 60 keluarga dipindahkan

5-7-2013 10:03 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3928| Komen: 22

Description: LANGKAWI - Hujan lebat sejak tengah malam tadi mengakibatkan sebanyak 26 kampung di pulau ini dilanda banjir kilat.
cariforum.jpg

LANGKAWI - Hujan lebat sejak tengah malam tadi mengakibatkan sebanyak 26 kampung di pulau ini dilanda banjir kilat.

Antara kampung terlibat adalah Kampung Limbong Putra, Kampung Atas, Kampung Bawah, Kampung Titi Changkung dan Kampung Bukit Kemboja.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Che Ahmad Che Noor berkata, sehingga pukul 5 petang semalam, sebanyak 60 keluarga membabitkan 152 orang dipindahkan ke dua buah pusat pemindahan

Menurut beliau, sebanyak 43 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan sementara Dewan Al-Syifa dan 17 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Kedawang.

Katanya, terdapat empat keluarga yang enggan berpindah ke pusat pemindahan menumpang di rumah saudara mara dan dua keluarga tidak berpindah.

“Setakat ini dua pusat pemindahan sementara dibuka. Bagaimanapun sekiranya tiada hujan pada malam ini, kesemua mangsa banjir ini akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya hari ini.

Menurut beliau, paras air Sungai Melaka di Padang Matsirat pula naik ke paras berbahaya dengan limpahan empangan memasuki kawasan pasar awam menyebabkan pasar tidak dapat beroperasi.

“Jalan besar dan Pasar Awam Padang Matsirat di sini terpaksa ditutup berikutan air dari empangan memenuhi kawasan berkenaan. Orang ramai yang melalui jalan berkenaan terpaksa berpatah balik demi keselamatan," katanya. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 4-7-2013 11:04 PM
langkawi banjir...............
Quote pakwetizzaqyah 5-7-2013 12:36 AM
tkpe...nnti kite mintak TUN dan menteri besar kedah yang hensem tu settlekan...
Quote kakikuDibibirmu 5-7-2013 12:38 AM
langkawi banjir tak pelik, tapi kalau penang kotor tu yang pelik
Quote Al-Patih 5-7-2013 07:37 AM
doket P.Pinang ramai kato Tuhan bayar cash ...ini cara bayaran macam mano pulak ...
Quote bbalik 5-7-2013 07:45 AM
cash ke ansuran?
Quote airfilterbersih 5-7-2013 07:52 AM
bbalik posted on 5-7-2013 07:45 AM
cash ke ansuran?

Tu kene tny @brownstone .,,
pakar dlm bidang tuhan byr cash ke hutang..
Quote lipan_bara 5-7-2013 01:43 PM
ksian kt family mak sedara aku..dh la br opening new sheley..abs dikelilingi banjir..husband plak kata...sbb byk maksiat kt sana, tu yg dpt bala cam tu.huhuhu.mcm2....
Quote mizkajura 5-7-2013 01:53 PM
lipan_bara posted on 5-7-2013 01:43 PM
ksian kt family mak sedara aku..dh la br opening new sheley..abs dikelilingi banjir..husband plak ka ...

chelet kat mana?
langkawi mmg yg panggil pulau maksiat ulung sbb jauh dari negeri2 lain.
Quote chaintea 5-7-2013 02:10 PM
calling for kaka blings..cmna la beliau agaknya
Quote olaklempit 5-7-2013 02:12 PM
apasal kat mana2 pun sekarang ni ada nama Kg kemboja, Pasar Kemboja?
Pasai apa ramai sangat rakyat kemboja kat Malaysia ni boleh berniaga sampai depa dapat nama?
Quote lebaigoogle 5-7-2013 02:36 PM
olaklempit posted on 5-7-2013 02:12 PM
apasal kat mana2 pun sekarang ni ada nama Kg kemboja, Pasar Kemboja?
Pasai apa ramai sangat rakyat  ...

kamu sedar selain nama negara, kemboja itu adalah perkataan melayu yang bererti sejenis bunga?

Quote edoraixora 5-7-2013 02:38 PM
kaka blingbling terlibat tak ni???
Quote cataleya 5-7-2013 02:49 PM
lorrr ... baru balik last week dari sana ... cuaca cantik je masa kat sana
Quote munchkin 5-7-2013 02:54 PM
kesina. moga keadaan pulih dgn segera
Quote gujiwa 5-7-2013 04:19 PM
ha ah teringat kakak blings.. agak2x bole la update keadaan kat sane
Quote surwanis 5-7-2013 04:21 PM
kansel g langkawi................
Quote AsmarArafad 5-7-2013 04:31 PM
Tak sangka Langkawi banjir, jadi takut la pulak nie...
Quote izamahmed 5-7-2013 04:33 PM
jaga2 ikan jerung naik darat
Quote Punx 5-7-2013 04:46 PM
dari dulu lagi kalau hujan lebat mesti bah

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.056266 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top