CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Sarat Hamil 9 Bulan Dicekup, Larikan Dua Utas Gelang Di Kedai Emas

8-6-2023 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 544| Komen: 7

Description: Arau: Dua wanita termasuk seorang yang sarat hamil sembilan bulan ditahan, disyaki terbabit dalam kejadian melarikan gelang tangan di sebuah kedai emas.
Arau: Dua wanita termasuk seorang yang sarat hamil sembilan bulan ditahan, disyaki terbabit dalam kejadian melarikan gelang tangan di sebuah kedai emas.

Suspek berasal dari Beseri, Padang Besar berusia 29 tahun dan bekerja sebagai peniaga itu ditahan kurang daripada 24 jam selepas kejadian curi itu berlaku bersama rakannya berusia 36 tahun dari Simpang Empat, Kangar yang bertugas sebagai pembantu kantin.


Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4.20 petang apabila jurujual kedai emas berkenaan yang berusia 25 tahun didatangi seorang wanita yang ingin membeli barang kemas di kedai itu.


Foto: Harian Metro

"Polis menerima laporan daripada jurujual di sebuah kedai emas di Arau yang memaklumkan bahawa premisnya didatangi seorang wanita yang ingin membeli barang kemas.

"Suspek yang berpura-pura menjadi pelanggan kemudian meminta untuk melihat dua utas gelang tangan emas yang dipamerkan di meja pameran dan mangsa kemudian mengambil barang kemas untuk ditunjukkan kepada suspek.


"Lebih kurang 10 minit, suspek kelihatan membelek gelang tangan itu, sebelum bertindak mengambil barang kemas itu dan melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lagi wanita yang sedang menunggu suspek di hadapan kedai emas berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, susulan kejadian itu satu laporan polis dibuat di Balai Polis Arau semalam oleh pemilik kedai emas itu dengan kerugian dianggarkan bernilai RM45,000.

"Tangkapan dibuat tidak lama selepas itu ke atas dua wanita bersama barang kemas yang dilarikan itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Arau Perlis untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, selain dua utas gelang tangan berwarna kuning keemasan, pihaknya turut merampas sebuah motosikal dan pakaian yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

Suspek direman sehingga Sabtu ini untuk bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri. Arau: Dua wanita termasuk seorang yang sarat hamil sembilan bulan ditahan, disyaki terbabit dalam kejadian melarikan gelang tangan di sebuah kedai emas.

Suspek berasal dari Beseri, Padang Besar berusia 29 tahun dan bekerja sebagai peniaga itu ditahan kurang daripada 24 jam selepas kejadian curi itu berlaku bersama rakannya berusia 36 tahun dari Simpang Empat, Kangar yang bertugas sebagai pembantu kantin.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 4.20 petang apabila jurujual kedai emas berkenaan yang berusia 25 tahun didatangi seorang wanita yang ingin membeli barang kemas di kedai itu.

"Polis menerima laporan daripada jurujual di sebuah kedai emas di Arau yang memaklumkan bahawa premisnya didatangi seorang wanita yang ingin membeli barang kemas.

"Suspek yang berpura-pura menjadi pelanggan kemudian meminta untuk melihat dua utas gelang tangan emas yang dipamerkan di meja pameran dan mangsa kemudian mengambil barang kemas untuk ditunjukkan kepada suspek.

"Lebih kurang 10 minit, suspek kelihatan membelek gelang tangan itu, sebelum bertindak mengambil barang kemas itu dan melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lagi wanita yang sedang menunggu suspek di hadapan kedai emas berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, susulan kejadian itu satu laporan polis dibuat di Balai Polis Arau semalam oleh pemilik kedai emas itu dengan kerugian dianggarkan bernilai RM45,000.

"Tangkapan dibuat tidak lama selepas itu ke atas dua wanita bersama barang kemas yang dilarikan itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Arau Perlis untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, selain dua utas gelang tangan berwarna kuning keemasan, pihaknya turut merampas sebuah motosikal dan pakaian yang digunakan suspek dalam kejadian itu.

Suspek direman sehingga Sabtu ini untuk bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 8-6-2023 04:41 PM
Yg hamil nnti boleh la guna alasan, anak dlm perut yg buat mengidam.
Quote manehnya 8-6-2023 04:52 PM
2 utas, sorang satu la kot

pastu dapat gari
Quote sukacactus 8-6-2023 04:56 PM
Yg aritu ngidam arak
Yg ni ngidam nak dok lokap
Quote prettyuglybabe 8-6-2023 05:25 PM
reputs cari menggigil gigil copy paste nak capai kpi sampai tak reti proof read dulu kan..
janji dalam kelas tersendiri..
Quote mejaputih 8-6-2023 05:26 PM
mcm penah baca berita ni...tp thn2 yg sudah...
Quote twins 8-6-2023 05:27 PM
dah terboyot-boyot tu lagi nak merompak.... aduuuhhhhh...
kesian anak dalam perut tu...
Quote rosedemon 9-6-2023 08:37 AM
kalau peknen mmpos ke neraka la ko dik

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.050277 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top