CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azizulhasni Awang Dedah Elaun Lewat Dibayar Sampai Setahun "Mengadu Kepada Menteri Belia Dan Sukan, Macam Silap Mata Tiba-Tiba Terus Dapat"

8-6-2023 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1774| Komen: 14

Description: KUALA LUMPUR: Datuk Azizulhasni Awang mendedahkan dirinya juga tidak terkecuali daripada isu kelewatan bayaran elaun ketika berpangkalan di Melbourne, Australia.
KUALA LUMPUR: Datuk Azizulhasni Awang mendedahkan dirinya juga tidak terkecuali daripada isu kelewatan bayaran elaun ketika berpangkalan di Melbourne, Australia.

Pemenang pingat perak dan gangsa di Sukan Olimpik itu berkata, pernah satu ketika elaunnya lewat dibayar sehingga setahun ketika beliau sedang dalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.


"Bayangkan tidak dibayar setahun (dekat oversea pulak tu) dan waktu itu pula saya tengah di dalam persiapan untuk ke Sukan Olimpik Tokyo. Saya menerima hak saya itu ketika saya sedang kuarantin di Kampung Pandan sebelum terbang ke Tokyo (always sedih bila ingat balik).

"Pembayaran hanya dibuat selepas saya (yang sangat tertekan) mengadu kepada menteri belia dan sukan ketika itu (yang sudah tentu terkejut dengan apa yang berlaku). Seperti silap mata, tiba-tiba hanya selepas beberapa hari saya menerima pembayaran elaun tersebut," kata Azizulhasni dalam satu hantaran di laman media sosialnya.

Foto: IG


Hari ini, Azizulhasni atau dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman membuat satu hantaran mengejutkan yang turut menyentuh beberapa isu lain termasuk mempersoalkan sistem sokongan di Malaysia yang agak perlahan berbanding ketika berpangkalan di Melbourne.

Dalam pada itu, pelumba berusia 35 tahun yang bakal bersara selepas Olimpik Paris 2024 berkata, bukan mudah untuk menjadi seorang atlet berprestasi tinggi yang harus memberikan komitmen lebih daripada 100 peratus.

"Negara-negara maju lain sudah lama menerapkan elemen 'marginal gains' di dalam sukan prestasi tinggi negara mereka. Sekecil-kecil perkara mereka fokus dan bantu atlet elit mereka demi meninggkatkan prestasi di peringkat tinggi. Kita pula bagaimana? Sedih kalau saya nak cerita.

"Tanyalah mana-mana atlet, kalau boleh mereka hanya nak training, eat , sleep, perform and repeat. Itu sahaja 'life cycle' yang mereka mahukan. Sudah tentu mereka tidak mahu ada masalah-masalah yang tidak sepatutnya dan bila ada masalah, sudah tentulah akan mengganggu tumpuan dan fokus mereka. Lagi mahu cerita.

"Atlet yang tidak mencapai KPI ataupun mempunyai masalah disiplin sudah tentu akan dibuang dari program latihan akan tetapi bagaimana pula untuk pegawai-pegawai yang mendajalkan saya didalam situasi ini?.

"Adakah kerana bagi sesetengah pihak merasakan yang atlet itu 'belong to the bottom of the food chain'?. Adakah ini disebabkan oleh budaya kerja nak kena tekan baru kerja berjalan?. Adakah corak kerja ala kadar penyebab segalanya?. Tidak belajar dari kesilapan lepas ke?. Macam mana nak maju ni?," kata Azizulhasni. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 8-6-2023 07:49 PM
Padan muka orang2 dalam KBS
Quote tripleid 8-6-2023 07:54 PM
Edited by tripleid at 8-6-2023 08:14 PM

Patutler sukan sea pun melingkup.elaun atlit byk kena sekat rupanya..menteri kbs lak sibuk wat review mee kari..


[youtube]INFyh47RAbY[/youtube]
Quote rosedemon 9-6-2023 08:36 AM
sume kroni la ni tlibat
Quote toynme 9-6-2023 08:48 AM
overhead mcm ni boleh sekat2 ek...takde buat recurring ke? bodoh betul la system mcm ni
Quote venom1 9-6-2023 10:10 AM
alasan sebab - hulur duit pun bukan jadi juara. baik duit tu beli mercedes baru
Quote KamikuP 9-6-2023 11:03 AM
Menteri KBS sibuk ajak masuk church
Quote Decaffeinated 9-6-2023 11:16 AM
Pengurusan sukan negara ni memang gitu eh? Tak menang takde gaji. Takde gaji terpaksa makan maggi macam mana nak menang. Hasilnya semua terjun kelaut beramai2.
Quote Highflyer19 9-6-2023 11:19 AM
Pemenang pingat perak dan gangsa di Sukan Olimpik...terbaik dato
Quote supernaturalee 9-6-2023 11:28 AM
ensem jijo


lps pencen sok nk buat ape
train la bebudak baru
make sure ape yg chuol hadap x berulang

Quote asmurai 9-6-2023 11:54 AM
Edited by asmurai at 9-6-2023 11:59 AM

"Negara-negara maju lain sudah lama menerapkan elemen 'marginal gains' di dalam sukan prestasi tinggi negara mereka. Sekecil-kecil perkara mereka fokus dan bantu atlet elit mereka demi meninggkatkan prestasi di peringkat tinggi. Kita pula bagaimana? Sedih kalau saya nak cerita."

Aku nak tergelak pulak dengan statement pergi banding dengan negara maju. Negara maju ni ada banyak company yang kaya raya boleh sponsor atlet. Tu ha Chris Hoy jadik jutawan sebab dapat sponsorship macam macam, Gillette lah Adidas lah. Kalau atlet negara Korea pulak boleh dapat sponsorship Samsung ke. Atlet US lagi lah syok, boleh dapat sponsorship dari Nike lah, Omega lah, banyak le. Malaysia ni, team bola pun nak mencari sponsor sikit punya payah, macam melukut di tepi gantang, paling best pun cuma dapat Tok Vida je untuk sponsorship.Nape Petronas ke, TNB ke Sime Darby ke tak sponsor atlet atlet kita ni ye? Kedeks yakmat. Lepas tu kalau Azizul ni terrer cam Chris Hoy, apasal tak minta Adidas ke, Nike ke sponsor beliau?
Quote hyie 9-6-2023 12:31 PM
gitulah level kerja staf gomen nyeh. Tak punctual.
Quote Honey_Inara 9-6-2023 04:48 PM
asmurai replied at 9-6-2023 11:54 AM
"Negara-negara maju lain sudah lama menerapkan elemen 'marginal gains' di dalam sukan prestasi tingg ...

Tak silap jijo ni cimb sponsor
Quote Honey_Inara 9-6-2023 04:49 PM
Dengan pencapaian heols, heols layak  bersuara. Go jijo go!
Quote giyomi 12-6-2023 06:18 PM
Edited by giyomi at 12-6-2023 06:20 PM

masalahnya, dia tak di bayar tyme ni ker...cuba lah baca dulu, tyme kuarantin hokey...semua nak melatah tanpa baca...dulu aku pon camtu gak, tak baca habis terus komen

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.060859 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top