CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Buru Amir Shafiq Yang Didakwa Belasah Bayi Kerana Bising

8-6-2023 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2576| Komen: 56

Description: Polis kini mempergiatkan usaha memburu Amir Shafiq Suhaimi, 31, yang didakwa mendera bayi perempuan kerana membuat bising.Timbalan Ketua Polis Wangsa Maju, Deputi Superintendan Saralathan Duraisamy me ...
Polis kini mempergiatkan usaha memburu Amir Shafiq Suhaimi, 31, yang didakwa mendera bayi perempuan kerana membuat bising.

Timbalan Ketua Polis Wangsa Maju, Deputi Superintendan Saralathan Duraisamy mengesahkan pihaknya menerima panggilan mengenai kes penderaan seorang bayi perempuan warga tempatan berusia satu tahun sekitar pukul 5.05 petang.



Kecederaan yang dialami bayi perempuan berusia satu tahun yang didera suspek di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rajang, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.

Hasil maklumat awal mendapati suspek, seorang lelaki tempatan yang juga pempromosi acara mendera anak teman wanitanya kerana membuat bising dan melarikan diri sebelum ketibaan pihak polis di lokasi kejadian.

“Teman lelaki kepada ibu mangsa itu dikatakan telah mendera mangsa di lokasi kejadian yang merupakan tempat tinggal suspek bersama ibu mangsa.

“Setelah selesai memukul mangsa, suspek bertindak menghantar mangsa ke rumah keluarga ibu mangsa di Jalan Rejang, Taman Setapak Jaya, di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Amir Shafiq Suhaimi

Saralathan memberitahu, mangsa yang mengalami bengkak pada bibir, lebam pada kedua-dua mata serta bahagian belakang badan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Tambah Saralathan, ini bukan kali pertama suspek memukul bayi terbabit tetapi kali ini melampaui batas.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi IPD Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 8-6-2023 05:08 PM
hat ni makcik2 bawang takmau berayaq pepek ka kesian, kot la kat mata depa yg ni pun depa kata hensem jugak
Quote Orenn1 8-6-2023 05:12 PM
2 tahun bukan bayi
Quote KamikuP 8-6-2023 05:22 PM
Celaka sungguh laki ni mohon kene sebat dlm penjara vavi kau!!!!
Quote cikatilia 8-6-2023 05:33 PM
lain mcm gambar baju kuning.. kita letak gambar normal sket
xbersinar2

Quote any42 8-6-2023 06:10 PM
wey celaka btul jantan ni. smpai mcm tu skali ko bt bdk tu. tgk kesan kt bdan tu kita lak yg terasa pedih. meraung cmna la bdk kecik tu merasa perit kena libas mcm tu skli
Quote dua_chzy 8-6-2023 06:12 PM
any42 replied at 8-6-2023 10:10 AM
wey celaka btul jantan ni. smpai mcm tu skali ko bt bdk tu. tgk kesan kt bdan tu kita lak yg terasa  ...

Kalau kena pukul camtu sah2 budak tu terus diam hilang suara sebab terlalu kesakitan. Rasanya syaitan ni pukul budak ni sampai budak ni takda daya, hilang suara nak menangis.
Quote shernazz 8-6-2023 06:17 PM
Kecut telor..
Berani dgn budak2 je..
Choi
Quote Kentot_Wangi 8-6-2023 07:13 PM
Perangai n muke sama mcm setan titik
Quote asfaz 8-6-2023 07:23 PM
Bukan kali pertama kena pukul . Maknya?? Sanggup tgk anak kena pukul daripda hilang pakwe..choiiiii
Quote spankee_fili 8-6-2023 10:54 PM
Salahkan mak nya dulu yg tak protect anak sendiri
Dah susah payah teran gi bagi bf pukul2 anak tu
Bodo
Quote Suchi 9-6-2023 12:03 AM
Ini lah yg iols selalu pikir setiap kali lalu kat blok2 ppr yg bersusun tinggi melangit tu.
Mesti ada anak2 kecil yg menjadi mangsa penderaan yg kita taktau.
Budak tu setahun lebih je weh, takda hati perut langsung tibai budak.
Mak single mader ada pakwe, siap sedialah anak tu bakalan mati kat tgn pakwe mak tu.

Quote allshares 9-6-2023 02:37 AM
Ade lalu lalang kat fb, mak budak ni baru 17thn? Birahnyaaaa ko dekkkk siap dulu sama bf lagi anak pompuan umo 2thn. Kalau suspek tak hanto g rumah family ko mesti ko biar je kan anak ko tu mcmtu. Mmg asalkan berbatang kan.
Quote evlinne 9-6-2023 03:54 AM
Jantan bf dgn mak nya dua2 sialan yachhh!!!
Tegar btul hati dera budak kecik cmtu
Layak kena toreh perutnya
Quote EriaDoritis 9-6-2023 04:39 AM
Angkut sekali mak dia.
Takde perasaan ke biar anak gitu?
Quote sailormars 9-6-2023 08:30 AM
binatang betul jantan nie
Quote azimodin 9-6-2023 08:42 AM
Suchi replied at 9-6-2023 12:03 AM
Ini lah yg iols selalu pikir setiap kali lalu kat blok2 ppr yg bersusun tinggi melangit tu.
Mesti ad ...

Sama la, i fikir cycle ni mesti akan berulang. Mak umir 17 tahun, anak 2 tahun pastu ada boifren lagi.. kalau x terbongkar kes ni, mungkin terberanak sorang lagi. Duduk flat ppr bersempit, anak pulak tengok mak keluar masuk dengan jantan so anak ingat benda tu normal. Anak lelaki pulak stress duduk rumah sempit, pergi merempit merata-rata. Berkenalan pulak dengan awek ppr lain, keluar masuk rumah GF.. cycle pon berulang
Quote HabukBesi 9-6-2023 09:04 AM
pergi punching pokok pisang la
Quote mejaputih 9-6-2023 09:22 AM
ayah kanak2 ni di mana ye?
Quote faithraven 9-6-2023 10:32 AM
azimodin replied at 9-6-2023 08:42 AM
Sama la, i fikir cycle ni mesti akan berulang. Mak umir 17 tahun, anak 2 tahun pastu ada boifren l ...

mak umur 17 tahun? and that little girl umur 2 tahun? uish...... umur berapa dia berkahwin and bersalin ni?

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.099772 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top