CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hilang Kawalan, Pemandu Ativa Maut Rempuh Lori Hino

8-6-2023 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 829| Komen: 8

Description: Kemalangan membabitkan Perodua Ativa dengan sebuah lori Hino di Kilometer 29.5, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Kulai pagi tadi menyebabkan kematian lelaki berusia 39 tahun.Difahamkan, akibat rempuhan ...
Kemalangan membabitkan Perodua Ativa dengan sebuah lori Hino di Kilometer 29.5, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Kulai pagi tadi menyebabkan kematian lelaki berusia 39 tahun.

Difahamkan, akibat rempuhan dengan lori yang dalam perjalanan menuju ke arah utara itu, pemandu kereta berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.



KERETA mangsa terbalik selepas melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 29.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di Kulai

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Yusof Othman berkata, anggota trafik di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 7 pagi.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika Perodua Ativa menghala ke utara telah hilang kawalan lalu melanggar belakang lori itu yang berada di lorong kiri.

“Mangsa itu mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan kenderaan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 8-6-2023 04:20 PM
Kawan aku yg jual ativa ni kata kereta ni 1.0cc tapi turbo...mmg yg pakai kereta ni bawak laju gila...
Quote Themilo 8-6-2023 04:21 PM
Tbh, weols pun bawak ativa. Rasa melayang-layang je kalau bawak laju (takde laju mana pun, 98ps je kot)..

takziah la kepada keluarga mangsa.
Quote cutieslilies 8-6-2023 04:32 PM
pernah test drive.. ntahlaaa.. tak tau rase mcm x best...enjin mengaumm mcm x cukup nafas..

tau turbo..tp cam x smooth..... lastnya x ambik...
Quote prettyuglybabe 8-6-2023 05:15 PM
ativa ni another myvi yang acah king atas jalan..
tak sedar diri berlagak dengan turbo dia tu..
Quote twins 8-6-2023 05:20 PM
noor2 replied at 8-6-2023 04:20 PM
Kawan aku yg jual ativa ni kata kereta ni 1.0cc tapi turbo...mmg yg pakai kereta ni bawak laju gila. ...

tu yang bahaya nyaaa... sbb body ringan..
lain la kalau body kereta tu berat....
dulu pernah drive Daihatsu Charade Turbo LE... memang 1.0 jer cc
tapi body kereta berat nak mampus.. walau size comel jer mcm kancil
tapi kalau nak tolak lelaki 2 orang pun separuh nyawa...
kalau berat mcm tu sedap la turbo engine... tp kalau body yg belum apa2
dah melayang... tak usah la nak turbo2 bagai.....
Quote mejaputih 8-6-2023 05:29 PM
tghr tadi ada ativa merah keorenan bawak laju gile...
Quote azalia72 8-6-2023 05:42 PM
noor2 replied at 8-6-2023 04:20 PM
Kawan aku yg jual ativa ni kata kereta ni 1.0cc tapi turbo...mmg yg pakai kereta ni bawak laju gila. ...



Setuju.  Nak2 kalau yg muda belia bawak.

Quote venom1 9-6-2023 10:19 AM
acah2 ferrari kat highway..semua kereta dicucuknya

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.065378 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top